6 Ogo 2011

Dapat Duit!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


AMARAN : Harap entri kali ini tidak disalah anggap sebagai salah satu entri bermotifkan politik. Aku cuba berlaku neutral. Sebarang komen yang berunsur politik, akan dipadam demi mengelakkan kontroversi.


Alhamdulillah, aku telah menuntut salah satu hak aku sebagai rakyat Kelantan, iaitu wang ihsan. Sumbangan wang ihsan tu, aku ambik kat Jeli, kat Kompleks UMNO Jeli...




Masa hari Selasa lepas (02/08/11), aku ke sana untuk tujuan berkenaan. Ada majlis berbuka puasa sekali, tapi aku tak pergi, sebab dah janji dengan sepupu nak bukak puasa kat rumah dia, merangkap kat kampung aku la... Sekali lagi, dapat aku bertemu salah seorang pemimpin tempatan yang aku sanjungi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Ahli Parlimen Jeli.


Alaaaa... Muka tak fokus kamera lak time ni. Hahaha.. [penghargaan kepada Fan Page Dato' Pa kat Facebook]


Nak tau berapa ribu aku dapat? 0.8 ribu, ataupun RM800 la. Hehehe.. Banyak kan? Alhamdulillah, ringan sikit beban aku untuk masuk ke universiti nanti. Dato' Pa siap pesan lagi, pegang elok-elok duit tu, guna untuk kebaikan, jangan buat yang bukan-bukan, macam hisap rokok. Takpe Dato' Pa, saya tak hisap rokok! :)


Malamnya, lepas berbuka puasa kat kampung, aku bertolak dari Machang ke Seremban. Naik bas Shamisha Holiday. Lambat pulak bas ni sampai. Janji pukul 9.45 malam, tengok-tengok, sejam kemudian baru sampai. Rasa macam teraniaya ada jugak. Hehe.. Takpe, sabar je, dugaan bulan Ramadhan. Dah la first time naik kat Machang tu. Cemas kejap bila mana aku tak tahu stesen bas Machang dah pindah. Cuak bila tengok, dah takde orang kat stesen bas lama. Aku pun tanye orang untuk kepastian. Nasib baik jumpa, tapi tak guna jugak datang sebelum 9.45 malam. Lewat jugak bas tu. Takpe, aku maafkan. Sambungan kisah di Seremban bakal menyusul. Nantikan...

Orang kaya baru?,
Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan