10 Ogo 2011

Seremban Lagi Sekali..

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Ke Seremban pulak dah aku ni, kali kedua dalam masa sebulan. Niat asal nak jumpa cikgu aku yang pernah berkhidmat kat ASiS, tapi ada aral melintang pulak, so tak jadi. Tinggal nak lepak di sana sementara menunggu temuduga Universiti Perdana..






Lama jugak perjalanan ke Seremban. Dua kali berhenti tuh. Sekali berhenti kat Merapoh, Lipis.. Lepas tu, kat Kajang pulak, berhenti solat Subuh. Pukul 8 pagi, sampai jugak akhirnya kat Terminal One, Seremban. Call la seorang insan ini, kawan baik aku, Sufi a.k.a Jen. Ni kali kedua menggunakan perkhidmatan beliau untuk bersuka ria di Seremban. Ingat tak lagi entri yang bertajuk 'EPISOD 3: Jelajah Lagi' bulan lepas? Entri tentang trip aku ke Seremban? Tak ingat, klik kat SINI. Alhamdulillah, ada kawan baik di Seremban, bolehla bawak aku pergi ronda-ronda lagi. Balik rumah dia kat Senawang, rehat kejap, lepas tu keluar lagi..

Ibarat mengulang plot lawatan aku ke Seremban macam hari tu, aku sekali lagi bertemu dengan Amirul Fatih, kawan baru nak kenal. Sama jugak, kami ke Jusco Seremban 2. Buat apa? Mula-mula, tengok wayang.. Aku dan Jen tengok citer 'Captain America', Fatih pulak tengok 'Hangover : Part II'. Sekarang, baru aku tau, kenapa orang suka tengok wayang. Nyesal kutuk-kutuk orang dulu. Hahaha.. Lepas tu, main boling...

Main dua game, tengok hasilnya... Hehehe...

[USB 20 = Fatih
JENDOL = Sufi @ Jen

USB 20 tu sebenarnya nak buat USB 2.0, tapi takde la pulak butang titik kat situ. Haha.. Yang Jendol tu Fatih edit, sebab mula-mula Jen letak nama kat dia 'Patih Gajah Mada'.. Haihhhh.. Macam2 lah!]

Game 1:

Aku berjaya membentuk tali pinggang X-Men (kata mereka berdua).. Tengok frame nombor 8.. Jen dapat 0 jugak, hasil kutuk aku mula-mula. Haha.. Sikit je markah nye, tak pro pun aku main.. Just for fun la katakan...

Game 2:


Sekurang-kurangnya ada peningkatan. Hahaha.. Walaupun diprovokasi secara halus dengan semangat kenegerian (Hahaha.. Tak terasa pun.. Kata gurau-gurau je.. Jen, kau pun separuh Kelate la.. Jangan nak mengada..Aku pun separuh Kelate gak weh, cuma aku dibesarkan di sini.. Jadi la rakyat Kelate..) , tapi aku masih mampu dapat no.2 untuk game kali ni, walaupun beza cuma satu pinfall je. Haha.. Walaupun hakikatnya skor rendah tuhh.. Tu pun aku dah bangga giler, at least tak kalah teruk 'di tempat lawan'.. Haha.. Siap punch the air lagi. Berjaya meng'gomo' seorang dari mereka. Haha.. Semangat macam main bola.. Gomo Kelate Gomo! Takpe, nanti korang datang main boling kat KB, aku belasah korang teruk-teruk.. Haha..

Lepas tu, pergi ke SMK King George V.. Ambik adik Jen yang bernama Khairul Naim. Dia stay kat asrama, tapi boleh je kalau nak keluar. Lepas ambik beliau, pergi lah ke Seremban Parade, membeli-belah.


Gambar ni aku ambik masa nak naik KTM dari Seremban ke Serdang..


Jen nak bawak kitorang pergi kat satu kedai jual seluar jeans ni, Pertama Jeans.. Aku berjaya mengangkat satu seluar jeans jenama Lee yang berharga... Rahsia. Hahaha... Lepas tu, terus hantar Naim balik rumah, sebab dia nak pergi tuisyen. Aku, Jen, Fatih lepas tu pergi ke Terminal One la pulak. Nak beli baju pulak.


Aku berjaya mengangkat sehelai baju di sana, sangat seronok. Hahaha.. Harga masih rahsia. Lepas tu, singgah kat Kolej MARA Seremban, nak bagi kiriman dari cikgu aku kepada anak dia yang belajar kat sana. Tak sempat jumpa kawan-kawan, sebab diorang ada program masa tu, dan jugak, masa tu dah lewat.. Kesal jugak, tapi nak buat macam mana.. Then, hantar Fatih kat rumah dia kat Sg. Gendut Gadut, susah la pulak nak jumpa beliau lepas ni. Dia nak ke US kan..


Berbuka puasa ni yang best. Makan roti jala.. Mana nasi nye? Ikut budaya keluarga Jen, malam sikit baru makan. Bukak puasa, makan ringan-ringan je. Sedap roti jala tu, kuah kari yang memainkan peranan utama.. Makan masakan tu rasa macam ada kat rumah je, mak Jen orang Kelantan tu, dah la orang Jeli jugak.. Hehe.. Orang Kelantan memang pandai masak. Setuju kan?


Aku kagum dengan keluarga Jen, sebab waktu berbuka diorang memang bagus. Lepas makan kurma, kuih, minum air, terus solat, berjemaah pulak tu. Lepas tu baru sambung makan. Makanan diorang macam makanan Cina, diorang kata.. Makan rendang pun, rendang itik. Sedap woi! Rempah semuanya mak Jen yang sediakan, abangnye yang gaul itik-itik tu semua. Gaul itik? Ishhhh.. Tak rasa pelik ke ayat tu?


Malam tu, pergi bazar dekat Dataran Senawang. Besar, dahsyat tempatnya.. Tak tipu punye. Penat jugak berjalan, rambang mata jugak nak memilih benda yang nak dibeli. Akibatnya? Tak beli apa-apa la pulak. Fikir-fikir balik, rasa kesal gak. Patutkah aku pergi lagi sekali kat sana? Tengok kalau ada rezeki lagi, aku ke sana.


Badan pun dah panas semacam je malam tu, aku dah niat nak cancel plan aku ke interview Universiti Perdana, dan tukar plan, nak ke pejabat MARA. Aku pun mintak la ubat dengan Dr. Sufi.. Belum apa-apa lagi kan.. Kawan-kawan aku ramai jugak yang bakal menceburi bidang kedoktoran ni.. Seronok pulak rasanya..


Esoknya, sahur makan nasi dengan rendang itik yang sedap tu dan jugak air glukosa.. Tambah pulak sengan sekeping keju. Sedap jugak makan keju sekeping camtu, dengan air glukosa. Aku niat nak cuba la.. Aku dah mula dah buat macam tu kat rumah sekarang ni... Terbukti berjaya! Macam seharian tu kan, tak rasa penat, walaupun aku berjalan jauh.


Waktu siang tu pun, aku dah rasa sihat, mungkin sebab bantuan glukosa tu.. Terbaca pulak dekat facebook, yang surat tawaran MARA telah dipos... Jadi, aku ubah fikiran, aku tak ke pejabat MARA, tapi akan ke interview Universiti Perdana! Mengada betul lah aku...


Sebelum aku berangkat tu, Jen ada bagi aku sehelai baju yang dia tak pernah pakai, mugkin sebab terlebih saiz kot. Nice baju tu, warna hijau. Kalau aku pakai nanti, masuk blog ni, aku mention la nama kau, Jen. Hehe.. Menggelabah je aku nih. Terima kasih Jen.. Selama ni, jarang aku dapat pemberian macam tu.


Dalam pukul 2.00 petang camtu, aku dihantar ke KTM Seremban, menuju ke KTM Serdang.. Sempat touching sikit saja dengan Sufi, aku cakap, "Kalau ni last time kita jumpa, harap lepas ni contact-contact la.." Aku harap tak lost contact lah dengan Sufi, sebab aku perlukan buah fikiran dia yang jauh lagi matang dari aku. Bukan mudah mencari sahabat yang 'boleh pakai', ibarat mencari permata di celahan kaca. Harap tunas persahabatan yang baru berputik akan tumbuh menjadi sebuah pohon yang berbuah. Bukan kepada beliau sahaja, kepada kawan-kawan lain yang baru aku kenali. Ibarat kata Sufi, "Tolak cuti, 8 bulan je semua orang jumpa kat PASUM. Bukan lama pun." Sebab tu la aku nak kenal kawan-kawan aku dengan lebih lanjut..


"Hidup ni biarkan ia mengalir seperti air, yang lepas biarkannya mengalir," kata Sufi lagi, bila aku cuba mengungkit kehidupan lepas. Terus terang aku katakan, kehidupan waktu lalu memang membuatkan aku rendah diri, tapi kini aku mulai mendapat keyakinan. Terima kasih, Mohamad Nur Sufi bin Firdaus Gan @ Jen @ Mat Nur. :)


Interview Universiti Perdana macam mana? Tunggu entri seterusnya.....

Rindu Seremban pulak dah,
Rashdan Roslan

2 ulasan:

  1. sakan jalan nohh..
    satgi doctor nk pi oversea da..
    9 hb kan? bday saya XD..
    wehehehe

    BalasPadam
  2. jalan2 mmg kepakaran sy... hehe...
    9 sept tu bday awk? bgus.. :D

    BalasPadam