19 Sep 2013

2 Hari Saja : Terengganu

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Kali ini pasal lawatan singkat ke negeri Terengganu Darul Iman.

Objektif utama adalah untuk menghadiri kenduri kahwin (oghe Kelate panggil ‘bekwoh’) saudara Hanif Hashim, presiden pelajar USM-KLE bersama pasangannya, kak Annazifah di Kuala Terengganu. Bertolak dari Kota Bharu pada pukul 8.00 pagi. Sepatutnya aku ke K. Terengganu bertiga, tapi atas sebab-sebab tertentu, aku ke sana seorang diri. Tak jauh pun jarak K. Terengganu dengan Kota Bharu, hanya 160km. Gua Musang pun lagi jauh.

Jom ke Kuala Terengganu! Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya sampai di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Aku menginap di rumah saudara Zakaria Zainal, atau lebih mesra dikenali sebagai Kaya, junior aku di USM-KLE walaupun umur dia sama dengan aku. Rumah Kaya terletak di Kg. Ladang. Ada disebut dalam lagu ‘Blues Terengganu Kita’ kan?

Tanpa berlengah, aku dan Kaya terus ke kenduri kahwin saudara Hanif dan saudari Annazifah yang diadakan di Rumah Rehat Panji Alam. Wan Hisham (juga junior aku yang sama umur) jemput kami di rumah Kaya dengan kereta Proton Wira ‘turbo’nya. Hehe..

Sebenarnya majlis disekalikan dengan abangnya..

Yang uniknya pasal kenduri di Terengganu, mereka jamu keropok lekor! Tak pernah datang kenduri kat Terengganu. Sedap jugak makan keropok kat kenduri. Kata Terengganu negeri keropok.

Kaya, Aku dan Wan Hisham bersama pasangan pengantin. Ambik berkat katanya..


Jejaka-jejaka USM-KLE ambik berkat. Hehehe.. 
Kek kahwin Hanif dan kak Anna. Bilalah giliran aku pulak? Hehe

Petangnya, ronda-ronda sekitar bandar raya Kuala Terengganu. KT ni lawa, banyak hiasan dalam bandar dia.

Bas bandar. Hanya di Kuala Terengganu. Orang tempatan panggil 'bas keranda' je.

Salah satu hiasan di tengah bandar raya Kuala Terengganu

Istana Maziah. Tinjau dari luar je..

Aku juga dibawa ke Pasar Payang. Lebih kurang Pasar Besar Siti Khadijah je. Lepas tu, ke Taman Tamadun Islam (TTI) pulak. Dah lama nak datang sini. Biasa Nampak dari Jambatan Sultan Mahmud je. Alhamdulillah, akhirnya diberi rezeki dan kesempatan untuk aku ke TTI. Ambik banyak gambar di sana. Letak sikit-sikit je kat sini.

Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

Kaya bersama batu bersurat

Masjid Pattani, Thailand

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Hehe..

Macam kenal je duit ni, tapi di mana ya? Inilah duit 10 Rupee..

Dah sampai 'Taj Mahal' dah. Hehe..

Ala-ala di negeri Arab

TTI Waterwheel

Masjid Badshahi, Bangladesh

Dome of the Rock, Baitulmaqdis, Palestin.

Kat dalam macam real je

Kat dalam lagi

Ukiran dalam kubah

Great Mosque of Samara, Iran

Macam Taj Mahal betul dah.. Cuma ada bendera Terengganu. Kantoi pulak.

Sekilas Taj Mahal di permukaan air

Masjidil Haram

Masjidil Haram. Bilalah agaknya aku akan dapat peluang untuk benar-benar ke sana?

Aleppo Citadel, Syria

Masjid Suleyman, Turki

The Great Mosque of Qairawan, Tunisia

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Agadez Grand Mosque, Niger

Masjid Kul Sharif, Rusia
Nak letak semua, memang banyak sangat. Apa kata korang pergi sendiri kalau ada masa lapang, tiket RM20 je. Berbaloi sebab memang menarik di dalam tu, cuma pihak TTI perlu mengambil berat tentang kekemasan dalam taman tu, ada sesetengah kawasan, rumput tak terjaga. Namun, selain daripada tu, pengalaman di TTI amatlah baik. Sempat beli cenderamata di sana.

Kemudian, ke Masjid Kristal pula. Subhanallah, masjid ni memang indah! Ruangan solat pun selesa.

Inilah dia, Masjid Kristal

Masjid Kristal dengan lebih dekat

Ruang sembahyang berhawa dingin yang amat selesa 
Bergambar kenangan bersama Kaya di depan masjid.

Tak lengkap rasanya kalau tak bersantai di tepi pantai. Sempat ke Pantai Batu Burok, yang dekat je dengan rumah Kaya. Makan keropok di tepi pantai sambil melihat gelagat manusia. Rupanya dekat je dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Yang penting, pantai dekat situ belum terhakis, tak macam Pantai Cahaya Bulan (PCB) kat Kota Bharu yang keadaannya amat menyedihkan. Dah takde pantai pun =(

Masih ada pantai di sini. Mana 'batu burok' nye?

Pantai di belakang hospital

Senja di Kuala Terengganu

Penginapan di Kuala Terengganu membolehkan aku mendengar sesuatu yang unik, iaitu bunyi meriam yang menandakan masuknya waktu solat Maghrib. Biasanya hanya di bulan puasa, namun oleh sebab ada umat Islam yang menunaikan puasa enam, maka bunyi meriam itu terus diadakan sehingga 7 Syawal. Semua ini untuk kemudahan umat Islam di K. Terengganu.

Keluarga Kaya pun baik-baik, sama macam keluarga aku yang hidup sederhana. Makan-makan kat Terengganu pun sedap-sedap, tapi masih tak boleh lawan Kelantan. Hehe. Bola sepak pun sama :p

Keesokan harinya, nak cari keropok lekor pulak, sebelum pulang ke Kota Bharu untuk meneruskan hari raya. Lokasi pencarian keropok adalah seperti biasa, di Kg. Bukit Tok Beng. Tak minat keropok kat Kg. Losong sebab yang dekat Kg. Bukit Tok Beng jugak yang terbaik. Kalau lalu K. Terengganu, memang kami akan singgah di Kg. Bukit Tok Beng sebab keropok kat situ memang terbaik! Ada satu kedai ni, BTB2209, kedai tu menjual keropok lekor yang terbaik dari ladang. Kalau masa musim cuti sekolah, siap kena ambik nombor giliran lagi sebab keropok kat situ memang sedap. Harapan setinggi gunung nak makan keropok kat situ. Sayangnya, kedai itu tutup sampai 17 Ogos 2013. Rasa down pulak. Lama betul beraya eh. Hehe

Inilah kedainya. Tutup pulak.

Mujurlah kawan aku, Fatah tahu kedai keropok lain yang sedap, dekat kampung tu jugak. Boleh tahan sedap jugak, tapi masih tak dapat lawan kesedapan keropok lekor kat kedai BTB2209. Ramai jugak yang order kat situ, mungkin sebab kedai BTB2209 tu tutup, kena la tunggu sejam. Takpe sebab tiket aku pukul 4.00 petang.


Kalau nak beli keropok yang sangat sedap, aku sarankan datanglah ke kampung ini. Pasti tak kecewa!

Sempat beraya di rumah dormmate 2A3 dan classmate 4 Gigih & 5 Dinamik kat ASiS dulu, Firdaus. Sekarang dia belajar kat UPM, ambik Biologi. Fatah pulak rakan serumah sukan (Bendahara) dan budak dorm sebelah aku (2A2). Antara orang yang rapat dengan aku dulu. Rindu rasanya nak lepak-lepak kat dorm macam dulu-dulu. Banyak juga imbauan kenangan masa sekolah dulu. Manis-manis belaka. Biasanya waktu pulang bermalam dulu, kami tak balik sebab Kelantan, Terengganu kan jauh. Muka-muka ni la yang biasanya duduk kat sekolah je.

Muka-muka tak pulang bermalam dulu. Hehe..


Ambik keropok lekor yang dah pre-order tadi, lepas tu raya kat rumah Fatah pulak. Kebetulan ada kenduri kat kawasan berhampiran rumah dia. Baru aku tahu bahawa orang Terengganu panggil kenduri tu sebagai ‘jamu’. Kelantan panggil ‘bekwoh’. Nampak beza kat situ? Hehe..

Masa untuk pulang

Masa untuk pulang. Sepatutnya bas pukul 4.00 petang, tapi 5.30 petang baru sampai basnya. Dah bazir masa banyak jugak kat situ. Takpe, sabar je yang aku mampu buat masa tu. Yang penting, lawatan singkat aku ke Terengganu ni amat bermakna. Satu lagi memori manis tercipta di sana. Tahun depan cuti lama, maka rasanya nak ke negeri lain jugak. Rindu rakan-rakan seperjuangan lain, di samping nak tengok tempat orang. Adakah rakan-rakan lain rindu aku? Kenang aku dalam doamu. =)

2 ulasan:

  1. bas tu unik ! yg bas keranda tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? rasa nak naik je.. takpe, next time dtg K. Terengganu boleh try kot..

      Padam