12 Mac 2011

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Tsunami Persahabatan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Aku dah beri dirinya peluang yang begitu lama, namun satu habuk pun takde. Malahan, dia terus-terusan mengguris hati aku dengan tidak menegur langsung diri ini. Aku dah cakap kan, aku dah campak ego aku.. Aku nak cuba lupakan semua yang terjadi pada masa lepas, namun semakin parah jadinya. Kalau tak nak berbaik pun, gagahkan diri untuk beritahu aku, face-to-face. Tingkah laku yang dizahirkan olehnya menampakkan bahawa dia menolak aku sepenuhnya. Adakah aku ini terlalu jahat atau keji? Kejamnya engkau terhadap diri aku. Aku semakin terasa terhina tau tak, mentang-mentang aku tak sehebat orang lain, muka pun tak kacak kan.


Kalau orang tak nak kawan dengan kita, buat apa kita nak terhegeh-hegeh nak kawan dengan orang tu? Jangan membodohkan diri sendiri yang telah sedia bodoh. Faham-fahamlah dengan isyarat atau signal yang ditunjukkan. Jadi, jauhkanlah diri daripada golongan yang seperti ini, kalau ingin temui kebahagiaan.


Aku dah nekad, aku dah muktamadkan perkara ni dalam hati aku. Maafkan aku, tapi aku terpaksa lakukan semua ni, untuk menjaga hati aku dan hatimu juga. Kita putus kawan.


Aku takkan bercakap lagi dengan kamu, dan aku akan cuba elakkan daripada bertemu diri kau. Kalau kita bertemu pun, kita buat cara professional ya. Anggap yang kita tak pernah kenal sebelum ni. Anggap macam tiada apa-apa yang berlaku.



Aku bimbang kalau aku akan lebih menyakitkan diri kau. Semoga kita akan temui kebahagiaan dalam hidup masing-masing selepas ni. Mungkin inilah namanya 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan'.

Aku gubah lirik lagu ni sesuai untuk kita, kisah persahabatan yang retak menanti belah, dan akhirnya menemui titik noktah.


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menemui kebuntuan
Manakah agaknya memori itu

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti persahabatan kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Keputusan ini aku buat dengan sangat menyakitkan, tapi aku fikirkan situasi menang-menang di sini. Tak perlu lagi kau tanya kenapa aku buat keputusan macam ni. Kau yang memegang 'kunci'nya. Kau yang tahu segalanya. Aku hanya mangsa keadaan.

Sudah lama aku memendam rasa, hujan titis air mata sudah pun turun, dan gerimis yang melanda sudah lama mencurah dalam kalbu. Kini, air sungai sudah melimpah, dan bah melanda diriku. Namun, walaupun pasirnya berubah, sungai itu tetap berliku, penghujungnya tetap sama, iaitu muara. Hari ni, tamat sudah fasa memendam rasa dalam hati aku. Aku akan memadam segala memori pahit dalam hati aku. Biarlah yang manis sahaja tinggal dalam hati kecil aku ini.

Alhamdulillah, ramai rakan yang memberi sokongan dan semangat kepadaku untuk menempuh permasalahan ini. Terima kasih kepada kawan-kawan dan sahabat yang setia dan pembaca blog R.A.S.H.D.A.N yang membantu diri ini, semoga anda dirahmati oleh Allah..

Semoga kehilanganmu sebagai sebagai seorang sahabat baik untukku akan ada pengganti yang lebih baik dan lebih memahami jiwa aku. Selamat tinggal wahai sahabat! Semoga berbahagia dengan rakan-rakan baru. Jangan khuatir tentang diriku, kerana aku yakin aku mampu bertahan, dan aku bertambah kuat kini, setelah diduga dengan tsunami persahabatan ini.

Kini, aku sudah pulih sepenuhnya daripada kedukaan. Episod lara hati sudah tamat. Kini, fokus hanya satu - FINAL EXAM!

Bersemangat baru,
Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan