Keputusan ini sudah muktamad. Aku akan berhenti berblogging!
Kejap kejap kejap.. Belum habis laaaagi.. Aku akan berhenti berblogging buat seketika sahaja. Berhenti di sini tak bermaksud tidak akan update blog ini lagi, tapi akan mengurangkan kekerapan pengemaskinian blog ini.
Bulan ni, bilangan pageviews pun dah lebih target asal, iaitu 700. Bila mana entri ini ditulis, dah 722 pageviews untuk bulan ni sahaja. Terima kasih atas sokongan.. Baru 15 hari bulan, dah catat sejarah, rekod tertinggi pageviews sepanjang kewujudan blog ni. Aku dapat kepuasan tersendiri bila tengok statistik tu. Tak sangka ada jugak orang nak baca blog yang tak seberapa ni.. Bulan depan target 800 pulak, tolonglah aku ya.. :)
Final exam dah sangat dekat, jadi, aku kena tumpukan seluruh tumpuan kepada study, online2 ni mungkin takkan rajin sangat kot. Mungkin Facebook pun aku akan deactivate. (Kata Facebook tutup hari ni??? Ape cer?? :P )
Namun, kalau aku berbesar hati, aku akan cuba mengupdate dalam blog ni, kalau aku rasa aku perlu update. Kepasifan update blog akan bermula esok sehingga 17 April 2011.
Jangan sedih-sedih ya.. (ceh.. bajet blog ni glamour sangat..) Kalau rasa rindu tu, aku akan keluarkan entri-entri lama untuk tatapan semua, di samping untuk mengimbas kenangan lalu... Rajin-rajinlah buka blog ni selalu ya, kalau ada masa dan kelapangan. Sesungguhnya aku amat menghargai sokongan anda semua!
Terima kasih daun keladi, lain kali kita bersua kembali...
Cuak campur gemuruh nak ambik final exam,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan