Entri kali ini ialah rentetan daripada entri yang bertajuk 'Hati Terluka'. Alaaa, yang pasal X (bukan nama sebenar) tu...
Secara teorinya, kawe dengan X dah baik semula, tapi tak pernah bercakap lagi. Kawe pun tak tahu kenapa. Adakah ini perasaan malu? Atau ego kawe yang lebih? Atau ego X yang menyebabkan kami belum mampu bercakap?
Mungkin kerana malu atau segan daripada pihak kawe. Shy-shy cat lah. Sukar apabila berada dalam situasi sebegini. Bukan apa, takut ada yang terguris perasaan dan terluka hati lagi. Namun, kawe harus mencari kekuatan untuk menangani perkara ini. Apa yang nak dilakukan? Biar kawe tentukan sendiri. Kawe bersedia untuk menjaga hatimu.
Di sini, kawe ingin mengambil kesempatan untuk berterus terang. Kerekahan persehabatan kita, kawe sudah nampak lama dah, mula daripada awal semester 2, iaitu apabila ingin memilih kumpulan presentation English. Terkilan sungguh rasa hati apabila kawe tidak dijemput sekalipun. Malah, orang lain pula yang di'stand in' bagi pihak kawe, di mana sangat mengecewakan! Totally sakit hati dan rasa ingin saja melarikan diri daripadamu. Allah je yang mengerti perasaan kawe ketika itu. Di situ, kawe mula berjauh hati denganmu. Namun, jauh sekali bagi kawe untuk berdendam. B (bukan nama sebenar) pula nampaknya seolah-olah telah mengambil alih tempat kawe di sisimu dan juga A dan C.
Meskipun hati luka, namun tetap digagahi hati ini untuk bertegur denganmu, namun reaksi yang ditunjukkan semakin hambar dari hari ke hari. Begitu juga dengan roomatemu, si M (bukan nama sebenar). Senyuman yang diberi pun nampak macam palsu je. Maafkan jika kawe tersilap tafsir. Setelah direnungkan, silap kawe juga, kerana sudah lama tidak menegur kalian, terutamanya M, kerana jarang kali kita berjumpa. Namun, janganlah kawe dihukum sebegini rupa, kerana hati kecil kawe ini sukar untuk menampung dugaan yang besar, terutamanya daripada seorang yang bergelar wanita.
Maafkan kawe jika ada salah dan silap ok. Kawe dibebani dengan pelbagai masalah dan dilema kini. Murahkanlah hatimu untuk meringankan beban yang kawe tanggung, salah satunya, selesaikanlah masalah ini. Inilah risiko yang harus ditanggung apabila kawe ingin bersahabat dengan cenderawasih di kayangan. Siapalah kawe ini bagimu, mungkin seperti gagak di jalanan.
To X: If you is really merciful to me, then you should know what to do regarding on this entry, okay? I really want to be a close friend to you again.
Luahan rasa derita jiwa,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan