17 Ogo 2011

EPISOD 2 : Kisah Perdana University

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Entri kali ini adalah berkisarkan kisah temuduga untuk dapatkan biasiswa JPA bagi kemasukan ke Perdana University - Royal College of Surgery in Ireland (PU-RCSI). Temuduga ni dijalankan pada Rabu hingga Jumaat minggu lepas (10-12/08/11), bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya. Aku terpilih untuk sesi pada 12/08/11, hari Jumaat.




Nak cerita part interview dulu, baru cerita benda-benda lain.


Inilah lokasi kejadiannya...


Temuduga kali ni agak mencabar, kerana panel temuduga yang agak rigid. Dua orang doktor, kedua-duanya wanita telah menemuduga aku, sorang dari Hospital Putrajaya, dan sorang lagi dari UNIMAS. Format temuduga adalah two-to-two, iaitu dua orang penemuduga, dan dua orang yang ditemuduga. Sorang lagi yang bersama aku dalam bilik interview tempoh hari adalah bekas pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan juga Pusat Asasi UiTM Puncak Alam. (Nama dia lupa pulak, sori!). Tak ramai pun yang hadir temuduga pada hari tu, aku anggarkan dalam 20 orang je.


Soalan yang ditanya pula, tidaklah sukar. Tak ada case study pun, soalan yang paling sukar nak dijawab pun adalah "Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang doktor yang ada pada diri anda?" Rashdan, goreng saje. :)


Cuma, yang peliknya, diorang pulak yang lebih banyak bercakap berbanding kitorang. Aku pulak yang confuse, sape yang kena interview ni sebenarnya? Pening... Siap bagi ceramah lagi, sebab pointer kami berdua ni lebih kurang je - aku 3.55, budak perempuan sebelah aku tu either 3.56 or 3.54.. "Adakah kamu yakin bahawa kamu boleh menyinar di PU-RCSI? Lihat pointer kamu ni, bukanlah berada pada tahap tertinggi. Kursus perubatan adalah sangat kompetitif." Sikit pun tak jadi calar, apatah lagi kudis, puan berdua. Aku dah buktikan, bahawa aku mampu dapatkan tempat untuk temuduga tu, setanding dengan mereka yang 4.00 pun. PASUM hari tu, aku anggap sebagai 'sedu' sahaja, kerana aku masih terbayang kejayaan silam sewaktu UPSR, PMR dan SPM. Aku ada kekuatan itu, tapi di PASUM, hilang seketika. Lagipun, aku dah janji dengan diri aku, peluang kedua takkan disia-siakan!


Tak terasa hati pun, sebab aku faham statement dia tu, bukan nak perlekehkan aku pun, cuma nak tengok sama ada aku yakin atau tidak. Kalau aku tak layak, mesti tak dapat temuduga ni, kan? Mungkin ada markah bonus di situ. Terpilih atau tidak, itu aku tolak tepi, sebab aku dah ada satu tawaran dalam tangan. Kesian pada budak perempuan tu, tak dapat tawaran UPU pun. Aku siap dapat offer pegi India lagi. Itu yang dia berharap sangat dapat PU-RCSI. Aku bagi dia banyak ruang untuk bercakap, supaya aku dapat membantu dia secara tak langsung, sebab aku patut serahkan peluang ni kepada orang yang lebih berhak, iaitu kepada mereka yang tidak mendapat apa yang dihajati dari UPU. Memang niat aku ke temuduga tu untuk test power je, tapi kalau seandainyaaku terpilih, macam mana ya nanti? Rilek dulu...


Di kesempatan ini, aku ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada pihak keselamatan UNITEN kerana sudi membantu aku yang kehilangan arah pada awalnya. Ye lah, bukannya aku masuk hari-hari kat UNITEN ni. Ni baru kali kedua aku masuk kawasan UNITEN, kali pertama masa bulan 6 tahun lepas.


Bila sampai sini, terus hilang punca.. Ekeke..

Bila dah sesat tu, aku terus la jalan pergi kat pondok jaga tu. Memandangkan aku dah pening tahap gaban, pak guard tu dengan bermurah hatinya, sudi nak hantar aku kat Kolej Pengajian Asasi dan Umum, tempat aku bakal bertemuduga.


Bukan naik ni! Naik motor saje.. Tu pun dah alhamdulillah, ada gak orang nak tolong.

Selamat Jalan, see you again, tak tahu bila. Bukannya aku nak belajar kat UNITEN pun. :D


Maka, bertambah satu lagi pengalaman temuduga aku, dan insyaAllah, pengalamanlah yang akan mematangkan aku. Harapan aku begitulah. Aku bukannya pergi KL hari tu untuk temuduga ni semata-mata. Ada lagi tujuan lain. Nak tahu? Tunggu entri seterusnya..


Pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran.



14 ulasan:

  1. haha, asasi UiTM je lah. xde pusat2 nih. :p
    oh ado 2 la kironyo interview? one for PU and one for JPA?

    BalasPadam
  2. mana taw nanti bini awak keje kat UNITEN ka??haha kene g jugak an??haaa macam mana jadi pegi India ka?

    BalasPadam
  3. miss nureen : silap nama eh? hahaha.. sori2.. yup, 2 interview..

    BalasPadam
  4. sehahnazri : keje uniten? doktor? ekeke.. nnti takut ade kursus ke ape kan nnti kt dalam sane, mana la tau kan.. jadi la pegi India! :)

    BalasPadam
  5. salam..bang, sy bru dpt offer asasi uitm tu..and dah baca news sal PU-RCSI ni..lg la berminat an utk pursue medic after asasi..sbenarnya, PU-RCSI ni utk luar negara ke dalam negara or both?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... boleh aje lepas asasi UiTM kalau nak ambik PU-RCSI tu.. cuma be alert bila offer bukak ye.. PU-RCSI ni belajar kat Serdang, Selangor.. Nanti akan dapat degree dari RCSI..

      Padam
    2. ouh..means blaja dlm malaysia tp based on ireland nye ni la..ok2..thanks

      Padam
    3. yup... betul tu.. u're most welcome :)

      Padam
  6. Nk tanye,klau pointer 3.56 untuk asasi UM,boleh tak mohon buat medic kat india??

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa zaman saya, lepas lagi.. tak tahu la zaman awak lepas ke tak.. rasanya ok je kot..

      Padam
  7. Salam... congratz to future young doctor...oh, btw hw was the girl that went to the interview that time? Manage to get a place in PU?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. i'm not sure about that girl.. btw, thanks! :)

      Padam
  8. Asaalamualaikum~ i juz wanna ask~ do you get the offer after the interview? do you get the scholarship?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. yes, i got both admission and scholarship. but unfortunately, i got them when i already arrived at india. so, i had to reject this Perdana University offer..

      Padam