3 Mac 2011

Tamparan Hebat!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Semalam (02/03/11), kawe dapat result Mid Semester 2... Result dia sangat tidak menggalakkan, dan menakutkan diri ini yang sedia takut. Macam ada yang tak kena, semakin ku berusaha, semakin teruk jadinya result ni..




I'm 'dead'.. Huhu

Keputusan penuh :


FQAH0113 - B+
FQAH0114 - A-
FJAX0113 - B
FJAX0114 - B
FKAX0113 - A
FKAX0114 - B
FMAX0113 -  A
FMAX0114 - B+
FB0112 - S


Purata : B+


(FQAH - Biology, FJAX - Mathematics, FKAX - Chemistry, FMAX - Physics, FB - English)


Yang menarik dan tak menarik pasal result kali ni:


MENARIK :
1. Physics 3 dapat A! Giler kentang... Tak sangka pun Physics boleh dapat A... Physics 4 pun apa kurangnya.. Dapat B+.. Sangat mengejutkan result Physics kali ni... Ok la kot, untuk cover C+ masa final sem 1 hari tu...


2. Tak ada lagi kelibat gred yang bernama 'C'. Hehehe.. Alhamdulillah...


TAK MENARIK :
1. Biology tak dapat A! Biology 3 dapat B+, Biology 4 dapat A-... Sebab tu purata dapat rendah je.. Sedih.. T.T


2. Mathematics kedua-dua paper dapat B je, tak meningkat daripada final.. Harapan untuk 4 flat tinggal nyawa-nyawa ikan je. Nanti kalau tak dapat 4 flat, Mathematics yang akan disalahkan.


3. Result yang rendah masa final naik, yang tinggi masa final turun.. Huhu.. Sadis...


4. Paper FJAX0114 rasanya boleh buat hari tu. Dalam tutorial tak ade masalah, tapi last-last dapat B je. Mungkin sebab overconfident. Padan muka kawe!


Kesimpulannya, harapan untuk 4 flat hampir berkecai! Tunggu masa je ni nak angkat bendera putih... Walaupun pahit untuk ditelan, namun kawe mesti terima hakikat. Sekarang ni zaman kejatuhan kawe. Tak ada lagi Rashdan macam di zaman sekolah dulu. Kawe tidak sekompetitif dahulu. Mungkin PASUM bukan tempat yang sesuai untukku. Rentak kehidupan di PASUM sangat laju dan memenatkan. Kawe menunggu saat dan ketika untuk tersungkur. Realiti ini memang kejam.


Sokongan dan dorongan daripada kalian semua amat diperlukan. Walaupun sekarang kawe nampak tenang di luaran, namun dalam hati hanya Allah yang tahu, betapa risaunya diri ini. Kawe boleh menipu kalian semua secara luaran, tapi dalaman, jiwa kacau! :(
Kawe perlukan teman, dan rakan yang sudi untuk menolong kawe, terutamanya dalam Mathematics.


Semoga mentari akan bersinar kembali kepada kawe. Kawe nak ambik medic, tapi peluang nak masuk UM hampir tertutup sepenuhnya. Nak cuba universiti lain yang perlukan pointer yang rendah sikit. Kawe tak mahu hancurkan harapan ayah dan bonda..

From hero to zero,
Rashdan Roslan

7 ulasan:

  1. dont give in too early my fren. there is still shine for you, but not to be awaited. it is to be looked for. teruskan perjuangan!!

    BalasPadam
  2. jazakallah khairan ya akh..
    masih ada sinar, namun realiti perlu diterima juga..
    seteruk-teruk result ana, ada lagi yang lebih bernasib malang daripada ana.
    masih ada sinar untuk kawe, namun semakin sukar untuk ana mengejar sinaran itu.
    mungkin ada hikmah semua ini berlaku. mungin ana akan jadi lupa diri atau lupa akan tanggungjawab terhadapNya kalau dapat keputusan yang cermerlang.
    hidup bagaikan pusingan roda, kini ana di bawah.
    syukran jazilan atas dorongan tu ya... :)

    BalasPadam
  3. bwak bsabar ea tutomate...

    BalasPadam
  4. aku dah cuba bersabar....
    tapi masih tak dpt bersabar sepenuhnya...
    masih sedang menerima hakikat bahawa aku tidak kompetitif mcm dulu...
    bukan mudah untuk berada dalam situasi aku ni...
    apabila kita berada di puncak dan kita jatuh, sangat sukar dan menyakitkan......

    BalasPadam
  5. kegagalan yang bakal membawa kita kearah kemenangan.
    fikir positive, dan amik ia sebagai cabaran kearah yg lebih bagus :)

    BalasPadam