31 Dis 2010

Flashback 2010

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia..


2010 adalah tahun yang gemilang juga la buat aku, kerana banyak peristiwa yang bermakna berlaku, dan pelbagai kejayaan diraih di tahun 2010. Tak lupa juga, pelbagai kegagalan yang dilalui oleh diri ini. Namun, ada banyak anugerah daripada kegagalan itu. 2010 meninggalkan banyak nostalgia untuk diri aku..


Marilah kita mengimbau memori di 2010 bersama aku, manalah tahu kita ada mengalami peristiwa yang sama kan...


Berikut adalah garis masa dari Januari 2010 hingga Disember 2010..


Januari 2010


Belajar memandu kereta dan motosikal sejak bulan Disember 2009.


Ada ujian untuk biasiswa Khazanah di Menara UEM, KL pada 12/01/10. Jumpa ramai rakan-rakan SA[VI]OUR kat sana. Tumpang kat rumah Atiff, lepas tu stay kat rumah Danial Zikri sebelum balik Kota Bharu..


24/01/10 : Mula menulis kat blog ini.. Sekadar ingin mengisi masa lapang.. Tak dapat masuk PLKN.. Haha.. Tak dapat, bukan tak nak... :D


ASiS gagal dalam percubaan kali pertama untuk mendapat taraf Sekolah Berprestasi Tinggi.. Sedih...


Februari 2010


Ujian lesen memandu kelas B2 (Motor) pada 21/02/10 dan ujian memandu kelas D (Kereta) pada 28/02/10. Alhamdulillah, lulus kedua-duanya pada percubaan pertama.






Dah mula memberanikan diri untuk menunggang motosikal pada jarak jauh..


Mac 2010


11/03/10 : RESULT SPM! Alhamdulillah, 5A+, 4A, 1A-... walaupun tak gempak macam sesetengah orang tu...






23/03/10 : Datang KL lagi sekali.. Ambik testimonial kat sekolah.. Tapi sangat sekejap je... Testimonial sangat penting untuk interviews yang aku akan hadiri..


Dapat motor baru! Yamaha 135LC...





April 2010


05/04/10 : Interview JPA di Politeknik Kota Bharu, ditemani oleh Adli Abdullah... On the way, kena saman dengan polis, padahal kesalahan yang sangat ringan, iaitu tak tampal pelekat lesen P kat motor. Memang la, tu motor abah aku. Sampai hati polis tu saman anak kawannya sendiri.


06/04/10 : Temankan Adli pula interview JPA..


19/04/10 : Berlepas ke Perak bersama Adli untuk menghadiri Eduquest Camp di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh pada 20 dan 21 hari bulan.. Menghabiskan waktu berharga bersama Aizat Zulkarnain di rumahnya pada 21, 22 dan 23 hari bulan, disertai juga oleh Adli dan Khairul Mu'min. Diperkenalkan buat pertama kalinya kepada bandar raya Ipoh.


19/04/10 : Aku bakal kehilangan empat orang rakanku dalam masa kurang 2 bulan, kerana mereka dapat tawaran tajaan JPA untuk ke Vanderbilt University, Nashville, Tennesse, USA pada bulan Jun.. Insan-insan yang bertuah itu adalah : Khairul Amin bin Kamarulzaman (my best friend ever ), Mohamad Adli Abdullah, Khairul Azam bin Daud dan Nur Afiqah Mohamed.. Hati sedih jugak sebab akan ditinggalkan oleh mereka, bukannya kerana tak dapat tawaran macam itu..


29/04/10 : Bertolak pergi Shah Alam, lepas tu pergi KL.. Ada majlis kat ASiS..


30/04/10 : Jalan-jalan kat Shah Alam.. Menumpang kat rumah Riquan Aqif.. First time naik BMW! Pergi Extreme Park ngan I-City bersama Kitaro Irwan, Aqil (Unta), Riquan (Rico) dan Asyraf Roslan..



Mei 2010

01/05/10 : Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang di ASiS yang tercinta.. Jumpa sangat ramai rakan-rakan SA[VI]OUR di sana. Majlis turut digempakkan dengan kehadiran para OASiS dari batch pertama sampai batch ke-5. Walaupun tak sehebat tahun-tahun lepas, tapi aku tetap menghargai majlis tersebut, kerana bukan faktor luaran (set up pentas, ganjaran wang) yang penting, tapi sentimental value majlis tu yang lekat di hati aku.






02/05/10 : Ni masa malamnya sejurus selepas tamatnya majlis makan malam tu. Pergi downtown Bandar Tun Razak untuk kali pertama. Nama je sekolah kat Bandar Tun Razak, tapi tak pernah sampai sana. Lepas tu tumpang kat rumah Amar Zharif sebelum pulang ke Kota Bharu. Pergi ke Sunway Pyramid bersama Amar dan Nabil Azmi.


23/05/10 : Mendaftar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Kuala Lumpur. Pasrah walaupun kena reject dengan JPA untuk ke oversea. Tapi tak mengapa, PASUM pun ok juga. Ramai warga SA[VI]OUR di sini, seramai 20++.. Kenal ramai rakan-rakan baru secara beransur-ansur..


Ni group tutorial aku, R2 :




Jun 2010

Dapat 'gula-gula' daripada JPA untuk mengubat hati aku yang kecewa ni. Dapat tajaan untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Alhamdulillah, walaupun hati aku masih kecewa pada waktu itu. Sekarang tidak lagi. :) Ku percaya ada hikmah di sebalik ketentuanNya.


12/06/10 : Hantar Amin, Adli, Azam ngan Efi kat KLIA. First time tu sampai KLIA. Hati aku sayu juga untuk melihat mereka pergi, tapi itu la kali terakhir aku boleh bertemu mereka, terutamanya Amin, untuk jangka masa 2 tahun. Tumpang gembira bagi pihak mereka, walaupun tidak dapat peluang seperti mereka.






26/06/10 : Pergi ke ASiS, ada Hari Karnival. Kurang menarik sedikit daripada segi bilangan gerai dan keceriaan gerai, namun menarik dari segi jumlah pengunjung. Tahniah buat batch 7 kerana berjaya tarik ramai pengunjung. Itulah kali terakhir aku sampai di ASiS pada tahun 2010.


Julai 2010

04/07/10 : Kakak aku mendaftar kat UPM. Second time sampai kat sana. Alhamdulillah, tak sesat sepanjang jalan nak ke sana.


23/07/10 : Pertama kali pulang ke Kota Bharu sejak mendaftar di PASUM. Rindu rumah!


24 dan 25/07/10 : Menjadi pemandu pelancong kepada rombongan dari ASiS seramai 6 orang guru dan 15 orang pelajar. Alhamdulillah, berjaya dalam misi berkenaan.






30/07/10 : Tragedi melanda Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, apabila seorang pelajar PASUM (Asasi Sains Fizikal), Allahyarham Zulkhairi Azmi bin Bukhari, meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat 5 Blok B. Al-Fatihah.

31/07/10 : Kembali ke PASUM.. :(

Ogos 2010

11/08/10 : Umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Bergembiralah orang-orang yang beriman.


16/08/10 : Midsem test!


21/08/10 : Shopping raya kat Mid Valley..


28/08/10 : Shopping raya kat Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Sogo.


September 2010


10/09/10 : Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Kurang bermakna sedikit hari raya kali ini, tanpa Khairul Amin, kalau tak mesti berkali-kali beraya kat rumah beliau. Hehehe.. 


Oktober 2010


10/10/10 : Pindah masuk bilik A328 bersama Zakaria Abdullah secara tak rasmi.


12/10/10 : Exam MUET part speaking.. Dapat kenal dengan tiga orang rakan baru, yang mungkin aku takkan tegur kot kalau aku tak jumpa dalam bilik exam yang sama.


16/10/10 : Secara rasminya, Zakaria Abdullah kini roommate aku..


25/10/10 : Final exam semester 1.. 2 minggu yang sangat sukar bagiku...

November 2010

04/11/10 : Semester 1 tamat! Fuhhhhh....


05/11/10 : Pertemuan semula bersama Mohd Syamer bin Latef dan keluarganya setelah hampir 10 tahun, yang kini menetap di Batu Gajah, Perak.. Alhamdulillah, Allah pertemukan ambo balik dengan beliau yang merupakan best friend aku sejak kecil lagi, namun terpisah kerana tuntuan kerja bapanya. Mereka layan aku dengan sangat baik, walaupun dah lama tak jumpa. Kenangan yang begitu manis untukku. Dapatlah aku menyambung kembali hubungan yang terputus dulu.


07/11/10 : Sekali lagi ke rumah Aizat Zulkarnain, dan merasa atmosphere Ipoh..


10/11/10 : Ke rumah Yahya (Pakya) di Shah Alam.. Melengkapkan 9 hari escapism aku dari Kolej 12.. Hehe..


13/11/10 : Exam MUET kat UM! Pulang ke Kota Bharu pada malamnya, tanpa wang sesen pun.


17/11/10 : Hari Raya Aidiladha di Malaysia. Aku beraya di Tanah Merah, Kelantan.


18/11/10 : Majlis pertunangan kakakku di Tanah Merah. Alhamduliilah, tiada kesulitan berlaku.







20/11/10 : Pulang ke KL, menaiki antara bas yang paling dahsyat yang pernah aku naik. Tertinggal kunci bilik kat rumah. Nasib baik kakak aku nak balik ke Tanjung Malim malam tu, boleh ambik dengan dia. Aku tumpang kat rumah Atiff dulu.


21/11/10 : Ambik kunci daripada kakakku kat Tanjung Malim, lepas tu balik kolej..


22/11/10 : Semester 2 mula!

Disember 2010

04/11/10 : Pergi ke pameran MAHA 2010 di MAEPS, Serdang bersama Umar Imarah, Awang Azzizul dan Shafiq Izzuddin (Sate).. Seronok sangat pergi sana, walaupun sangat ramai umat manusia. Itulah juga peluang untukku mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.







12/12/10 : Pergi ke karnival Jomheboh di Bukit Jalil bersama Amirul Asyraf. Kena sunburn!!! 


14/12/10 : Hari Ulang Tahun Kelahiranku ke-18! Alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku. Yang bestnye, birthday aku bersih daripada upacara 'menepung tawar' dan telur. Yang tak bestnye, berjauhan dengan family, dan takde kek hari jadi tahun ni. Aku happy sebab dapat ratusan ucapan hari jadi. Thank u!


14/12/10 : Result semester 1 keluar! Serentak dengan birthdayku.. Alhamdulillah, dapat 3.44..


24/12/10 : Keluar ke KLCC bersama Geng Gunung Rapat - Amirul Asyraf dan Zafiq Syaddiq.. Browse handphone baru.. Ni baru kali ke-2 sampai kat KLCC..


25/12/10 : Beli handphone baru - NOKIA X2! Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.


31/12/10 : Aku menulis entri kali ni.


Alhamdulillah, tahun ni banyak yang manis berbanding yang pahit.


Yang manisnya, aku dapat ramai kawan baru, terutamaya di PASUM.. Dapat beberapa kawan rapat di sini, seperti Umar Imarah (selalu di sisi masa kuliah dan masa pulang ke kolej), Amirul Asyraf, Aliff Ali dan Taufiq. Kena gosip ngan pompuan tu perkara biasalah, tapi aku tak ambik hati pun, dan takde kesan pun, takde sikit pun parut di hati aku. 


Aku mengakhiri tahun 2010 dengan amannya, dengan tiada lagi perbalahan antara aku dan sesiapa pun. Alhamdulillah.


Antara yang pahitnya adalah gagal untuk mendapat tawaran ke oversea! Mula-mula aku fikir yang aku nih one of the biggest losers dalam kalangan rakan-rakanku, tapi sebenarnya tak. Sebenarnya ada insan yang lebih malang daripada aku, so jangan mengeluh dan jangan sedih dengan nasib diri anda. La Tahzan, Rashdan... Alhamdulillah, rasa kecewa itu semakin hari semakin hilang.


Tahun 2010 juga menyaksikan aku menjadi lebih yakin dan kebal. Aku lebih percaya kepada diri aku sendiri. Contohnya dalam pengembaraan ke macam-macam tempat, seperti Ipoh, Shah Alam, KLIA dan Batu Gajah. Aku mampu untuk berdikari dan berpijak atas kaki aku sendiri. Namun, tanpa rakan-rakan yang menyediakan tempat berteduh seperti Atiff Ghazali, Danial Zikri, Amar Zharif, Aizat Zulkarnain, Syamer dan Riquan Aqif, macam manalah nasib aku. Di sini, aku ingin berterima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk memberi aku ruang dan peluang untuk berteduh di rumah kalian. Maafkan sekiranya ketenteraman diganggu dan satu lagi yang aku pinta, halalkan makan dan minum aku sepanjang aku berada di sana. Akanku kenang jasa kalian.


Mengenai blog, aku begitu berbangga dengan pencapaian blog ni. Sejak pageviews boleh dikesan bermula Julai 2010, blog ni telah menerima 1747 pageviews. Setiap bulan, pageviews meningkat. Pada Julai, blog ni menerima 102 pageviews, Ogos (143), September (153), Oktober (357), November (440) dan Disember (552). Terima kasih atas sokongan anda. Semoga pada tahun 2011, blog ini akan terus maju. Demi menghargai sokongan kalian, aku akan merevolusikan blog ini esok, untuk menghargai jasa anda semua. Semoga anda semua akan mendapat manfaat yang lebih daripada blog ini, dan semoga setiap klik itu tidak rugi kepada pihak anda.


Kini, 2010 sudah melabuhkan tirainya... Membawa pergi kenangan dan suka-duka bersama.. Semoga 2011 lebih baik daripada 2010. Selamat tinggal 2010.

Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan