..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua. Entri kali ini tentang lawatan
singkat ke Pejabat Urusan Inteam Records tempoh hari.
Inilah dia Pejabat Urusan Inteam Records yang terletak di Bandar Sri Damansara |
Sebenarnya aku ingin memenuhi jemputan saudara Firdaus, PR
kepada kumpulan nasyid terkenal negara, Inteam. Siapa tak kenal Inteam kan?
Yang amat popular dengan lagu Nur Kasih, Kasih Kekasih dan Setanggi Syurga.
Kumpulan nasyid Inteam yang tetap bertahan dan mantap |
Ceritanya begini. Hari tu masa raya, aku ada buka fanpage
Inteam, sebab nak beli album terbaru Inteam, Iman & Aman.
Adalah tertera nombor akhi Firdaus. Aku pun cuba hubungi nombor tu.
Alhamdulillah, dapat. Tak sangka pulak akhi Firdaus ada di Kelantan pada waktu
tu. Kebetulan zaujah (isteri) dia orang Kelantan. Orang Pasir Tumboh, Kota
Bharu. Dekat je dengan rumah. Maka, pada malam 14 Ogos 2013, aku ambil album Iman
& Aman tu di pasar raya PKT Pasir Tumboh. Di situlah aku
berkenalan dengan akhi Firdaus.
Jumpa kejap sangat, maka aku ambil keputusan untuk ke
pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara sambil aku nak beli
alatan pembelajaran aku di KL. Lagipun, aku dah lama menyimpan hasrat untuk
bertemu ahli kumpulan Inteam. Sejak zaman lagu Kasih Kekasih lagi aku dah minat
pada kumpulan Inteam ini. Banyak juga lagu Inteam lain yang aku minati, contohnya Pemergianmu, Sutera Kasih, Kalimah Cinta, Damba Kasih, Ratu Syahadah, Hembusan Kasturi, Selawat Junjungan dan Dia Muhammad. Banyak lagi sebenarnya, kalau nak tulis, memang panjang senarainya.
Album Kasih Kekasih. Semua bujang lagi masa ni. Akhi Amin paling lain. Hehe.. |
Setibanya aku di KTM Kepong Sentral, aku naik teksi ke
pejabat Inteam Records. Sudahlah tak pakai meter, pemandu teksi tu tak tahu
lokasi pejabat Inteam Records. Syukurlah tidak dicekiknya darah aku kuat
sangat. Kena bayar RM10 untuk perjalanan yang boleh tahan jauh. Aku tak biasa
dengan kawasan Bandar Sri Damansara, tak tahu lah macam mana. Tengok peta, agak
jauh jugak.
Yang penting, setelah berjalan sedikit, berbekalkan alamat
yang dicari di Facebook, akhirnya aku berjaya menemui pejabat urusan Inteam
Records. Kebetulan, akhi Firdaus baru sahaja pulang dari servis kereta. Aku
segera menegur beliau dengan sapaan, “Assalamualaikum syeikh!”
Memperkenalkan, akhi Firdaus.. |
“Waalaikumussalam,” jawab akhi Firdaus. Nasib baik dah kenal
hari tu dengan beliau, dapatlah peluang untuk meninjau pejabat urusan Inteam
Records. Bukan mudah untuk masuk ke pejabat tu, ada kod istimewa untuk staf
sahaja. Rasa eksklusif tiba-tiba. Hehe..
Inteam Records. Bertuah dapat menjejakkan kaki di sini. |
Suasana dalam pejabat Inteam Records. Tema oren. |
Promosi album baru Inteam, Iman & Aman |
Naik je ke pejabat Inteam tu, di pintu atas, kebetulan akhi
Hazamin atau lebih mesra dipanggil akhi Amin, dah ada di situ. Macam tahu-tahu
je aku paling minat akhi Amin dalam Inteam. Akhi Rahim dan akhi Syah juga aku
minati, bertiga menjadikan Inteam amat mantap. Bukanlah bermakna tak minat
yang lain, minat je. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri.
Pintu pejabat akhi Amin. |
Bersama akhi Amin. Peramah orangnya, walaupun sibuk, tapi tetap melayan tetamu dengan amat baik. Rasa amat dihargai. |
Malangnya, aku tak dapat bersua dengan akhi Rahim pada hari
itu. Cuma akhi Amin dan akhi Syah yang ada. Tak mengapa, better than nothing
kan? Hati tetap gembira dan tak sangka, dulu tengok dalam tv dan YouTube serta
dengar lagu dalam radio je, kali ini dapat bersua muka dan berbual tanpa perlu
ke show Inteam. Hehe..
Yang penting, ahli kumpulan Inteam amat mesra. Berbual
dengan mereka terasa seperti sudah lama kenal. Rasa amat selesa. Ditambah pula
dengan sajian kuih raya. Mungkin ini salah satu rahsia mengapa Inteam masih
bertahan sehingga kini. Bukan sebab kuih raya, tapi sebab kemesraan mereka. Salah
satu kumpulan nasyid yang terkemuka di Malaysia dan nusantara.
Sedap kuih raya ni. Lebih sedap bila makan kat pejabat Inteam Records ^_^ |
Staf mereka juga mesra. Antara staf yang aku ingati adalah saudara Frizdan Fizarahman. Dia merupakan komposer terkenal yang menghasilkan lagu-lagu hit, antaranya Pemergianmu dan Dia Muhammad. Untuk pengetahuan semua, lagu Dia Muhammad pernah memenangi Anugerah Lagu Nasyid Terbaik di AIM17 pada tahun 2010. Malahan, album Allahu Rabbi yang mengandungi lagu Dia Muhammad juga dijulang sebagai Album Nasyid Terbaik pada majlis anugerah yang sama. Selain itu, saudara Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan AlarmMe, yang nyanyi lagu 'Bulan-Bulan Islam' tu. Yang "Muharram Safar Rabiulawal, Rabiulakhir Jamadilawal..." tu. Sekarang dia berkarya dengan menulis buku pula. Aku pun ada beli buku karyanya, 'Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Bangsa 'Sukar' ".
Apabila mendapat tahu aku adalah pelajar perubatan di India,
mereka ada membayangkan hasrat untuk ke India, menjelajah ke tempat belajar
pelajar Malaysia di sana. Aku akan cuba merealisasikan hasrat mereka itu. Balik
India nanti aku akan cuba bincangkan perkara ini dengan ikhwah di India pula.
Ikhwah di berlainan tempat. Semoga kami dapat bawa Inteam berdakwah menerusi
lagu di India pula. Untuk rekod, Inteam pernah merakamkan lagu dalam bahasa
Urdu, iaitu lagu Allahu Rabbi. Mungkin boleh dinyanyikan di India nanti sekiranya perancangan berjaya.
Bersama abang-abang Inteam. Kecewa sebab tak cukup sorang, akhi Rahim. Mungkin tahun depan boleh jumpa, insyaAllah. |
Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mereka ada
mesyuarat pulak, terpaksalah memberi ruang kepada mereka. Sempat juga aku
hulurkan sedikit cenderamata dari India, kecil namun semoga bermakna. Tahun
depan hadiah lebih besar, insyaAllah. Pertemuan yang singkat namun amat
bermakna. Bertambah minat aku kepada Inteam. =)
Buah tangan terbaru Inteam kepada peminat |
Mengenai album Iman & Aman ini, album ni terbaik! Bukan
mudah untuk aku beli album, tapi lagu-lagu dalam album ini amat meyakinkan.
Berdasarkan maklum balas yang aku baca di Internet, nyata aku tidaklah
berseorangan. Ramai juga yang berpendapat album ini sangat bagus. Tempoh 3
tahun untuk menghasilkan album baru walaupun agak lama, namun apabila hasil
sebegini yang dikeluarkan, para peminat amat berpuas hati. Lebih-lebih lagi,
apabila dibantu oleh dua orang bekas ahli Inteam, saudara Suhaimi dan saudara
Hisyam, menjadikan album ini amat berkualiti. Tak hairan jika album ini
memenangi beberapa kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) nanti. Antara lagu
di dalam album ini adalah seperti Iftar, Jumaat, Syafaatmu, Nothing’s
Everlasting, Ya Rasulullah Inni, Zikir Susah Senang dan Mulakan Hari Ini. Turut
diselitkan dalam album ini adalah lagu Nur Kasih yang diberi susunan muzik baru
dan menampilkan saudara Munif Hijjaz. Lagu lain adalah Tragedi Taif menampilkan
UNIC dan Kau Ditakdirkan Untukku menampilkan kumpulan EdCoustic dari Indonesia.
Namun, lagu-lagu hit dalam album ini adalah lagu Jatuh Bangun dan Iman &
Aman. Kesimpulannya, semua lagu di dalam album ini begitu menarik. Tahniah
Inteam kerana berjaya meyakinkanku membeli album ini. Anda semua bila lagi? Tak yakin? Cuba dengar dan tengok video di bawah ini. Pasti akan tertarik untuk membeli album Iman & Aman ni.
Berbalik pada cerita di Inteam Records. Akhi Firdaus sempat
bawa aku ke lobi Inteam Records di tingkat bawah, di mana ada album-album terbitan dan edaran
Inteam Records dipamerkan di sana. Ada juga buku-buku yang diterbitkan oleh
Inteam Publishing dipamerkan di sana.
Bilalah agaknya boleh rakam lagu dengan Inteam ni? Hehe.. Berangan. |
Stor yang menempatkan buku-buku dan album-album yang akan diedarkan ke seluruh negara |
Album-album terbitan dan edaran Inteam Records |
Buku-buku yang dihasilkan oleh Inteam Publishing |
Ada lagi buku-bukunya. Banyak! |
Sebagai token, akhi Firdaus menghadiahkan album Maher Zain
yang terbaru kepadaku. Senyum lebar aku pada hari tu, dah lah dapat jumpa
kumpulan Inteam, dapat pula hadiah percuma. Alhamdulillah.. Kemudian, akhi
Firdaus hantar aku ke Stesen KTM Sungai Buloh. Hujan rintik-rintik, mungkin
hujan rahmat. Terima kasih akhi Firdaus sebab memberi layanan first class, dari
pejabat hinggalah ke stesen KTM.
Syukran wa jazakallahu khoiran kathira akhi Firdaus. Ana bawak ke India ni, sekali dengan album Iman & Aman |
Sebenarnya, akhi Firdaus juga ingin pulang ke Kota Bharu
untuk menghantar bapa mertua dan adik-beradik iparnya ke sana sambil menjenguk
zaujah dan anaknya. Beliau ada mengajak aku untuk pulang ke Kota Bharu
bersamanya, tapi malangnya kereta dah penuh. Aku pun dah beli tiket, maka tak
mengapalah, jumpa di Kota Bharu je nanti.
Meskipun jumpa di pejabat Inteam Records, masih tak habis
taaruf lagi! Dunia ini kecik aje. Rupanya mak aku kenal dengan akhi Firdaus.
Akhi Firdaus ni pernah melatih nasyid di tempat mak aku bekerja iaitu di Pusat
Serenti Wanita Bachok (sekarang dikenali sebagai PUSPEN Bachok). Akhi Firdaus
ni baik dengan mak aku dan seorang lagi rakan mak aku, mak cik Aida. Maka,
bertambah rapatlah aku dengan akhi Firdaus. Raya nanti wajib datang rumah.
Hehehe..
Keesokan harinya, akhi Firdaus dah nak kena balik KL dah.
Almaklumlah, PR Inteam, mestilah sibuk yang amat. Sempat jumpa dia kat Stesen
Bas Kota Bharu. Dia naik bas Ekspress Perdana ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 pm.
Inteam Records dah warna oren, bas pun warna oren yer. Hehe.. Kesian akhi
Firdaus, kena ulang-alik KL-KB selalu sebab zaujah dan anak dia kat KB. Fayyadh
mesti selalu rindu Abi dia kan?
Setakat ini dulu catatan lawatan ke pejabat urusan Inteam
Records. Tahun depan nak ke sana lagi, insyaAllah. Akhi Amin, akhi Rahim, akhi
Syah, tunggu kedatangan ana tahun depan, insyaAllah. Terima kasih abang-abang Inteam sekalian, syukran wa jazakumullahu khoiran kathira kerana sudi melayan ana walaupun antum sibuk =)
ari tu mase kt pesta buku selangor jumpa inteam...best..diorang mmg mesra..
BalasPadamsebab tu la diorang ramai peminat.. =)
PadamWow best best best
BalasPadamLuar biasa
BalasPadamKeren
BalasPadamLuar biasa mantap
BalasPadamSkali pun ana dari Indonesia, tpi ana sangat minat trnadap lagu2 Inteam, ktimbang lagu2 dari grup nasyid tanah air sndiri...Sbabnya lgu2 dari Inteam sngat cocok utk minat para muda mudi mcm ana.
BalasPadamThe best for Inteam!