15 Feb 2011

Kali Pertama di Genting Highlands!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Pada hari Sabtu lepas (12/02/11), sudah genap 3 tahun sejak aku mendaftar di ASiS dahulu. Eh eh, lari topik pulak. Tarikh itu adalah tarikh yang bersejarah untuk aku, kerana itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di Genting Highlands sepanjang 19 tahun aku hidup di dunia ini.


Aku ke sana bersama rakan-rakan kumpulan tutorial R2 (bukan R2 yang dalam Raja Lawak 5 tu ya..). Dengan kekuatan seramai 14 orang, (7 lelaki dan 7 wanita), kami bertolak dari stesen LRT Universiti pada jam 8.35 pagi, dan tiba di stesen LRT Terminal Putra, Gombak pada pukul 9.15 pagi. Naik bas pula dalam pukul 9.30 pagi dari sana.


Lepas tu, dalam masa 40 minit kot, dah tak ingat, sampai di Genting Skyway Complex kat Gohtong Jaya.


Salah eja 'komplek' tu!!

Lepas tu, apa lagi, naik la cable car tu, atau nama lagi hensem @ smartnya, gondola. Excited tahap gaban woo!


kerek giler dak neh!

we're off!

ni lah pemandangan atas bukit dekat mula-mula naik gondola ni

Pengakuan : Mula-mula gayat sikit, tapi lama-lama takde dah. Nasib baik ada Izzat Zainal, sebab dia dah biasa. Seram gak, kadang-kadang, ada keluar bunyi kot kat atas tu. Hahaha... Panjang trek ni, setelah diGoogle, rupanya 3.4km dan juga terpantas di dunia bagi sistem kereta kabel mono dengan keupayaan bergerak dalam kelajuan 6 meter sesaat.


Dah berada dalam cable car ni, tengok kiri kanan, subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Hutan hijau yang sangat tebal (sebab tu lah masa yang helikpoter Nuri terhempas, susah nak cari). Tenang mata aku melihatnya. Indah dan mempesonakan.

Indahnya ciptaan Allah



Lepas tu, tibalah kami ke Genting Highlands! Alhamdulillah, sampai juga aku kat sana, lepas 3 tahun mengidam. Semua ni salah ASiS! Kalau bukan sebab aku dapat belajar kat ASiS, mungkin aku tak mengidam sangat kot. Lagipun, kat dorm dulu, boleh nampak Genting Highlands. Tu yang teringin sangat tu.


First World Hotel - hotel paling banyak bilik di dunia

Lepas tu. terus pergi kat kawasan outdoor theme park. Apa lagi, main lah! Mula-mula, kitorang main 'Spaceshot' dulu... Seram ooo game nih!

Tinggi dia 185 kaki, kelajuan 67km/h.. Seram!


Setup dulu.. Jangan bimbang, tak tanggalnya.. Huhu...

Wajah-wajah cuak kelihatan.. Paling kiri yang belah depan tu Izzat Zainal.. Hehehe...

Memang seram semacam je benda alah ni. Masa nak naik tu kira ok lagi. Bila dah jatuh tu, ya Allah.. Rasa nak tercabut segala organ dalaman ni. Jerit tu memang la. Aku pun tak tahu, aku menjerit keseronokan atau kecuakan. Punggung pulak rasa macam tak jejak kat kerusi tu. Sesiapa yang ada sakit jantung disarankan supaya jangan naik benda ni.



Lepas dah tenang segala kecuakan tu, bergambarlah kami berlatarkan Hotel First World...

Missing in action : Izzat Zainal n Megat Helmi

Tuan empunya blog pun nak jugak!!

Lepas tu, main roller coaster. Gambarnya takde la pulak, tapi sangat exciting, sebab rasa ringan sangat (walaupun pada hakikatnya, aku berat jugak.. Huhu...). Ni ada video yang aku jumpa...



Then, main go-kart.. Impian yang lama terperap terpendam akhirnya terlaksana. Walaupun lama menunggu, tapi tak mengapa, asalkan dapat main go-kart. Lepas hampir sejam beratur, akhirnya dapatlah main go-kart. Masa diberi 5 minit je.. Walaupun first time, tapi aku dapatlah potong ramai orang, sampai masa habis, aku duk depan sekali! Bangga bangga... :)

Sendiri ambik gambar daa dalam kereta go-kart lepas habis race...

Masa tengah main go-kart, kabus tebal pun datang. Hooray! Dapat rasa suasana Genting Highlands yang sebenar.



Lepas tu, main kerusi berpusing pulak... Nama dia, tak pasti lah, tapi yang ni, tak takut mana pun. Just rasa melayang je.. Budak-budak pun boleh naik..

Tu, yang kat belakang tu.. Jangan tengok kat aku pulak.. Huhu...

Main, main jugak.. Solat jangan lupa..


Tapi yang dukacitanya, surau kecik sangat lah!


Lepas solat, makan ringan-ringan lah. Mahal pun tibai je lah. Perut sudah lapar. Tiba-tiba, hujan pulak, tapi masih sempat ambik gambar.. Memang giler gambar lah kanak-kanak R2...

'Cikgu' Ilan perasan tomei!! :P

Kekejaman melanda mereka yang tak tahan kepada putaran, kerana kami main cawan berputar!


Kita lihat siapa yang kena!!!!!!

'Cikgu' Ilan:

Dizzy face!

Pakya Hussin turut menjadi mangsa kekejaman kerusi berputar!

Kesian noh!!

Lepas tu, nak main bumper boat pulak. Ni part sedih pulak. Aku terlebih berat!!! Maksimum berat dia 75kg, tapi aku, 82kg! Aduhhh... Takpe, aku tidak keseorangan, Izzat 77kg! Hahaha... Bebudak ni bersimpati, so tak jadi main benda tu.. Main boat biasa je, kena kayuh pakai kaki...

First time ni pakai jaket keselamatan....

Looking good kan? Hahaha.. Thanx Megat Helmi sebab ambik gambar ni...

'Cikgu' Ilan tomei dan ANAK muridnya...

Masa untuk berangan pulak! Rasa macam nak pergi London pulak...

Bukan London lah!

Ni pun bukan.... Ish ish ish.. Anak sapa la ni...

Masuk pulak kat Genting mines.. Lebih kurang roller coaster tadi, tapi yang ni kurang takut sikit, namun cuak sebab pergerakan di dalam gua, jadi tak dapat jangka pergerakan kita. Sekejap je, tak puas..


Inilah rupanya coaster kita...

Ni part yang bengang!!! Aku spend 8 hengget semata-mata nak main game sangkut itik yang puaka nih!!

Kurang asam boi punya itik!!!

Dua kali cuba, dua kali dapat '0'.. sekali cuba kena beli 2 token (1 token = RM2).. Sakit hati laaaa! Niat baik, nak bagi kat kakak, tapi tak dapat.. Huhu....


Part berangan lagi, kali ni macam kat oversea pulak... Tak dapat further study kat luar negara pun takpe la.. Ada jugak gambar yang seakan-akan ni.. Hehe..

Takde la sejuk mana pun sebenarnya...

Dalam pukul 5.30 petang, terpaksalah tamatkan kegembiraan kawe di Genting Highlands. Takpe, aku dah puas hati kerana dapat jejak tanah Genting Highlands, di saat ramai orang tak berkesempatan.


Rushing tahap gaban, sebab masa dah suntuk, nak berebut naik cable car lagi. Bas pukul 7 petang.. Aiyoo... Alhamdulillah, sempat naik bas pada waktunya... Lepas tu, memandangkan perut dah lapar, singgah KLCC kejap, makan!


Dalam lebih kurang pukul 11 malam, sampai kat bilik.. Penat sangat, sampai tertido depan laptop.


Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana tiada kecelakaan atau kesulitan yang berlaku sepanjang trip kami ke sana. Terima kasih juga diucapkan kepada my parents yang sudi berkorban wang demi menggembirakan anaknya ini, kerana mereka tiada kesempatan untuk membawa aku ke sana. InsyaAllah, bila dah ada duit sendiri, aklu akan pergi lagi ke sana. Tak bosan woo!

Rashdan Roslan

4 ulasan:

  1. lawak laaa.... tak fair laarrr smpi 75 kg ja...

    BalasPadam
  2. tak fair kemende nye...
    mmg bumper boat tu nampak kecik pun.. huhu...
    kang tak pasal2 ader yg tenggelam... hahaha

    BalasPadam
  3. no biggies... selamat berkunjung ke genting yer :)

    BalasPadam