20 Ogo 2011

Nostalgia Puasa : Edisi ASiS

Asssalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Dah masuk 20 Ramadhan baru sempat untuk aku mengimbau kenangan berpuasa pada zaman dahulu kala. Kali ni, masa untuk mengimbau kenangan berpuasa kat sebuah sekolah berasrama penuh (lelaki sahaja) di Kuala Lumpur, iaitu SM Sains Alam Shah (ASiS). Kepada bekas-bekas pelajar ASiS, siap sedia sebab aku akan bawak korang kembali ke zaman 2-3 tahun dulu.






Rutin harian kitorang dulu kat sana, bangun sahur seawal 4.30 pagi, paling lewat pun 5.30 pagi la. Akan ada pengumuman yang menggemparkan mengejutkan kitorang dari lena. Menu sahur? Boleh dikatakan setiap pagi, nasi goreng yang menjadi santapan. Cuma lauknya je yang bertukar, pelbagai variasi dari hari ke hari, macam ayam, ikan, daging, telur masin. Kalau tak turun sahur kat Dewan Makan (DM), takde la sampai kena sebat pun dengan warden. Takde hukuman pun. Ramai jugak yang makan makanan sendiri (paling popular, roti dan maggi) kat dorm, sebab malas nak turun. Aku pun kekadang makan roti atau maggi jugak, bosan jugak makan nasi goreng setiap hari.. Turun kat DM, baju tak payah tuck-in. :)


Tak payah pakai camni pun..

Waktu subuh pulak, sesi baca al-Quran digandakan, daripada baca satu muka surat je sehari, jadi dua muka surat setiap hari. Ye lah, biasanya lepas baca al-Quran, pergi sarapan. Bulan puasa mana ade sarapan, kita bersahur. Ada jugak yang ambil kesempatan masuk kelas dengan awal pagi lagi, sejurus selepas habis baca al-Quran. Yang malas sikit, sambung tidur kejap kat dorm, tapi budak-budak ASiS semua rajin-rajin kan???


Tiba pula waktu P&P. Pagi-pagi pun ada yang dah lemau, ini mesti kes makan banyak time sahur ni kan?? Takde la, benda itu dialami sebilangan kecil je daripada pelajar ASiS. Standard la SBP. Masa form 5, lagi mencabar, sebab guna sistem kelas anjal. Sesebuah kelas tu, waktu sangat panjang, dalam 2 jam untuk satu subjek. Nak buat model soalan kan. Masa ni ramai yang dah dan hampir terkulai layu, termasuk aku kadang-kadang. Hehe.. Tapi seronok la, kegembiraan, keterujaan, kepenatan dan kesukaran tu dikongsi bersama. Nak berjaya kan? Bulan puasa sebenarnya bukan alasan untuk bermalas-malasan. SPM dah sangat dekat time tu.


Dalam puasa tu jugak, ada trial JPWP. Berkat puasa kot, aku berjaya dapat straight A buat kali pertama dan terakhir dalam peperiksaan bulanan di sekolah. Sekurang-kurangnya, keyakinan mental sudah aku raih. Exam dalam bulan puasa bukan masalah yang besar pun. Chillex sudah! :)


Bila tiba waktu rehat, takde lagi masalah nak berebut makanan, sebab semua puasa (kecuali non-Muslim)! Yang bermasalahnya, nak rebut baca paper je, kena ikut turn. Siap tulis nama kat atas paper tuh, sape dulu, sape kemudian.. Bukan bulan puasa je camtu, setiap masa pun camtu jugak. Nostalgia pulak dah!


Kalau waktu prep petang, dipenuhi dengan aktiviti tidur. Hehe.. Ada jugak la kelas tambahan petangnya, bukan tidur semata-mata. Waktu lepas solat Asar, ada tadarus al-Quran, wajib hadir! Satu kelas ambil 3 juzuk, baca secara berpasangan. Dah siap tadarus barulah boleh naik ke dorm. Kalau rajin, turunlah riadah macam biasa.


Tibalah waktu berbuka puasa. DM akan riuh-rendah dengan bunyi suara chit-chat warga pelajar ASiS. Bila tiba waktu berbuka, DM terus diam. Akan ada yang bakal membaca doa bukak puasa dan doa makan. Lepas tu, apa lagi, makan la! Lauknya meriah-meriah jugak, ada yang memang disediakan kat DM, yang mana duit lebih sikit tu, beli kat kantin la. Air manis, ayam bakar, ikan bakar, kuih-muih, ada je yang beli sendiri.. Tak lupa jugak bekalan dari rumah. Macam aku, dulu aku bawak sambal pedas tempe dan ikan bilis, dan jugak serunding daging. Aku masa bulan puasa form 5 dulu, ahli tetap meja makan aku adalah Danial Zikri dan jugak Musyabbir Haqim. Saling bertukar makanan la.. (aku dulu selalu pow serunding ayam Danial). Tempe tu aku bagi kawan-kawan la, takkan nak makan sorang je benda best, kan kan?


Sekadar gambar hiasan..


Lepas habis berbuka, tanpa lengah-lengah, terus ke surau, solat Maghrib, lepas tu solat hajat / taubat. Sementara menunggu waktu Isyak, ada tazkirah yang akan diberi sama ada oleh pelajar biasa atau ahli ASiS Islamic Council (AIC) atau ustaz-ustaz. Lepas solat Isyak dan tarawikh, terus ke kelas prep yang berakhir pada pukul 10.45 malam. Tinggal sikit je waktu prep, bermakna cabaran lebih besar untuk menggunakan waktu prep dengan sebaiknya. Bukan nak tido je kejenye, SPM dah dekat (masa tu).


Habis prep, ada supper jugak, macam biasa. Dah penat tu, naiklah ke dorm, buat ape je yang kau nak, sebelum waktu light off, pukul 11.30 malam. Esoknya nak bangun sahur pulak.


Masa dulu, boleh pulang bermalam setiap minggu. Aku nak pulang bermalam? Kat mana la aku nak balik kan... Sedara-mara pun takde yang rapat kat KL. Memang aku sangat jarang pulang bermalam. Kalau ada, aku tumpang rumah kawan je. Contohnya, masa tingkatan 4 dulu, aku dijemput untuk pulang bermalam pada bulan puasa oleh Haziq Shukor, ketua tingkatan aku masa tu. Aku cukup bersyukur, ada insan yang mengerti kesepian aku. Hehehe.. Sebenarnya takde la sepi sangat. Masa korang pulang bermalam tu la, DM masak special sikit. Jauh lagi sedap berbanding masa korang ada..


Bulan Ramadhan di ASiS juga diisi dengan aktiviti Ihya' Ramadhan. Macam-macam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. Paling mencuri tumpuan, kuiz setiap pagi. Semua nak berebut mikrofon! Aku tak lupa jugak kenangan aku masa tingkatan 4, apabila aku melantunkan suara aku untuk meriangkan hati warga ASiS yang excited nak pulang berhari raya, pada hari terakhir persekolahan sebelum hari raya tiba. Aku nyanyi lagu dari Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem, bertajuk "Lebaran Ini". Kelakar bila aku fikir balik kenangan tu. Masa tu 'kanak-kanak' lagi la.. :)


Cukup la setakat ni aku mengimbau kenangan, pengalaman berpuasa di SM Sains Alam Shah, ASiS. Harap memori silam akan kekal abadi di minda setiap di hati kita.


Jangan biarkan memori silam mengongkong diri anda, namun jadikanlah ianya sebagai penyembuh rindu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan