19 Ogo 2011

Visa + ASiS + Bangi

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ni tentang aktiviti aku minggu lepas, ke Lembah Klang. Tujuan utama adalah untuk:


1. Buat visa
2. Interview Perdana University


Memandangkan aku dah cerita pasal PU dalam entri lepas, so takde lagi cerita pasal PU-RCSI yer. Yang ada cuma citer aku buat visa, melawat SM Sains Alam Shah (ASiS) dan jugak ke Bangi.


Aku bertolak ke KL pada hari Rabu (10/08/11).. Perjalanan aku ke KL pada awalnya sudah diduga dengan satu cabaran. Sepatutnya aku perlu turun bas di Hentian Putra, KL.. Tapi sebab ngantuk sangat, terlajak sampai ke Stesen Bas Ekspres Seksyen 17, Shah Alam. Nasib baik tindakan refleks aku amat pantas. Sebaik sahaja aku sedar yang aku terlepas turun tu, aku terus call member aku yang stay kat Seksyen 17. Aku pernah pergi rumah dia masa cuti Semester 1, sebelum exam MUET. Nama glamour dia Pakya Hussin. Nasib baik dia dapat tolong. Lepas balik solat Subuh kat masjid dekat-dekat situ, Pakya Hantar aku ke KTM Shah Alam. Nak naik KTM tu, ya ampun.... Teruknya! 2nd tren baru aku boleh naik. Dah macam ikan dalam sardin je aku tengok. Sabo je lah.


Bukti aku naik KTM dari Shah Alam..

Akhirnya, aku berjaya sampai kat LRT Masjid Jamek, walaupun mengalami banyak kelewatan, 'terima kasih' kepada kecuaian sendiri yang tertidur dalam bas. Alhamdulillah, kesilapan tu tak menjejaskan rancangan aku nak buat visa. Kat mana? Kat Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur. Senang citer, kat area Dataran Merdeka.


Ejaan lama eh?


Aku ke sana dengan Hanif Tarmizi, bakal coursemate aku kat sana, sama-sama dalam satu pengajian masa kat PASUM hari tu. Mula-mula cemas jugak nak mencari Pejabat Visa India. Namun, berbekalkan naluri seorang pengembara yang aku miliki (ececeh... terperasan pulakkk), akhirnya jumpa jugak dengan India Visa Centre. Sebenarnya mudah nak jumpa tu sebab aku baca post orang yang dah buat visa kat group USM-KLE, dan dah tengok awal-awal kat Google Earth. No GPS is required! Hehe..


Terer kan aku ngan Hanif?? Hehe.. Terpuji diri sendiri lak. Senang je lokasi dia, betul-betul depan Agro Bank.


Buat visa tu kejap je, sebab kitorang datang awal. Lepas tu, nak pergi ke pejabat MARA, nak submit borang. Masa aku tengah semak borang-borang tu, ada sorang mamat ni tegur aku, dia tanya, "Awak ni nak pergi India yang program USM-KLE tu ke?" Aku pun jawab, "Ha'ah." Jumpa bakal coursemate kat sana nampaknye lagi sorang. Hehe.. Nama dia Fakih, umur 20 tahun, dari Taman Silibin, Ipoh, baru lepas grad dari program International Baccalaureate (IB) kat Kolej MARA Banting. Program USM-KLE ni bukan untuk lulusan Matrik / Asasi je, tapi terbuka jugak kepada lulusan IB, A-Level dan setaraf. Lepas dia siap buat visa tu, dia ikut aku dan Hanif ke pejabat MARA. Fakih expert bab ke pejabat MARA ni, sebab dah beberapa kali dia pergi sana.. Aku je yang tak pernah pegi. Adehhh...


Maka dipendekkan cerita, siaplah sudah urusan di pejabat MARA, Fakih nak balik ke Ipoh, tapi aku tersilap bagi arahan kat dia, suruh naik KTM Komuter.. Aku ingat dia nak pergi rumah pak cik dia kat Segambut. Maaf ya! Aku difahamkan yang dia patah balik semula untuk ke Puduraya. Aduhai.. Rasa bersalah pulak teraniaya orang bulan-bulan puasa pulak tuh. Semua ni miscommunication je! :D


Lepas dah siap segala urusan di pusat bandaraya Kuala Lumpur tu, aku ke kawasan Cheras pulak, Bandar Tun Razak. Takde keje lain dah kalau ke sana, melawat sekolah yang aku sayangi, SM Sains Alam Shah (ASiS).


ASiS pada tahun 2013, insyaAllah. Bangga aku sebagai seorang warga OASiS. [credit to Facebook Penolong Kanan Akademik ASiS, Encik Razmi bin Abdul Razak]


Walaupun aku keseorangan, namun aku tetap bersemangat untuk bertemu guru-guru dan kakitangan ASiS. Buat apa nak malu kan, diorang la yang banyak berjasa kepada aku selama 2 tahun kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. Hehehe.. Harapan aku agar kedatangan aku ni disenangi oleh mereka, dan agar ikatan silaturrahim antara kami tidak renggang walaupun terpisah dari segi jarak dan masa.


Tujuan utama aku ke ASiS adalah untuk memberitahu bahawa aku akan melanjutkan pelajaran ke India bulan depan. Cikgu-cikgu ASiS memang menggalakkan bekas pelajar datang ke situ, sebagai tanda ingatan terhadap mereka. Aku kagum dengan amalan bekas-bekas pelajar ASiS masa aku tengah belajar kat situ. Sebab tu aku terpanggil untuk meneruskan amalan tu.


Cikgu-cikgu pun nampak gembira je hari tu, senang hati aku.. Sebenarnya masa tu tengah trial SBP. Ada yang kena jaga exam, ada yang tengah menanda kertas, ada juga yang buat kerja masing-masing. Bulan puasa kan biasa la, meriah kat ASiS, ada program Ihya' Ramadan, tapi tahun ni ASiS gabungkan sekali dengan program Bulan Patriotisme. Yang tak boleh blahnye, kalau aku pergi jumpa cikgu-cikgu, mesti diorang kata, "Berisi nya awak.." Aduhh.. Memang berisi, sebab beza 15kg daripada zaman ASiS dulu. Tapi lama jugak aku spend masa kat sana, dari pukul 12.00 sampai kul 4.15.. Banyak bercerita kan.. Bukan dengan cikgu-cikgu sahaja, dengan kakitangan sekali, terutama kat pejabat tu. Bila la aku boleh sampai ke ASiS lagi? 


Dipendekkan citer lagi, aku pun terus ke Bangi. Naik kat KTM Bandar Tasik Selatan, turun kat KTM UKM. 


Buktinya aku turun kat UKM. Hehe.. Terjumpa junior aku kat ASiS dulu, Anwar Afifi kat sini. Dia study kat MFI.


Sampai sini je aku naik KTM kali ni, tak sampai kat Seremban. Rindu pulak nak berjalan kat sana.


Senawang ngan Sungai Gadut tak update lagi..

Kali ni, aku ke rumah Atiff Ghazali pulak. Dulu dia stay kat USJ 11.. Dah pindah dua bulan lepas kat Seksyen 1, Bandar Baru Bangi (BBB). Juadah berbuka yang istimewa, ada Murtabak Singapura dan jugak bubur 'Biji Nangka'. Mesti korang tak pernah dengar kan? Makanan tu popular kat Kelantan dan Terengganu. Tak tahu? Tanya la Encik Google.. Malamnya pergi tarawikh kat Masjid Jamek BBB. Sambung makan sikit lepas tu, then online, pastu tidur. Esoknya interview JPA kat UNITEN. Atiff hantar ke sana.. Dah cerita panjang lebar kan pasal kat UNITEN tu? Tak payah ulang lagi.. Hehe..


Tapi ada seorang manusia ini, datang jauh-jauh dari Kg. Dato' Harun, Petaling Jaya dalam kereta tu bila aku nak balik dari UNITEN tu. Hehe.. Oghe Kelate jugok tu, Adib Azizi a.k.a Jimok! Satu pengajian dengan aku ngan Atiff kat ASiS dulu. Adib keje kat KLCC, kat Poney. Adib ngan Atiff tu sebenarnya nak pergi pejabat JPA kat Putrajaya lepas solat Jumaat tu. Jadi, lepas drop aku kat KTM Kajang, diorang pun pergi sana.


Aku naik KTM tu, bukannya direct terus ke KTM Putra (sebab aku nak singgah kat Hentian Putra, letak bag), aku turun kat KTM Serdang dulu, sebab nak tunggu Hanif kat situ. Lepas Hanif dah sampai tu, nak naik KTM lepas tu, sangat sendat! Alhamdulillah, dapat memuatkan diri aku kat dalam tu, tapi macam-macam bau ada la.. Bukan bau 1Malaysia tau. 1Dunia. Hehe.. Bau Melayu, Cina, India, Bangladesh, Indonesia, Nepal, Mat Saleh, semua ada. Pening pulak aku kat dalam tu. Hehe.. Takpe, dugaan puasa.


Lepas settle collect visa tu, aku terus bergegas ke kawasan Wangsa Maju. Nak bukak puasa kat sana, dengan Izzat Zainal, tutorial-mate aku kat PASUM dulu. Ada kawan dia jugak dua orang, budak SEMESTA. Memang stress giler la nak sampai sana, siap kena lari-lari lagi, dah lewat. 'Terima kasih' kepada pejabat visa yang keluarkan pasport dengan lambatnya pada hari tu. Patutnya pukul 5.30 petang, tapi delay sampai pukul 6.00. Lagi panas bila ada yang potong giliran. Apa diorang fikir diorang je yang ada keje lain petang tu? Jangan la pentingkan diri sendiri.. Tolonglah beratur, kita ada adab kan.


Akhirnya sampai kat LRT Sri Rampai. Lega jugak la, berjaya sampai walaupun lewat. Bergegas la pergi kat NZ Curry House, bukak puasa kat situ.


Lokasi kejadian!

Mewah jugak aku makan, habis 15 hengget jugak la. Lepas tu, masuk Carrefour jap, diorang nak beli kertas minyak, nak buat ape entah. Lepas tu, hantar aku kat LRT Setiawangsa. Singgah McD The Mall kejap, beli burger nak buat sahur atas bas nanti. 9.30 malam, aku say goodbye la kat KL. Mungkin tak datang dah lepas ni, sebelum aku fly.


Pandai berstrategi, membuahkan hasil. Bila dah tersasar, pandai-pandailah anda untuk kembali ke landasan yang betul.



4 ulasan: