3 Jan 2013

Cirit-Birit

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Dah kenapa tajuk macam ni? Hehe.. Jangan fikir yang bukan-bukan, yang kotor-kotor. Rasa teringin untuk berkongsi sesuatu mengenai topik berkenaan. Tadi masa sedang melayari Internet, terjumpa gambar ni kat blog MedikTV.

Harap bermanfaat =)

Kebetulan pula, sedang belajar tajuk blok Sistem Pencernaan (Gastrointestinal Block) sekarang ni sehinggalah hujung Januari ini. Kat India ni, memang mudah nak dapat cirit-birit (atau diarrhoea) ni. Oleh sebab itu, aku telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa banyak ubat sakit perut sebelum datang ke sini.

Lagi satu, jaga pemakanan.. Agak risau nak makan yang bukan-bukan, terutamanya kat tepi jalan.. India ni, debu dia lain macam sikit. Kalau kat Malaysia, boleh selamba je makan benda-benda yang dijual di tepi jalan, asalkan bersih.. Kat India pun boleh sebenarnya, tapi kena pandai-pandailah.. Tapi aku tak berani..

Nak elak memang susah, tapi sekurang-kurangnya berjaga-jaga.. Nanti tak pasal-pasal ulang-alik masuk keluar tandas. Kes yang lebih teruk lagi, kena tahan kat hospital. Kan dah hilang masa produktif kat situ kan? Siapa yang rugi? Kita jugak... Tapi takpe la, kesakitan tu bukannya kita yang nak, kan? :D

Tapi ingatlah, sakit itu kafarah dosa, dan juga salah satu bentuk ujian daripada Allah juga. Oleh itu, sabar je kalau sakit tu, tak kira tahap kesakitan. Pasti ada hikmah yang tersendiri. Allah berfirman:


“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian (kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takbur lagi membanggakan diri” - Surah Al-Hadid ayat 22-23.

 Sekian sahaja untuk kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca :)

nota kaki : sempat lagi update blog walaupun esok ade PBL. hoho


Tiada ulasan:

Catat Ulasan