25 Dis 2010

Keputusan Rasmi!

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog R.A.S.H.D.A.N ini...


Maafkan ambo kerana terlewat sehari untuk berkongsi mengenai keputusan rasmi peperiksaan semester 1 ambo di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).


Kat bawah ni ada gambar slip keputusan...


(kalau tak nampak, sila klik di atas gambar itu)










Keputusan ni ada dua versi, iaitu versi pejabat PASUM dan versi Seksyen Peperiksaan UM... Keputusan yang diguna pakai untuk isi borang UPU nanti adalah dari PASUM


Bagi keputusan daripada pejabat PASUM :


Biologi : A
Matematik : B
Kimia : B+
Fizik : C+


PNGK Berdasarkan 3 mata pelajaran terbaik (Termasuk Matematik) : 3.44


Bagi keputusan daripada Seksyen Peperiksaan UM :


Kursus Persediaan Bahasa Inggeris 1 : S (Satisfactory)
Algebra & Geometri : B
Kalkulus : B-
Kimia Asas 1 : B+
Kimia Asas 2 : A-
Fizik Asas 1 : B-
Fizik Asas 2 : C-
Biologi Sel : A
Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma : A


PNGK : 3.13


Ambo rasa memang patut ambo dapat result macam nih, sebab ambo kurang fokus.. Kalau la ambo boleh fokus lebih, mesti dpt 4.00 punyer.. Tapi orang kata, bukan rezeki lagi... Ambo tak menyerah kalah.. Pantang berundur sebelum kalah!


Alhamdulillah , result ni takde la teruk mana, walaupun sangat mengecewakan bagi diri ambo. Tapi ambo puas la dengan hasil usaha diri sendiri.. Tiada penyesalan, kerana ambo telah cuba yang terbaik..


Sekarang ni Rashdan, jangan toleh ke belakang lagi, kat depan tu ader 4 flat.. Ape lagi...? Kejar lah! Doakan ambo berjaya dapat 4.00 flat di semester 2 ni, dan seterusnya mengumpul PNGK sebanyak 4.00 flat jugak! InsyaAllah, kalau dapat 4.00 flat, ambo nak apply MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery), kalau boleh nak yang dekat USM Kubang Kerian. InsyaAllah...


Akhir kalam, sila tinggalkan maklum balas di bawah ini! Assalamualaikum...


Rashdan Roslan



2 ulasan: