14 Mac 2012

Ombak Rindu Hafiz Zainal

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Tujuan entri aku kali ni adalah untuk promote kawan sekelas aku dulu ni, iaitu saudara Hafiz Zainal. Dah bergelar penyanyi YouTube dah sekarang. Dah lama pun sebenarnya, baru nak promote. Hehe.. Sori Apis... :)

Cari sendiri la yer aku kat mana, Hafiz Zainal kat mane. :)
Terbaru, dia ada buat cover terbaru, lagu yang tengah meletop di Malaysia sekarang ni (meskipun dia tengah belajar kat Egypt sekarang ni), iaitu lagu Ombak Rindu, nyanyian asal Hafiz & Adira. Power tak beliau? Lagu dua orang pun dia mampu nyanyi sorang.



Kalau nak tengok kat YouTube, tengok la kat SINI. Sila tengok video lain jugak yer, beliau ada bakat yang tersendiri. Dah lama kagum dengan dia ni, obses sangat menyanyi. Tapi yang penting, pelajaran tak dilupakan.. Kat sekolah dulu, dia dapat 10A jugak masa SPM.. Cerdik pandai, boleh jadi macam Dr. Fazley nanti.

Satu lagi info menarik (yang tak boleh blah), dulu aku kalah pertandingan nyanyian kat sekolah, belakang dia! Dia nombor 1, aku nombor 2. Hehehe.. Nak buat macam mana, dia yang paling terer menyanyi kat sekolah. Itu semua kenangan yang sukar untuk dilupakan. Aku pun mana aktif menyanyi nih, cuma menyanyi apabila diperlukan je :)

Akhir kata, harap terhibur dengan persembahan kawan aku nih. Kalau bosan-bosan, dengarlah lagu ni, dan lagu-lagu lain jugak yang dinyanyikan oleh Hafiz Zainal, jadikannya halwa telinga. Sekian dulu untuk kali ni.

4 ulasan:

  1. as salam..rashdan nadia der tag kamu tuk join KAMI BLOGGER MALAYSIA..jom join,..hope dpat menambah kengakwan 1 malaysia :)

    BalasPadam