4 Mac 2011

Dan Bila Esok...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Esok adalah Majlis Makan Malam PASUM, atau nama popular dia, Malam EMAS... Dinner tu kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).. Hari tu dah bayar dalam 120 hengget dah untuk dinner ni.. Harap-harap berbaloi..


Excited gak sebab lama dah tak masuk majlis dinner. Last sekali masa tahun lepas, bulan 5, kat ASiS, Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang. Kekok sikit kot...


Nak pakai apa esok? Rahsia, tapi meh sini nak bagi klu sikit. Tengok gambar bawah ni..


Kain pelikat? Kain selimut? Ke amende nih?


Baju ni lah yang akan dipakai oleh kawe esok. Memang lain daripada yang lain (kot).. Huhu.. Tapi apa yang kawe boleh katakan kat sini bahawa baju ni masuk kot dengan tema "Modern Meets Classic" tu.. Kawe pun tak pernah pakai pakaian yang macam ni. Korang pun tak pernah nampak kawe pakai macam ni.. Jadi, kalau nampak janggal atau pelik, sila-silalah mengutuk ya.. Hehehe.. Tapi kawe nak cuba sesuatu yang baru ni.. Baju ni takde la mahal sangat.. Tapi harga dirahsiakan la..


Esok duduk kat meja nombor 28.. Sebelah red carpet tu!!! Hehehe... Antara meja yang kat depan jugak la.. Ok la kot, kalau salah seorang daripada member meja tu dapat anugerah 'King of the Night', senang kitorang nak naik.. Hahahaha...


Kawe tak sabar nak nantikan persembahan yang dengar cerita macam gempak je.. Nak tengok sahabat baik kawe, Muhammad Aliff Ali buat persembahan esok, menyanyi lagu orang putih tu!! Diiringi oleh Amer Azmi, yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-19 hari ni..


Kepada kawan-kawan, pakai la pakaian yang menutup aurat dan bersesuaian. Biar pelik asalkan tidak mencolok mata. Tadi Dr. Asma ada pesan masa kuliah Calculus, bunyinya lebih kurang ni, "Biarlah Malam EMAS ni kamu semua pakai pakaian yang sesuai... Yang mana pakai tudung tu, janganlah tak pakai nanti kat sana.. Kalau nak menang anugerah 'Queen of the Night' sekalipun, pakailah tudung. Ramai dah orang yang menang dengan bertudung."


Makan-makan tu pulak, of course la nak tibai semaksima mungkin.. Hehehe.. Tapi takde la sampai memalukan diri sendiri dan kawan-kawan.. Biar berpada la.. Lagipun kawe tak nak bazirkan 120 hengget yang melayang macam tu je..


Nantikan gambar-gambar Malam EMAS di blog ni nanti ya!

Insan yang mungkin bakal berpakaian pelik esok,
Rashdan Roslan

2 ulasan:

  1. dahsyat btul post ko ni. yang bagusnya, ada smngat nak pegi picc@malam emas.aliff dan aku akan buat persembahan breakaway malam nanti. huhu

    BalasPadam
  2. dahsyat? maksud ko ape?? huhu..
    haha.. i'm looking 4ward for ur performance.... :D

    BalasPadam