Nak tanya sikit nih.... Cuba fikir sejenak.. Sanggupkah antum mencuri pakaian dalam milik orang lain? Mestilah jawapannya, TAK kan...
Tapi, perkara ini berlaku pada ana pagi tadi.. 5 helai pakaian dalam ana kena curi.. Ya Allah... Tergamak insan berkenaan mencuri pakaian dalam ana? Dah la branded.. Huhu...
Takpe2, ni mungkin dugaan bagi Allah, mane lah tahu ade orang yang nak aniaya ana dengan lebih lagi kan.. Jadi, Allah selamatkan ana terlebih dahulu. Alhamdulillah..
Bagi si pencuri, ana taklah marah pada anta. Anta bijak, dapat masuk UM lagi.. Tapi kalau anta ada akal yang waras, anta tak mungkin buat macam tu.. Ingatlah bahawa kesenangan di dunia hanya hanyalah sementara, dan yang di akhirat itu yang kekal abadi. Namun inilah fitrah manusia zaman kini.. Dilanda penyakit cintakan dunia, takutkan mati. Ana dah maafkan anta, jangan risau. Ana faham, mungkin anta terdesak sangat, namun ana hairan, yang ana tanpa rasa geli, sanggup mencuri barang kepunyaan ana itu. Mana lah tahu, mungkin ana ade penyakit ke? Hehehe.. Ingatlah bahawa azab di akhirat sangatlah pedih.
Buat pembaca-pembaca, janganlah sesekali mencuri (dua tiga kali pun tak boleh!), kerana itu termasuk dalam kategori dosa besar. Allah nampak apa yang antum lakukan.
Nikmat dunia hanya sementara. Ingatlah wahai teman-teman.
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan