Bukan niat aku nak sakitkan hati anda, tapi biasalah, aku bukannya sempurna... Aku dah buat banyak kali permintaan maaf kepada anda, namun anda tak terima permohonan maaf aku.. Kenapakah hati anda begitu keras??? Adakah ada dendam kesumat terhadap diri ini?
Kalau begitu, lupakan sahaja diri aku ini. Aku pun akan lupakan anda. Gaduh lama-lama pun tak guna, macam budak-budak lah. Kalau bergaduh, melampaui batas, tu dah kira sifat orang munafik.. Anda munafik kah? Semoga anda bukan munafik.. Dah berapa titis air mata aku mengalir, dah puas aku berdoa, namun anda masih memperlakukan aku sebegini rupa. Aku dah penat! Aku sangat sedih dengan perlakuan anda.
Aku mengaku yang aku yang banyak silap selama ni.. Kita gaduh pun sebab salah aku.. Memang aku mengaku yang aku yang silap, dan aku dah kembali untuk berdamai semula. Kenapakah begitu sukar untuk memaafkan? Bagi aku, aku sentiasa memaafkan kekhilafan orang lain setiap kali sebelum aku terlena..
Aku merayu agar maafkanlah segala khilaf aku. Manalah tahu, hayat aku tidak lama lagi. Kalau aku dah tiada, bayangkanlah sendiri apa yang akan terjadi. Kalau anda masih ada secebis ingatan pada diri ini, harap lupakan kisah lama, kita buka lembaran baru..
Maafkan aku. Aku perlu cari ketenangan. Terima kasih atas segala jasa selama ini. Jangan cari aku lagi.
Kucari Damai Di Hati
Mengapa kau tergamak sungguh
Menyeksa diriku ini
Kesetiaan yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan kasih
Hanya pada waktu suka saja
Waktu duka tiada di sisi
Ikatan persahabatan berkecai kini
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia
Di samping rakan yang baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku
Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka
Mengapa kau tergamak sungguh
Menyeksa diriku ini
Kesetiaan yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan kasih
Hanya pada waktu suka saja
Waktu duka tiada di sisi
Ikatan persahabatan berkecai kini
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia
Di samping rakan yang baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku
Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan