26 Jan 2013

Malaysian vs Indian vs Standard English

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Peace be upon you.. Suddenly I have an idea to write about this, after watching a video in the YouTube. Hehe.. Alamak, speaking la pulak. Malas malas malas! Ini blog berbahasa Melayu :D



Sila tengok dulu lah video ni, tak rugi punya!!


Amacam? Dah puas gelak? Hehe.. Baru aku sedar rupanya Malaysian English ataupun Manglish ni sebenarnya indah, walaupun tak standard.. Namun, banyak juga situasi yang menyebabkan kita guna Manglish ni kan.

Nak cerita lah pengalaman aku kat India ni. Kami kalau bercakap dengan tempe (orang tempatan) kat sini, sama lah jugak, bukannya guna bahasa Inggeris yang standard tu, tapi guna Indian English. Mula-mula sampai sini, terkejut jugak sebenarnya sebab ramai rupanya tempe yang boleh cakap bahasa Inggeris. Ingatkan aku akan ada masalah besar dalam berkomunikasi bila sesampainya aku di bumi rempah ni. Alhamdulillah, tak la seteruk yang disangka..

Contoh Indian English:

Standard : Tandoori is sold out.
Indian : Tandoori is finished.

Standard : You wait here.
Indian : You wait here only.

Standard : Dr. Raju is present.
Indian : Dr. Raju is there.

Nampak tak perbezaan kat situ? Mula-mula tergelak jugak, dah lama-lama terbiasa la pulak. Sampai kan masa aku balik Malaysia hari tu, terbawak-bawak gaya percakapan orang sini. Apa lagi, kena bahan la dengan kawan-kawan =.='

Banyak lagi contoh sebenarnya, tapi penat la pulak nak taip. Haha.. Boleh tengok video kat bawah =D


Aku yakin bahawasanya kat tempat-tempat lain, lain bunyi English dia kan.. Kat Malaysia pun, macam-macam bunyi slanga / dialek kan.. Contoh macam Kelantan, we also speaking English like you all. Haha... Kelantan English or Kelate English or Kelantish. (ye ke yang last sekali tu? main bedal je).. Tengok video kat bawah..


Haha.. Not all Kelantanese speak broken English okay.. Walaupun bergegar kilang budu.. Haha.. Biasa lah tu, bila English dah diasimilasikan dengan persekitaran.. Jadilah macam tu. Contoh macam orang Perancis, bukannya sempurna sangat bunyi bila mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, harap memahami yer. Hehe..

Indahnya Allah S.W.T. ciptakan manusia dengan pelbagai bangsa, agama, warna kulit serta bahasa, agar kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain.  Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Barulah hidup kita ini dipenuhi dengan pelbagai warna, bukan satu warna sahaja.. Nampak tak hikmah kejadian dan ciptaan oleh Allah S.W.T. kat situ? Warna kehidupan inilah sebenarnya yang mencorakkan dunia ini..

Sekian sahaja untuk kali ini.. Terima kasih kerana membaca, maaf jika ada yang terasa :)

nota kaki : katanya Oh My English! musim kedua dah nak mula.. tak sabar nak tunggu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan