..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua. Entri kali ini tentang program yang
telah aku sertai sewaktu cuti tempoh hari, iaitu Program Pemantapan Kepimpinan
Mahasiswa Kelantan 2013.
Tarikh silap la pulak. |
Sebenarnya, program ini dianjurkan oleh Himpunan Siswazah
Kelantan (HIMSAK). Tak pernah tahu tentang program ini sebelum kak Nik Noor
Athirah Azlan (senior aku di USM-KLE) hubungi aku supaya join program ini. Kak
Nik tak dapat hadir sebab sedang mengikuti kursus Pembantu Program Siswa
Lestari (PPSL) di Kedah. Aku berjaya mengajak Akhyar (batchmate aku di USM-KLE)
untuk menyertai program ini. Ada juga junior aku, Shifa join program itu. Kami
menyertai program itu di bawah nama USM Kampus Kesihatan, meskipun kami belajar
di India.
Sebahagian daripada peserta program |
Program itu memerlukan kami bermalam di PCB Resort, Kota
Bharu. Segalanya percuma. Sape tak nak kan, makan-minum dan penginapan semuanya
ditanggung pihak penganjur. Kalau hari biasa tu, memang tak lah nak duduk
resort kan. Buat apa, rumah kan dekat. Ada beberapa slot pengisian. Berguna dan
bermanfaat meskipun agak bosan mendengar ucapan-ucapan oleh para penceramah. Namun tetap ku gagahi kerana aku yakin ada manfaatnya.
Senja di Pantai Cahaya Bulan. Tengok, dah takde pantai dah. Sebagai anak jati Kota Bharu, aku sedih =( |
Tetamu jemputan bukanlah calang-calang. Antaranya Dato’ Seri
Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Ahli
Parlimen Jeli. Aku berkesempatan berborak dengan beliau. Rasa berbesar hati
pula, dan dia bukanlah asing bagi aku kerana beliau adalah wakil rakyat di
kawasan kampung mak aku. Beliau amat kenal dengan nenek dan ibu saudara aku.
Sempat bergambar bersama Dato' Pa. Orangnya tak sombong, malahan mesra pulak. Jangan panggil aku macai! Hehe |
Antara tetamu lain adalah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau merupakan anak Tumpat,
Kelantan. Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan merangkap Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad juga sudi
meluangkan masa bersama mahasiswa Kelantan.
Di dewan inilah kami berprogram.. |
Menerusi program ini, aku dapat mendengar pencerahan
mengenai isu-isu semasa, mendengar pengalaman-pengalaman berguna dari
tokoh-tokoh yang hadir dan juga dapat berkenalan dengan mahasiswa-mahasiswi
Kelantan yang lain. Bertambah lagi rakan-rakan, dan yang lebih penting,
networking lebih luas. Nanti kalau ada apa-apa urusan, senang sebab kenal ramai
orang.
[dari kiri] Juan, Rashdan, Hafizuddin, Akhyar. We are roommates! Dapat kenal orang baru.. Mereka belajar di UiTM.. |
InsyaAllah, jika ada kesempatan, aku tidak keberatan untuk
menyertai program-program HIMSAK yang lain. Semoga HIMSAK akan terus maju ke
depan demi mahasiswa Kelantan.
Ingat 3K: Kacip, Kemah, Keming.
Bagus. Selamat bersama-sama dalam HIMSAK. Aku memang sentiasa pergi kursus HIMSAK namun yang kat PCB ni aku tengah praktikal. Tak dapat nak turut serta.
BalasPadamoh ahli HIMSAK ea? tolonglah tunjuk ajar kepada ahli baru ni.. tapi jarang2 boleh join program sebab balik setahun sekali je.
Padam