Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri yang bertajuk 'Akhirnya Air Mata Itu Gugur Jua'.. Ramai juga yang prihatin tentang masalah yang aku hadapi. Terima kasih atas keprihatinan anda, sesungguhnya sokongan dan dorongan amat aku perlukan, dan teruskanlah sokongan itu, semoga anda semua dirahmati dan diredhai Allah..
Namun, ada seorang ini (patutkah aku beritahu nama dia?).. Belum lagi! Kasi saspen dulu... Nama beliau adalah B (bukan nama sebenar). Beliau adalah my best friend ever and ever. Carta nombor 1 ni. Aku tak boleh bayangkan kalau hidup ni takde dia lagi dia. Ibarat separuh jiwaku pergi kot. Hehe...
Sebelum apa-apa, nak bagi amaran dulu. Takde unsur-unsur ke'songsang'an di sini, sebab best friend aku ni seorang lelaki. Puji-puji seorang lelaki bukanlah bermakna.. faham2 lah! :P
Aku akui, sejak dia pergi, memang kesunyian hidup ini, ibarat tidak lengkap dan rasa kekosongan. Boring jugak bila balik rumah, kalau tidak, hari-hari aku akan ke rumah dia, borak-borak, gelak-gelak, makan-makan, jalan-jalan, dan banyak lagi. Kawe kenal B ni dari darjah 5. Mari-mari nak cerita sikit ni, tentang beliau. Sikit-sikit je, nanti tak habis kalau nak cerita, banyak sangat...
Mulanya perkenalan di kelas 5 Zamrud, SK Ismail Petra 1. B datang dengan bersongkok waktu tu, tiba-tiba datang duduk di sebelah aku. Maka berkawanlah kami sejak itu. Darjah 6 pun kelas bersama lagi.. Masa darjah 6, kami dah mula rapat.. Tapi yang sedihnya, masa UPSR, result kami tak sama. Aku dapat 5A, dia dapat 4A 1B. Maka, sedih jugaklah aku rasa masa tu, sebab mungkin kami akan terpisah nanti sekolah menengah.
Namun, sangkaan aku meleset! Walaupun dia dapat 4A, tapi dia aktif sukan, so dapat la masuk SMK Ismail Petra (SMIP), yang mengambil pelajar terpilih sahaja, iaitu yang mendapat 5A atau 4A dalam UPSR, dan 6A ke atas untuk PMR.. Maka, persahabatan kami bersambung kembali, walaupun dia masuk beberapa hari lewat. Dia masuk masa kami semua tengah ambik English Placement Test, untuk aturan kelas la..
Meskipun kelas berbeza, namun tak mengapa, kerana kelas aku dan kelas dia sebelah-menyebelah je.. Tak la rasa kehilangan sangat. Mulai bulan Mei 2005, aku belajar untuk pergi ke rumah dia, yang jauhnya hampir 2km daripada rumah aku. Biasanya kalau aku nak pergi ke rumah dia, aku akan naik basikal Le Tour de Langkawi, hadiah kecemerlangan UPSR aku. Tak la terasa penat sangat. Namun, kalau basikal tu meragam, aku sanggup jalan kaki jauh-jauh semata-mata nak pergi ke rumah dia.. Sampai gelap kulit aku... Tapi kalau masa mak dia nak pergi hantar kuih, bolehlah aku tumpang balik sekali...
Masa lower form, banyak jugak gaduh dengan dia, sampai berbulan-bulan ada jugak. Biasalah, tak matang lagi masa tu. Child-minded. Hahaha.. Fikir-fikir balik, memang mengarutlah sebab aku selalu bergaduh. Itu aku anggap sebagai asam garam dalam persahabatan. Kan kan kan?
Aku kot yang mulakan langkah jadikan rumah B sebagai 'markas' bebudak SMIP lepak-lepak.. Hehehe.. Kalau salah fakta, tolong betulkan. Rumah dia famous pulak. Dulu aku dan dia panggil istilah nak datang rumah tu 'on' dan 'off' tau. On untuk boleh, dan off untuk tak boleh.. Huhu.. Masa lower form, ada lah jugak dia datang kat rumah, lepas tu dia dah malas nak repair basikal, lama-lama dah jadi malas.. Hehehe...
Apa lagi kenangan yang best-best ya? 'Zero water with water stone' (air kosong dengan air batu). Ni memang special menu lah, walaupun tak seberapa, tapi jadi sedap bila minum kat rumah orang. (sebab free kot? hahaha..) Kalau masa Chinese New Year pulak, ada buah oren.. Simpan dalam peti, lepas tu makan. Sedapnya makan sambil main komputer bawah tangga tu. Game The Sims, Need For Speed (yang kepalaku selalu goyang bila main tu), GTA Vice City, Pokemon Emerald, dan macam-macam lagi aku main kat rumah dia. Kadang-kadang, rasa bersalah ada jugak, sebab over pulak main komputer kat rumah orang. Bukan aku yang bayar bil elektriik.. Huhu.. Tapi dah diorang kata takpe, ok je kot.. Huhu...
Satu lagi memori yang tak dapat dilupakan, yang akan menjadi kenang-kenangan adalah masa tahun 2005. Mawi menang AF3! Masa tu memang gila-gilalah minat kat Mawi. Aku pun terlibat sama jadi fanatik Mawi. Tak boleh ni kalau orang kutuk Mawi ni, mesti kena balas kaw-kaw lah. B perasan yang dia macam Mawi, aku pun cakap macam tu jugak. So, apa lagi, selalu gaduh pasal tu. Hahaha.. Budak-budak... Selalu tengok VCD Konsert AF3 dulu sambil melalak. Tak bosan pun. B siap ambik gambar ngan autograf lagi dengan Mawi dengan Felix dulu. Cemburu jugak la.. Huhu.. Tapi tahun berikutnya, aku dapat kesempatan untuk berjabat tangan dengan Mawi, masa tu ada Perkampungan Hadhari kat Kota Bharu (depan rumah aku je). Aku masuk pertandingan minum air Power Root (aku menang!!) , so dapat t-shirt Mawi ngan autograf. Hehehe..
Model Milan Londeh? Bukan Marsha Milan Londoh ya, tapi memang gelaran tu di'derive' daripada nama Marsha pun. Gelaran ni untuk budak-budak yang mandi dekat Taman Perbandaran Tengku Anis. Petang-petang kitorang pergi kat sana. Takde keje. B, ingat orkestra lagu 'Imagine' tak? Hehehe...
Kuih Tako? Itu kuih yang mak dia buat dan jual, tapi kebiasaannya aku dan kawan-kawan dapat makan free... Sedap betul kuih tu, terutamanya kalau simpan dalam peti dulu. Kalau aku pergi rumah dia petang-petang, diorang mesti tengah sibuk lipat daun pandan jadi empat segi. Lepas tu, santan pun sampai la kat rumah dia petang-petang, atau kadang-kadang, pegi ambik sendiri santan tu dekat satu rumah tu, tak jauh sangat pun.
Badminton? Hahahaa... Yang ni memang taktik untuk membuli aku. Ni ada satu pengakuan. Aku tak pandai main badminton. Nak start pun tak reti. So, sapa yang nak ajak aku main badminton tu, jangan ajak aku!!! B tahu betapa teruknya aku main badminton. Biasanya aku jadi penyokong je. Hehehe...
KB Mall? Dah naik bosan tahap cipan pegi situ. Kalau ada reunion je, mesti kat situ. Tapi sejak B takde kat Malaysia, aku pun dah takde semangat dan takde tujuan dah nak pegi KB Mall... Sedih jugak...
Jelir lidah? Satu lagi benda yang tak matang kami buat. Kalau jam menunjukkan puluk 1.11, 2.22, 3.33, 4.44, 5.55, 10.10, 11.11, dan 12.12, mesti kami akan jelir lidah dalam masa seminit tu. Kalau perlu, mesti kena cover line (maknanya tutup-tutup la sikit penjeliran tu.. haha.. nanti kantoi kat kawan dalam kelas kang malu)... Sengal kan???
SASER? Elok la.. Kitorang dapat 8A masa PMR... B dapat tawaran ke SM Sains Seremban (SASER). Tapi dia tak pegi. Sebab apa? Dirahsiakan.... Hehehe.. Kalau tak, terbaek la.. Sorang ASiS, sorang SASER... Tapi nasib baik jugak dia tak pergi SASER, kalau tak susah nak berhubung. Aku dulu kat sekolah selalu jugak call dia, sebab aku nak rasa selalu dekat dengan kawan-kawan di SMIP.. Nak tahu perkembangan sekolah tu. Kalau dia pegi SASER, sape la nak jadi Ketua Pengawas kat SMIP.. Hehehe.. Tu pun lepas puas dipujuk oleh aku dan cikgu-cikgu di SMIP... Hehe.. Kalau lah aku stay kat SMIP, aku kot jadi the next KP of SMIP.. Hahaha.. Perasan lakkk..
UTP? Memang first-first aku dah rasa jeles giler sebab aku tak dapat pergi kat sana guna result trial. Ni semua salah borang online!!!!!!!! Ada masalah sikit, jadi satu sekolah tak dapat nak isi borang tu kat sekolah. Yang ada inisiatif sikit tu, boleh la orang kat rumah tolong isikan. Cuti dia lepas SPM dalam lebih kurang sebulan je. Kesian betul. Aku pun tak dapat nak spend masa banyak dengan dia dan kawan-kawan lepas SPM. Aku mula-mula rasa senang hati jugak tengok diorang enjoy belajar kat sana, tapi lepas B dapat tahu yang diorang kena compete dengan bebudak intake May untuk dapatkan sponsorship, memang dia patah hati, dan rasa tertipu, siap menangis-nangis lagi. Kesian tau tak?! Nasib baik aku tak dapat isi borang dulu.. Fuhhh... Allah dah buat semuanya cantik untuk aku, supaya aku dapat enjoy cuti aku dengan sebaiknya, namun kesianlah kat kawan-kawan aku yang kurang bernasib baik ni.
SPM pulak, masing-masing dapat 10A... Bilangan A+, A dan A- untuk aku adalah 5,4,1. Untuk B pulak, 6,4,0.. Keputusan hampir sama, cuma berbeza di Physics, dia dapat A+, aku dapat A-, dan aku ambik EST, dia ambik IT.. Keputusan dia cemerlang, kokurikulum pun aktif, jadi dapatlah dia biasiswa JPA ke luar negara dalam bidang engineering. Terus fly ke Vanderbilt University, Tennessee, USA... Aku ada masa kat KLIA, masa dia nak fly. Sedih, sayu dalam hati aku, sebab salah seorang best friend aku akan pergi meninggalkan aku pada jasadnya je la..
Tapi rasa kehilangan tu memang mengatasi segala-galanya. Hidup seolah-olah tidak segembira dahulu. Walaupun beribu-ribu rakan lain yang ditemui sekalipun, takkan sama seperti dia seorang, juara carta! :D
Siapa B ni? Ok la, mungkin ada pembaca yang kenal dia ni, terutamanya seseiapa yang pernah bersekolah bersama kami. Mesti kenal kot, sebab dia memang best friend aku. Ke mana-mana mesti dia ada. Ok la, sekarang ni diperkenalkan kepada seantero dunia, my best friend!
Nama : Khairul Amin bin Kamarulzaman
Tarikh lahir : 25 September 1992
No. I/C : 920925-03-5**1
Tinggi : Tinggi sikit daripada aku
Berat : Yang pasti lebih 80 kg
Status : Bujang trang tang-tang (walaupun ada Effy Fiqah di sisi.. Weeee!! :P)
Makanan kegemaran : Wafer kedai runcit dekat sebelah kedai Kak Sah
Idola : Diana Naim.. Hahahahaha
Saiz seluar : > 35
Hobi : Melalak sambil menYUMBANGkan lagu.. Hehe
Tahap kepopularan : 10/10 (sampai ada budak buat karangan yang bertajuk 'Abang Amin Idola Saya'. Hahaha!!!)
Amin ada bila aku perlukan dia. Buktinya, masa aku down giler, siap nangis lagi hari tu pasal result mid-sem 2 ni, dia ada hantar mesej kat Facebook yang berbunyi :
(telah diterjemahkan)
to my best friend...
~Dan...i read your blog just now
knape sedih2 nie
sbb result eh? jangan la down gitu
smua ore amik exam...smua ore blaja
smua ore nk gred
n smua ore akan sedih kalau grade x cantik
org pn gitu jugak
normal bagi manusia
tp jange la trlalu sedih kat grade
igt niat kita blaja
grade tu mmg smua org nk.....tp tgk balik niat kita blaja...adakah krana Allah ataupn smata2 nk grade
dlm hidup ni.... semakin banyak kita lupakan Allah... semakin banyak rezeki Allah bagi kita.... semakin bnyk kita igtkan Allah...n semakin bnyk kita usaha....semakin banyak susah n ujian Allah bagi kat kita
org dh tgk bnyk situasi mcm ni org dh alami dh
n smua bnda buat org pikir balik....org nk buru sgt2 grade...tp sampai bila?
kita pikir org yg grade cantik akan berjaya....blh kerja best...blh jadi apa yang diorang nak jadi ...pakai kreta mhl2...
tp org terpikir jgk....sampai bila kita nk kejar smua benda tu?
kita dh nk masuk 19 tahun ni...pastu 20...and so on
skejap je
Radan jange la dk pikir kalu x bleh jadi doktor maka hancurlah hidup Radan
Allah lbih mengetahui apa akan trjadi dari kita
kita slalu pikir kalu kita x dpt apa kita nak...kita gagal
tp Allah blh bagi kita bnda yg jauh lebih besar nikmatnya yg kita xprnah sangka
n stiap nikmat kita akan diuji
hidup ni ada dua ujian
satu susah...satu senang
n ujian senang lg la susah sbb kita mudah jadi lalai
org tahu bila Radan tgk result kawan2 kat PASUM tnggi2....radan jadi down kan
maybe tu rzeki diaorg
tp rezeki yg blh jadi ujian
skrang Allah nk uji Radan
jange sesekali fikir gagal di PASUM gagallah hidup
sbb Allah boleh ubah segala-galanya...n kita kena yakin
org dulu smangat nk jadi engineer....and skarang org dpt pluang jadi engineer
tp org x rasa hepi blaja engineering
xtau knapa
tu bukan jiwa org
tapi org dh termasuk dalam engineering ni....org xleh patah balik dh
sapa nk tanggung smua bayaran
bukannya org x bersyukur...cuma org x raso tu jiwa org
org cuma doa jalan org plih ni btul
gitu jgk dgn Radan
jangan igt x jd doktor gagal dh hidup
maybe bila jadi doktor radan xkan rasa bahagianya...maybe jadi lupa pada Allah dgn sibuknya sbagai doktor
sbb tu Allah tahu yg mana terbaik buat kita
org pun tahu mmg kita nk sgt2 mak ayah n org skeliling yg letak harapan pd kita rasa bangga ngan kita
org pn gitu jgk
tp janganlah kita memburu kekayaan utk membahagiakan mereka
jadilah anak yg berguna adalah lbih dr ckup buat mreka
org yg berjaya di luar sana smuanya berasal dr kluarga miskin
tp bila dh berjaya smua lupa mak ayah
kita pikir kita xkan jadi mcm tu...tp dunia blh jadi mcm2
sbb org x nak la Radan down2
org bnyk kali jugak gagal sblum ni
bnyk kali dh
cuma org pikir balik.....hidup ni skejap ni
bukannya org blh bwk pn smua bnda ni bila mati
kita jangan tgk status...harta...result...sbagai pngukur kejayaan hidup
org yg berjaya bukan tempatnya di dunia..tp diakhirat
sjak dk sni org banyak dh sedar btapa lalainya org pd Allah masa org duk kat malaysia
sni bnyk dh kesedaran org dpt
sampai bila org nk hidup dgn kejar kejayaan result...tp lupa pd Allah
org bukannya nk hasut radan supaya jangan blaja...cuma nk radan tau yg kalau kadang2 kita gagal2....jangan sesekali menyerah
Allah lbih mengetahui dari kita
kita x tahu kita akan kerja apa....kita x tau apa akan jadi pada kita
tp kalau kita dpt apa kita rancang adakah kita bahagia'? belum tentu
sbb Allah maha mengetahui
hidup ni x lama n bnyk lg ujian kita dpt pasni
tp satu je....Allah slalu dkat ngan kita
Allah penentu segalanya
igt....Radan blum gagal
n org yg dpt result cantik tu blum berjaya
sbb tiada sesiapa pn tahu apa akan jd pd masa depan
so..cheer up okay!
jangan sedih2 lagi
truskan hidup n sentiasa igt Allah
kejayaan tu penting...tp jangan kita hnya mengejar kejayan yg skejap
n sentiasa igt yg Allah tu slalu ngan kita
semangat ok! biarlah kita brjaya di dunia n akhirat
org pn ada bc....satu blog...psal dua org shabat baik...
pd hr pertimbangan..sorang kena masuk syurga,...sorang kena masuk neraka
tp yg blh masuk syurga tu xnak masuk....dia nk masuk neraka jgk bersama2 kawan dia
sbb masa kat dunia mreka kawan baik
n apabila kawan dia nk masuk nraka...si yg nk masuk neraka tu mintak tolong supaya si yg nk masuk syurga tu bawak dia masuk syurga jgk
tp dia x mampu...sbb Allah dh tetapkan
tp disebabkan mreka kawan baik....Allah beri kedua2 mreka syurga
ore pn x tau dimana tmpat org bila org mati
n Radan pn x tau jgk kan
so..sama2 lah kita igt mengingati supaya kita dpt kejayaan yg abadi
good luck my best friend! and jgn sedih2 lg kay!
blaja lagi n never give up k! ;)
Ikhlas,
Amin
<'Org' itu adalah kata ganti nama untuk B, dan Radan adalah singkatan bagi nama aku>
Terharu aku bila seorang sahabat begitu prihatin tentang masalah yang aku hadapi. Beginilah ciri-ciri seorang sahabat yang aku perlukan. Tapi susah untuk aku cari kawan seperti Amin lagi buat masa kini. Tak keterlaluan, Amin adalah sahabat aku yang terhebat. Sudah lama aku nantikan masa untuk luahkan semua ini, tapi segan lah pulak bila dia ada. Hehehe...
Amin, org rasa sangat sepi bila Amin g US... Bila la Amin nak balik? Rindu gilak kat Amin, lama tak jumpa, hampir setahun. Semoga Amin bahagia selalu di sana. Org yakin, yang Amin okay je kat sana, dengan Effy, Deli, Azam, dan lain-lain.
Bila Amin demam, kena alahan, tonsil, sakit gigi, tau tak org rasa sangat risau? Bimbang bila fikirkan Amin kat sana. Alhamdulillah, Amin selamat dan sihat walafiat. Kesian Amin, dah la berjauhan dengan keluarga, ada pengalaman berjauhan dengan keluarga pun sekejap je, masa belajar kat UTP. Mesti Amin homesick giler. Tapi bersabar lah Amin, walau sehomesick mana pun Amin rasa, Amin kena kuatkan semangat. Beri peluang kepada diri Amin untuk bina kekuatan dalaman. Amin kuat semangat kan?
Kejap je kan masa berlalu? Rasa macam baru je hantar Amin kat KLIA hari tu. Ingat lagi saat-saat akhir Amin di Malaysia. Sedih ni Amin, org tulis kat Amin ni dengan rasa sebak. Rindu sangat la kat Amin. Allah je tahu betapa rindunya org kat Amin. Semua kawan dan cikgu pun rindu dengan Amin jugak. Rindu itu adalah anugerah dari Allah.
Rindu nak spend masa dengan Amin, rindu sangat-sangat. Rindu semua benda yang org dah mention kat atas. Kehidupan org dan ramai kawan kat sini pun dah jadi lain sejak Amin takde kat Malaysia. Rindu sangat nak minum 'zero water with water stone'. 'Model Milan Londeh' menanti di Taman Tengku Anis. VCD Mawi pun lama dah kita tak tengok, walaupun tak minat giler macam dulu. Rindu sangat nak makan kuih tako mak Amin. Mee kari pun rindu jugak nak makan. Banyak lagi yang org rindu Amin, kalau nak cakap, tak habis rasanya.
Setiap detik bersama, bila ingat balik, betapa indahnya kan? Rasa kehilangan tu sangat menebal Amin, org tak mampu nak tipu diri org. Inilah fitrah manusia, bila dah hilang sesuatu, baru nak hargai. Kalau la Amin tak pergi US, mesti Amin kat PASUM jugak, dan kita stay satu bilik, namun apakan daya, rezeki Amin lebih murah daripada rezeki org..
Rindu kan saat macam ni?
Rakan-rakan di sini begitu merinduimu...
Rasa baru je hantar Amin...
Jaga diri baik-baik ya.. Kenang daku dalam doamu...
Amin, sepanjang 8 tahun kita kenal ni, banyak suka-duka kita lalui bersama. Pahit getir perjuangan, kita lalui bersama. Walaupun kita berjauhan di jasad, namun ingatan pada Amin tetap jadi salah satu keutamaan. Sukar untuk melupakan rakan yang membesar bersama kita kan? Daripada tinggi org 158 cm sehingga kini, 175 cm, Amin masih tetap setia bersama. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga Amin, sebab sentiasa ada di sisi waktu susah dan senang, semoga persahabatan kita ini diredhai Allah. Sukar untuk mencari sahabat sebaik Amin. Cepatlah balik Malaysia!!!!!!!!!!
Sahabat sejatimu,
Rashdan Roslan @ Radan
radan, i luv u. huaaaaaaaaaaa, sedih baco gonih, :P
BalasPadamsapo anonymous ni... huhu... mek long eh...
BalasPadamsedih ko... sabar2.. :D
at first i thought it was some gay-blog whatsoever i'm readin, but then, this is one good post.
BalasPadamit reminds me of my friends also doe. gudjob.
p/s-sedih giler citer :(
gay-blog? what nonsense r u talkin about....?
BalasPadamthat is freak! never never n ever be gay lah!
tu la, kena baca habis dulu..... huhu...
radan comelnye entri nie <3 <3 <3
BalasPadamcomel?? memang org comel pun.. hehehehe
BalasPadambgus la amin...mengingatkan ak allah..huhu
BalasPadamyup, dia bgus...
BalasPadamn semakin matang bila kat sana...
alhamdulillah, ada sahabat sejati mcm dia...