7 Mac 2011

Akhirnya Air Mata Itu Gugur Jua...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia..


Sebenarnya kali ini bukan entri tentang malam EMAS, ok... Entri kali ini adalah lanjutan kepada entri yang bertajuk 'Tamparan Hebat', iaitu mengenai keputusan peperiksaan mid-sem 2...


Akhirnya setelah lama kawe pendam, akhirnya gugur jua air mata kesedihan dan kedukaan apabila mengenangkan keputusan yang baru diumumukan. Hati kawe tidak lagi seceria dahulu, dan tiada lagi taman di dalam hati ini. Yang tinggal hanya luka yang baru dan belum diketahui bilakah luka itu akan sembuh.




Kawe ada hak untuk menangis, dan bukan menangis itu melambangkan kelemahan. Bukan wanita sahaja yang boleh menangis, namun lelaki juga perlu menangis, untuk mengurangkan ketegangan minda, seperti yang kawe alami.


Namun, kawe beruntung kerana dikurniakan sahabat yang baik, satu sekolah dengan kawe dulu, iaitu D (bukan nama sebenar). Dia telah mengutarakan soal keputusan mid-sem baru ini. Dengan automatiknya, kawe berasa begitu sedih dan down.


Sedih kenapa? Sebab ramai orang yang melangkah ke depan, namun kawe, makin mundur ke belakang dan ketinggalan. Entah kenapa, usaha yang semakin giat kawe lakukan membuahkan hasil yang tidak memuaskan. Makin parah jadinya berbanding semester 1..


D ada berpesan, "Aku ingat lagi pesanan A (bukan nama sebenar) kat sekolah dulu. Orang beriman ni harus diingatkan. Mungkin Allah nak uji kau ke ape kan.. Tengok budak ni kuat semangat, nanti manalah tahu, Allah nak bagi idea yang mencurah-curah masa final exam.. Sekarang Allah uji kau dulu..."


"Kalau nak berdoa tu, kenalah kreatif sikit. Janganlah mintak nak dapat A je semata-mata. Mintaklah supaya diterangkan hati untuk menjawab soalan, dimudahkan urusan dan diberi idea semasa menjawab soalan."


"Kita sebagai kawan ni kenalah saling mengingati," itu lah madah D yang menyenangkan hati kawe. Terima kasih banyak, D.. Kawe ingatkan D tak pernah pedulikan kawe selama ini. Kawe ingatkan kawe ni seperti perigi yang mencari timba. Namun, hari ini telah membuktikan bahawa tak sia-sia kawe bermuka tembok selama ini, cuba untuk meraih perhatian dan pertolongan daripadamu wahai D. Mungkin kerana kawe tidak pernah berputus asa untuk berkawan denganmu. Kawe sungguh terharu apabila D memberi dorongan.. "Cool2 sudeyh!"


D, maafkan aku kerana telah tersalah anggap terhadap diri kau. Aku ingat kau tak peduli tentang aku. Aku ingat kau sombong dan tak ambik kisah pasal aku. Aku ingat aku je yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan kau. Aku ingatkan kau dah lupa akan pertolongan aku di sekolah dahulu. Sekarang, kau harus bantu aku. Hati aku dah rapuh. Kau pun dah lihat sendiri betapa rapuhnya hati aku. Aku rasa tak mampu lagi menggalas bebanan yang sangat berat ini. Aku amat memerlukan bantuan daripada kau sekarang, sebulan sahaja lagi. Kalau kau dapat bantu aku, kau akan aku kenang sampai bila-bila, sebagai seorang sahabat yang menyelamatkan hidup aku.


Anda semua kena faham, pointer di PASUM sangat penting, kerana akan menentukan masa depan pelajar. Kalau dapat bawah 3.5, macam mana nak ambik medic.. Banyak IPTA yang perlukan pointer yang jauh lebih tinggi. Itulah yang kawe sedang fikirkan dan renungkan. Fikiran berkecamuk dan kusut.


Kawe rindu diri kawe sewaktu SPM dahulu. Entah ke mana hilangnya diri kawe seperti dahulu. Ke mana hilangnya Rashdan yang kompetitif? Ke mana hilangnya Rashdan yang kuat semangat? Ke mana hilangnya Rashdan yang tak mahu kalah? Ke mana hilangnya semua itu? Jawapannya, kawe pun tak pasti. Itulah yang kawe kesali. Ke mana kawe nak letak muka lepas ni? Keluarga dan rakan-rakan mengharapkan sesuatu yang besar daripada kawe, namun kalau kawe tidak dapat melunaskan harapan mereka, kawe tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri kawe. Semangat itu sudah hilang.


Air mata yang tersimpan tidak dapat dibendung lagi. Tepat jam 12.00 tengah malam, 7 Mac 2011, lerailah segala kesedihan dan kedukaan. Apa yang kawe mampu lakukan, hanya mampu meratap kesedihan, mengenangkan masa hadapan yang belum pasti. Ya Allah, kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan hambamu ini dalam menempuh kehidupan ini yang mencabar... Kuatkanlah semangatku dalam menuntut ilmu ke jalan yang diredhaiMu..


Hamba Allah yang berhati rapuh,
Rashdan Roslan

6 ulasan:

  1. rashdan.....be stronggggg....

    BalasPadam
  2. insyaAllah mia.. Allah akan tentukan segalanya...

    BalasPadam
  3. go rash go! hg ada berlambak gi org sapot dr blakang.

    BalasPadam
  4. syukran jazilan ya anonymous... :)

    BalasPadam
  5. cuba check balik amal kita sehari-harian. mungkin ada yg kita nampak kena dan baik, tapi rupenye tak kena dan tak baik. cth: solat tak khusyuk. benda simple, tp effect, besar effect dia. ujian ALLAH bukan semata2 kesusahan, kesenangan pun ujian. syukur dan redha dgn apa yg ada, dan teruskan ke arah yg lebih baik lg. moga berjaya.

    BalasPadam
  6. aku rasa aku tahu sape anonymous ni....
    memang benar, salah satu sebab yang boleh menyebabkan benda macam ni boleh jadi sebab lemahnya hubungan dengan yang Maha Esa.
    aku redha dengan apa jua ketentuanNya selepas ini, namun bukanlah bermakna aku berputus asa akan rahmat daripada Ilahi...
    aku percaya ada sinar menanti aku di hujung lubang yang gelap..
    ada juga hikmah di sebalik semua ini..
    itulah manusia, perlu diingatkan..
    bila dah senang esok2, lupa balik semua ni.
    aku akan cuba mengubah diri aku ke arah yang lebih baik..
    jalan sehala sahaja, menuju keredhaan Allah..

    BalasPadam