27 Jul 2011

Ke Luar Negarakah?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Hari ni... 27 Julai 2011, bakal menentukan kursus apa yang akan aku ambik lepas ni. Masalahnya, aku dapat dua tawaran kan. Pertama, ke UiTM Puncak Alam, kedua ke India, belajar medic, bawah USM. Semestinya, aku nak masuk medic, sebab cita-cita aku nak jadi doktor... Tapi, adakah hasrat aku tu akan berjaya? MARA yang bertanggungjawab, sebab MARA akan sponsor pengajian aku, 400 ribu tu untuk lima tahun! Kalau aku dapat MARA, aku akan ke India la jawabnya. Jadi, aku dapat tak ni? Tengok perkataan 'MARA' yang akan tertera kat bawah ni, sama ada MERAH atau HIJAU. Kalau merah, maknanya tak dapat la. Kalau hijau, maknanya dapat. (Macam rancangan Jangan Lupa Lirik pulak.. Haha.. Scroll la ke bawah ek. Hehe...)













































































MARA

Alhamdulillah... Allah makbulkan doa aku, keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekalian. Termakbul juga hasrat aku untuk dapat medic, dan ke luar negara. Untuk pengetahuan semua, aku dah lama padam hasrat aku ke luar negara, sejak masuk PASUM. Aku dah bertekad untuk belajar di Malaysia je. Dah lama pasrah dan redha dengan ketentuan Allah.  Tebalnya perasaan rendah diri sewaktu semester 1, sehingga merosakkan result sendiri, sebab masih sukar untuk terima hakikat pada masa tu, bahawa aku tak dapat ke luar negara. Tapi sedikit demi sedikit, aku meraih kekuatan dalam diri aku.. Berkat usaha sendiri dan bantuan kawan-kawan, alhamdulillah, aku berjaya bangkit semula pada semester 2, walaupun hanya sedikit peningkatan ditunjukkan. Kalau tiada peningkatan tu, tak mungkin aku akan dapat tawaran ke luar negara.


Kenapa tak mungkin? Sebab syarat untuk memohon ke program USM-KLE ni, memerlukan PNGK minimumnya 3.50, MUET Band 4. Semester 1, aku dapat hanya 3.44, tak layak kan? MUET aku dah Band 4.. Tapi, aku masih tak berputus asa.. Sebelum peperiksaan semester 2, aku memohon untuk program tu. Aku tak menaruh harapan tinggi, dengan niat, nak test power je. Aku sedar, pointer aku tak seberapa. Tapi, aku masih tak berputus asa. Keputusan semester 2, aku dapat PNGK 3.55. Tak la segempak kawan-kawan lain di PASUM, yang ramai jugak kawan baik aku dapat 4.00. Sedih jugak la, tapi nak buat macam mana, aku pasrah je. Aku dah berusaha sedaya-upaya, dah banyak kudrat, keringat yang digunakan. Ada kalanya, air mata ada sesekali menitis, bukan tanda putus asa.


Result yang biasa sahaja tu menyebabkan aku terlupa bahawa aku pernah mohon program tu. Sehinggalah pada suatu hari, awal bulan Julai, pihak USM hantar SMS kat aku, kata aku dapat temuduga. Sekali lagi, apabila dapat tahu, aku takde la gembira sangat, sebab aku tahu result aku biasa-biasa saja. Kalau dapat tu, kira macam rezeki dan keajaiban la. Aku pun berniat pada awalnya, nak ke temuduga tu, untuk mengutip pengalaman temuduga. Lagipun, apabila aku tengok kos belajar kat sana, dalam 400 ribu hengget Malaysia untuk lima tahun, aku rasa macam serba salah. Kalau takde tajaan, nak pergi macam mana. Family aku bukannya kaya pun.


Sehinggalah pada hari temuduga tu, aku diberi borang pinjaman pelajaran MARA, di situ mula terbitnya harapan aku untuk program ni. Ibarat mati hidup semula. Ibarat bakal diberi peluang kedua, setelah kegagalan untuk mencapai keputusan yang terbaik di PASUM. Harapan aku hanya satu, agar ditawarkan program tu.


Jumaat, 22 Julai 2011. Aku dapat tawaran dari UPU, ke UiTM Puncak Alam, kursus Optometri, iaitu pilihan ke-8 aku. Alhamdulillah, sangkut jugak, sekurang-kurangnya tak la kena lelong, macam ramai kawan aku kena tahun ni. Walaupun PNGK mereka lebih tinggi atau setara, ada jugak yang kena lelong. Sistem UPU tahun ni menimbulkan kemusykilan. Aku dah cukup bersyukur ditawarkan kursus Optometri. Tapi, ada kawan aku hantar mesej pulak, selang 5 jam kemudian, katanya suruh check keputusan interview hari tu. Aku check, dan alhamdulillah, dapat tempat di sana. Tapi, persoalan masih ada, MARA nak taja ke tak ni? Baru je sebelah kaki aku kat India kalau macam nih.


Dari hari tu hingga hari ni, aku tak henti-henti berharap agar pihak MARA sudi taja aku. Harapan aku bertukar menjadi realiti hari ni! Alhamdulillah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Mungkin Allah berikan ujian kepada aku masa asasi, nak suruh aku rasa macam mana berada di bawah, selalunya aku hanya berada di zon selesa aku je. Allah nak uji aku ni boleh sabar ke tak. Kesabaran aku tu berbaloi, aku tak pernah putus harapan. Terima kasih kepada keluarga, pensyarah, tutor dan kawan-kawan (nak sebut kat sini ramai sangat) yang beri dorongan kat PASUM dulu... Jasa anda akan aku kenang sampai bila-bila.






Ok, dah habis part serius. Jadi, tolak campur tinggal 44 hari sahaja lagi aku di Malaysia oh tanah airku ni.. InsyaAllah aku akan fly pada 9 September nanti kat KLIA, ke India, tapi daftar dulu kat USM Kubang Kerian, Kota Bharu (wahhhhh.. jauh 'sangat' dari rumah aku) nanti 6 September. Orientasi kejap je. Sape yang ada kelapangan tu, bolehlah datang kat sana, jumpa aku. Tapi kalau tak datang pun, aku faham. Masa aku nak fly tu, dah malam. Lagipun, ramai kawan aku yang baru je daftar kat U masing-masing, masuk ijazah... Tapi harap dapat jumpa korang untuk kesekian kalinya sebelum aku fly, ek?


44 hari ni akan jadi sangat sibuk untuk aku. Dari segi fizikalya, aku sudah sedia, dari segi mental pulak dah sedikit bersedia, dari segi materialnya belum sedia apa-apa lagi. Pasport, visa, barang-barang belum ada la... Macam mana tuh? Pening pulak kepala aku ni jawabnye. Tapi yang best, kena turun KL lagi, buat visa. Sambil menyelam minum air kan, so boleh jumpa kawan-kawan lagi yang stay kat sana... Boleh shopping raya sekali, mungkin. Nak kena melawat ASiS lagi, kena bagitau la cikgu-cikgu, nanti diorang merajuk dengan aku karang, tak pasal-pasal.. Hehe.. Cikgu aku dulu pesan suruh pergi sana dulu kalau nak fly.


Jadi, aku memohon kesempatan ni, nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan aku yang berjaya dapat program macam aku ni, dengan pesanan, JOM PEGI INDIA!

Bakal doktor,
Rashdan Roslan

34 ulasan:

  1. congrats! and jom pegi india, future coursemate! c;

    BalasPadam
  2. congratz...rashdan...cuma aku nak tahu, ko punya mara ni penaja program kan? kiranya, x adalah bond 10 tahun dengan kerajaan macam JPA...ko bebas jugaklah nak kerja di mana-mana lepas grad nanti

    BalasPadam
  3. Agak2nya, ni mungkin hikmah yang Allah nak bagi di sebalik semua jenis dugaan,ujian dan pengalaman pahit, terutamanya masa kat pasum. kisah hidup ko ni patut dijadikan inspirasi oleh orang lain. walaupun gagal sekali, x bermakna gagal selama-lamanya, dan yang lebih penting ko berjaya capai cita-cita ko untuk jadi doktor.

    BalasPadam
  4. waaa radan, bez giler, dpt fly dlu..
    aq ad 1 tawn ag ib..
    x aci..
    uwaaa...

    BalasPadam
  5. amer... setahu aku, takde bond2 ni kalau MARA.. so, aku bebas. tp mybe USM akan amek la kot student dia kje kat sana..

    BalasPadam
  6. amer, betul tu.. Allah nak bagi aku rasa keperitan tu, mungkin kalau dekat sana, jauh lagi susah. at least aku da ade pengalama ngeri. hehe.. aku takkan sia2kan peluang kedua ni. peluang aku ni akan aku grab sepenuhnya, sebab pada mulanya nampak memang macam mustahil. sape sangka, 3.55, dpt medic, g oversea pulak. belum tercapai lagi la cita-cita aku, selagi aku tak grad. hehe.. tq amer!

    BalasPadam
  7. ninin... rezeki radan nok fly dulu ni.. hehe.. sabar deh ninin... ur turn will come.. :)

    BalasPadam
  8. woohoo....jom3!fly 2 india!!hihi...=)

    BalasPadam
  9. congrats senior. aku bgga jadi sebahagian dari warga asis. cayalah.! jom la lawat asis.

    BalasPadam
  10. thanks hazwan.... aku nak pegi asis nanti, bila nak kena turun kl, buat visa.. singgah sane..

    BalasPadam
  11. congratz rashdan. semoga terus sukses kat sane nanti. dah jumpe aci kat india jangan lupa member kat msia pulak.. hahaha.. anyway, tetapkan iman, tetapkan hati pada Islam... insyaAllah, kami terus doakan ko agar berjaya menjadi seorang doktor yang mukmin..

    BalasPadam
  12. jazakallahu khairan khatira ya akhi.. kau pun study brsunggguh-sungguh la yer, tolong orang Islam dan Melayu kita ni... member2 kat msia ni aku tak lupa, kalau korang tak lupakan aku.. hehe.. what u give, u will get back. :)
    insyaAllah, moga tercapai hasrat aku untuk jadi seorang doktor mukmin yg berjaya. nanti boleh jumpa aku utk dptkn rawatan. mungkin boleh mintak harga member. :)

    BalasPadam
  13. abg rash, tolong kirim salam kat taj mahal ehh,

    BalasPadam
  14. tahniah la ye!
    semoga berjaya.
    doakan juga saya dan kwn2 di pasum berjaya dgn cmerlang..

    -student pasum 2011/2012-

    BalasPadam
  15. amal : hahah.. jauh la dgn taj mahal.. hehe... cuba kirim slm kalau smpai sana..

    BalasPadam
  16. student pasum 2011/2012, belajar elok2 eh.. kalau jatuh, jangan lupa bangun semula.. abg dah buktikannya.. kalau rajin, baca la episod kejatuhan dan kebangkitan abg dlm blog ni... pasti awk akan faham.. :)

    BalasPadam
  17. salam, dr.
    sy nak tanya mcmmana nak dapatkan tajaan mara
    boleh tolong terangkan secara terperinci?
    maaf bertanya sbb sy sgt memerlukannya..

    BalasPadam
  18. wslm... ishhh... bkn dr lagi... huhu
    mcm mana? hari tu masa g temuduga USM-KLE, dpt satu lagi borang tajaan mara, just apply n kalau ade rezeki, dpt la... yg penting kene lepas syarat... ^.^

    BalasPadam
  19. tu laarr kan bro. stiap musibah & kjadian buruk yg berlaku dlm khidupan s's' org, adaa HIKMAH yg tersirat & trsembunyi d' sebaliknya .. =) MAY ALLAH S.W.T BLESS U, broo .. =) Btw, gud luck, brO...!! =) ::: XD


    -zaliqa94

    BalasPadam
  20. betul, setiap yg berlaku ada hikmah yg tersendiri... ambiklah peluang untuk belajar daripada kesilapan, jangan ulang lagi kesilapan pada masa hadapan...

    May Allah bless u too, zaliqa94.. terima kasih, sy sangat menghargainya :)

    BalasPadam
  21. Erm,xfhm la,y ne mcm mana,ko apply mara selepas spm ke selepas pasum??ade ke mara taja tok lepasan asasi??erm,jwb kt chatbox blog ak,tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku apply lepas PASUM... MARA ada je taja lepas asasi..

      Padam
  22. salam..nak tanya..kalau untuk lepasan diploma boleh x apply sm-kle ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..... rasanya boleh, utk maklumat yang lebih lanjut, cuba surf laman web permohonan ke usm-kle ni :

      https://pohon.usm.my/india/

      Padam
  23. ouh ok2..tq :)..the current student kat sana ad from lepasan diploma ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sure... kebanyakannya lepasan matrikulasi/asasi/A-Level/International Baccalaureate... takpe, nanti kalau ada info tentang ni saya akan update :)

      Padam
  24. salam ..nak tanye..yg pinjaman mara tu check kat laman web usm ke ?

    BalasPadam
  25. Just wondering........how's the study strategy for medic student for the 1st year at USM-KLE? Is that very tough to get through into 2nd year? I am afraid my 'kepala' will be bald to memorize the fact......

    BalasPadam
    Balasan
    1. no, it's not very tough.. lecturers are doing great job in teaching us.. besides that, i have wonderful friends who help me a lot in my studies.. we do study group together, and we move as a group. the power of unity is the key of success. no, don't worry.. everything will be fine.. at the beginning, I also afraid that I cannot remember all that kind of facts. but, as time goes by, I am no longer afraid. learning became more fun as the time progress :)

      Padam
  26. Assalamualaikum,saya bdak Pasum..Pointer SEM 1 saya 3.55,kedua x taw lagi..Nanti,nk apply tu pakai pointer mana eekk..Interview tu sudah x

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum,borang mara tu Bila dpt erk??N bkn mara Ada batch tajaan diorang ka utk kW sana..APA bezanya dngn Kita Yg Baru apply ni

    BalasPadam