..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua. Seronok cuti-cuti Malaysia lepas raya tempoh hari..
Destinasi pertama : Pekan, Pahang. Tempat kelahiran abah aku. Balik kampung!
|
Pekan Riverfront |
Aki dan Wan aku (datuk dan nenek) dah lama meninggal. Yang ada pun ibu saudara dan bapa saudara aku. Kakak aku dan keluarganya pun tinggal dekat situ sebab kebetulan dapat kerja kat sana. Bila ingat arwah Aki dan Wan, rasa sedih, rasa rindu pulak. Sedekahkan al-Fatihah kepada mereka, semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sempat jumpa mak saudara, pak saudara dan sepupu di sana. Tak semua tapi sempatlah jumpa jugak. Kiranya beraya jugak la kan?
Destinasi kedua : Lembah Klang. Alang-alang nak ke kenduri kahwin anak kawan baik abah aku kat Kajang, bolehlah bercuti bersama keluarga kat KL.
|
Pengantin lelaki.. Tahniah Abe! |
|
Pengantin berpeluh nampaknya. Panas sangat kot Kajang.. |
|
This is what we (oghe Kelate) call as 'belarok' atau bahasa bakunya 'berarak'. Lokasi : Taman Kajang Baru. |
|
Dari Kajang, aku gerak sendiri, tak ikut family. Nak pergi beraya sakan. Alhamdulillah, dapat jumpa Mahmud Khairudin, kawan baik di ASiS dan PASUM setelah dua tahun aku belajar di India. Ni pun dia yang hantarkan ke Stesen KTM Kajang. |
|
Seremban? Den singgah kojap yo, nak jumpo kawan lamo yang duduk dokek Senawang. Kono poie stesen Senawang la pulak lepas ni.. |
|
Bosan-bosan, ambik gambar Stesen Keretapi Seremban |
|
Baru ingat nak lepak kat Seremban Parade kejap sementara tunggu member ambik.. Tapi tutup la pulak. Nak ubah suai.. |
|
Maka, ke stesen Senawang lah kita |
|
Senja di Seremban. Indah juga =) |
Tunggu punya tunggu, akhirnya dalam pukul 8.30 pm, kawan aku, Sufi ambik kat Stesen KTM Senawang. Dia baru sampai dari Pontian, ada kawan sama sekolah dia (SMS Tuanku Jaafar) kahwin kat sana. Ada sekali dalam kereta tu, si Amirul Fatih yang sedang bercuti juga. Dia belajar kat Seattle, USA sekarang. Lalu aku dibawa ke rumah Sufi di Taman Alamanda, Senawang. Ada benda sebenarnya yang aku ingin sampaikan kepada keluarga dia, iaitu beras basmati khas dari India. Walaupun sedikit, namun semoga bermakna.
Lepas makan kat rumah Sufi, aku terus pulang ke Kuala Lumpur. Agak lambat, pukul 9.45 pm aku ambik tren di Senawang. Hanya mampu sampai ke Stesen KTM Putra sahaja walaupun destinasi aku sebenarnya KTM Kampung Batu. Tiba di KTM Putra pada jam 11.30 pm, dengan bateri telefon aku dah kurang dan power bank pun dah kosong. Risau jugak sebenarnya, dan rasa bersalah sebab susahkan abang ipar aku untuk ambik aku di sana. Abang ipar aku bawak ronda-ronda tengah malam di KL, tapi sebab mengantuk sangat, tertidur dalam kereta.
|
Koc KTM Komuter yang baru. Sangat selesa, tapi ketepatan masa masih berada di takuk lama. KTM, bilalah nak tepat masa? Hmmmmm.. |
Dari kecik sampai besar, aku berimpian untuk bercuti sama-sama keluarga. Namun disebabkan kesibukan kerja abah dan mak, maka tak dapat-dapat nak bercuti sama-sama. Akhirnya setelah 21 tahun aku hidup, dapatlah juga bersama keluarga di Zoo Negara. Jom jom, nak kongsi sikit gambar di sana.
|
Sebahagian daripada kami.. Pertama kali bercuti bersama-sama |
|
Ini namanya siamang. Dia takde tulang selangka (collar bone / clavicle), sebab tu boleh bergerak sangat bebas. |
|
Kuda padi. Kecik saja.. |
|
Kambing hitam |
|
Penguin yang ditempatkan dalam rumah khas yang sesuai dengan keperluan suhunya |
|
Badak air tak nak timbul timbul.. |
|
Rusa sedang makan rumput |
|
Kelawar bergayut |
|
Kijang. Binatang yang sinonim dengan negeri Kelantan. |
|
Buaya!! Kalau jumpa kat sungai ni, confirm aku lari tak cukup tanah.. |
|
Kura-kura gergasi. Bessssaar punye. |
|
Burung apa ni? Cuba teka.. |
|
Zirafah.. |
|
Burung unta a.k.a. ostrich |
|
Lembu.. gemok |
|
Harimau berjalan dalam air |
|
Harimau Malaya tidur nyenyak |
|
Raja rimba, singa.. |
|
Tapir / cipan |
|
Unggas |
|
Bangau oh bangau.. Sebenarnya tempat ni tutup, curi ambik gambar. Hehe |
|
Gajah.. gajah |
|
Tuan punya blog yang poyo |
|
Abang ipar bersama anak buahku, Mikail |
Ada drama kat sana. Beg kakak sulung aku (Along) hilang. Sayang kot, purse yang aku beli kat Mumbai hari tu hilang. Tapi yang lebih penting lagi, duit dan segala macam jenis kad (contohnya IC, lesen, kad ATM) yang hilang. Susah pulak nak kena buat baru.
Takpelah, mungkin bukan rezeki Along. Esoknya kami pulang ke Pekan semula. Aku teman Along buat kad-kad yang hilang tu. Kesian dia, tapi nak buat macam mana kan. Peringatan untuk orang lain supaya jaga barang peribadi dengan lebih baik. Kalau hilang susah nanti.
|
R&R Temerloh. Travel bila ada budak kecik macam ni lah. Kena sabar. Nasib baik bukan aku yang drive. Hehe.. |
Selepas singgah di Pekan, maka berakhirlah cuti-cuti Malaysia kami. Pulang ke Kota Bharu melalui Kuala Terengganu, singgah beli keropok. Alhamdulillah, kali ni kedai BTB2209 bukak. Beli keropok dalam RM30, tambah RM10 keropok yang dah digoreng untuk dimakan dalam kereta. Habis terus, tak sampai 20 minit. Hehehe..
|
Alhamdulillah, bukak pun kedai ni. Apa lagi, jom borong! |
Pulang ke Kota Bharu melalui jalan pantai. Sempat singgah di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu. Subhanallah, pemandangan yang amat indah.
|
Indah betul pemandangan kat sini |
|
Subhanallah.. Saujana mata memandang |
|
This is Pantai Rhu Sepuluh |
Pulangnya kami ke Kota Bharu ni dengan membawa dua orang anak buah aku, sebab kakak aku perlu ke kursus di Kuala Kubu Bharu dalam beberapa hari selepas berakhirnya percutian aku itu. Nampaknya aku perlu ke Pekan lagi untuk menghantar anak-anak buah kesayangan tu. Tak mengapa, demi anak-anak buah jugak. Lagipun bertambah ceria cuti aku dek kerana melayan kerenah mereka.
Cuti-cuti Malaysia kali ini benar-benar mengeratkan ikatan kekeluargaan kami. Terima kasih Allah kerana memberi kami sekeluarga peluang untuk bercuti bersama-sama. Masa berkualiti ini tak dapat dibeli di mana-mana. Lebih-lebih lagi, aku belajar di luar negara, jarang-jarang pulang ke tanah air dan tidak selalu dapat bertemu ahli keluarga yang lain. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan