XX dan XY? Apo bondo tu? Bukan sex chromosome untuk pompuan ngan laki ke?
Memang betul pun.. Tapi XX dan XY adalah sebenarnya dua 'sinar' baru dalam kehidupan kawe. Apa yang kawe mengarut ni? Tengoklah sendiri kat bawah...
Yang atas tu nama dia XY, yang bawah XX.. XY lagi kecik...
Mereka berenang-renang dalam bekas...
XY yang pemalas... Suka tido...
XY tido, XX aktif... Tak boleh duk diam...
XY tido sangat comel... :)
Mereka bertindihan!
Bukan tengah @#%& ya.... Kecik lagi ni... Hehe..
Di sini, kawe nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat kawe, iaitu Umar Imarah kerana telah mensponsor XY kepada kawe. Jasamu dikenang! Hehehe... :)
Macam mana boleh tergerak hati nak bela XX ngan XY? Sumber inspirasinya adalah daripada saudara Umar la.. Beliau ada Tuah dan Dayang... Kawe ada XX dan XY... Tuah dan Dayang dah besar sekarang.. Umar ada pesan supaya bela XX dan XY dengan niat kerana Allah, biar dapat keberkatan..
Berapa kos nak bela kura-kura?
Bekas besar - RM20
Kura-kura (seekor) - RM8
Makanan - RM4
JUMLAH - RM32
Kawe sanggup mengikat perut selama seminggu taw. Hasil lapar dahaga hari tu akhirnya terbalas. Hati puas bila dapat bela XX dan XY, tapi kena rajin la manage tempat XX dan XY, nanti busuk....
Mereka sangat comel! Hehe.. Sebenarnya XX dan XY ni berasal daripada keluarga kura-kura Brazil.. XX berasal dari Mid Valley, dan XY berasal dari Setiawangsa.. Mula-mula masa tak kenal dulu, punyalah jual mahal masing-masing, tapi lepas sehari dua, dah mesra...
XX pulak tak suka sangat makan, tapi XY makan banyak giler.. Masa tengah makan pun comel jugak...
Kawe dah kena dah 'salam perkenalan' daripada mereka, iaitu kena kencing atau berak. Hehehe... Kurang asam punya kura-kura.. Huhu...
XX dan XY nampaknya saling memerlukan. How sweet it is... Memang fitrah la kan perasaan terhadap jantina yang berbeza... Eloknya kalau kita nak bela binatang ni, bela la berpasangan, nanti kesian kalau bela sekor je, sepi... Bayangkan kalau kita yang kena kurung sorang-sorang dalam bilik...
Kura-kura juga adalah salah satu sumber inspirasi kepada kawe, supaya jangan jadi slow macam kura-kura! Kena rajin!!
Sapa-sapa yang nak datang tengok XX dan XY, silalah berkunjung ke bilik A328 ya.. :)
Penternak kura-kura yang berwawasan 2020,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan