1 Jan 2013

2013

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana kita semua masih berpeluang untuk hidup di bumi yang fana ini pada tahun baru, 2013. Selamat tahun baharu semua! =)


Berlalu sudah 2012, tahun yang meninggalkan pelbagai kenangan manis dan juga pahit.

Yang manis pada 2012:

  • Lulus semua Selanjar dan yang paling utama, Peperiksaan Ikhtisas Fasa 1.
  • Dapat bercuti di Manipal dan Bangalore
  • Pengalaman berniaga kain saree
  • Lagenda 2012 di Manipal
  • Samudera
  • Lawatan ke Pune dan Mahabaleshwar

Yang pahit pada 2012:

  • Kemalangan jalan raya sehingga patah paha kanan (masih lagi belum pulih ketika entri ini ditulis)
  • Tertinggal pelajaran selama 8 minggu kerana kemalangan

Tak apa lah, yang buruk tu jadikannya pengajaran, dan yang baik tu simpan jadikan kenangan. Yang berlalu biarkanlah berlalu, kerana masa tak mungkin dapat diundur. Namun, bukanlah mudah untuk hidup 5 bulan tanpa boleh bergerak dengan bebas. Mungkin ada hikmah yang akan menanti, yang aku tak tahu.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

InsyaAllah, tahun baru, jom sama-sama kita buka lembaran baru. Mesti ramai yang berazam sempena tahun baru ni kan. Berusahalah untuk melunaskan azam masing-masing dengan sedaya upaya, jangan main cakap aje. Ade ke yang berazam nak kahwin tahun ni? Bagus lah kalau gitu. Hehe.. Itu satu contoh sahaja :)

Tahun baru, semangat baru.. Macam biasa lah, semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini. Sekadar renungan bersama, sedikit perkongsian, Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barang siapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barang siapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barang siapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Akhir kata, sekali lagi, selamat menyambut tahun baru 2013, semoga tahun ini dipenuhi kejayaan dan kegembiraan kepada setiap daripada kita..

6 ulasan: