27 Dis 2011

Sekilas 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Sempena entri ke-100, dan entri yang terakhir untuk tahun ini, aku ingin mengimbau kembali kenangan suka dan duka sepanjang tahun 2011. Pejam celik, pejam celik, 2011 sudah hampir melabuhkan tirai. Banyak kenangan suka dan duka sepanjang tahun ni. Yang manis dijadikan kenangan, yang pahit juga mesti ditelan.

Event yang bermakna untuk aku, aku boldkan taw. :D

JANUARI 2011:

12/01/11: Dapat result MUET... Band 4 woot! Alhamdulillah :)


24/01/11 : Peperiksaan Pertengahan Semester 2 untuk para pelajar PASUM 2010/2011.


28/01/11 : Exam tamat, balik rumah la pulak!

FEBRUARI 2011:

12/02/11 : Ke Genting Highlands buat kali pertama sepanjang hayat.


Genting Highlands!


Kumpulan tutorial R2 yang sporting!


Hotel First World di belakangku..

18/02/11 : Mula membela kura-kura yang diberi nama XX dan XY.


Comel kan? Macam Wonderpets.

MAC 2011:

02/03/11 : Dapat result Mid-Sem 2.. Sangat tak menggalakkan. Dah give up untuk dapat 4.00 flat masa ni.


05/03/11 : Malam EMAS PASUM 2010/2011, di PICC, Putrajaya. Antara kenangan terindah 2011.


Jejaka-jekaka ganteng PASUM. Hehehe.. Macam mana Jen boleh tido pulak...


Geng Meja 28.


Bebudak R2 yang gila-gila! Seriously rindu korang weyhhhhh!!!

17/03/11 : Jamuan peringkat tutorialku yang tersayang, R2, bertempat di Kenny Rogers Roasters, Mid Valley Megamall.


Makan besar! Hehehe...


Gadis-gadis R2 yang comel lote. Hehehe.. Yang paling kiri tu paling comel =D

APR 2011 :

04/04/11 : Peperiksaan Akhir Semester 2 untuk pelajar PASUM 2010/2011. Petanda bakal berakhirnya pengajianku di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.


09/04/11 : Hari Karnival ASiS. Sanggup mengorbankan masa demi sekolah yang tercinta, dalam kesibukan menempuh final exam..


14/04/11 : Rombongan pelajar-pelajar ASiS-PASUM kembali ke ASiS, untuk melepaskan rindu kepada sekolah.. (Cewahhh.. ayat tak boleh blah..) Lepas tu ke Times Square, makan besar sebelum habis PASUM. Hari itu juga adalah hari jadi Mahmud Khairudin yang ke-19. Hehehe.. Dah la malam tu kene tabur bedak. Kesian aaa..


Pintu pagar ni dah tukar la pulak sekarang. Nasib baik sempat ambik gambar kat sini..




Baju merah tu birthday boynye. Nak berkenalan?? Ekeke.. Thanks sebab banyak berbudi kepada aku :)


15/04/11 : Tamat Peperiksaan Akhir Semester 2 PASUM. Tamat juga pengajian di sana. Selamat jalan UM! Balik rumah, cari keje pulak. Hehe..


MEI 2011:

05/05/11: Mula bekerja di Secret Recipe, KB Mall. Hanya bertahan untuk 3 hari sahaja. Kenapa? Manager tak bagi solat. Malas nak makan duit tak berkat. Cabut macam tu je, tanpa ambik sebarang bayaran.


19/05/11 : Keputusan peperiksaan keseluruhan keluar! Dapat 3.55 je, tapi bersyukur sebab biasiswa PIDN aku dapat disambung, walaupun sedikit kecewa kerana keputusan tak mencapai sasaran. Namun itu bukan alasan untuk aku putus asa!



28/05/11 : Kakakku yang kedua selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Tahniah =)


29/05/11 : Kenduri di rumahku.. Aku jadi pengapit. Hehehe..


31/05/11 : Kenduri di sebelah pihak lelaki pulak.


JUN 2011:

03/06/11 : Dapat kerja baru, kali ni sebagai guru tuisyen di Pusat Tuisyen Kualiti Bestari. Alhamdulillah, kerja yang sangat menarik, dan waktu bekerja yang sangat fleksibel. Bayaran pun masyuk jugak, dan sangat enjoy. Dapat meningkatkan kemahiran berbicara dan keyakinan diri.


13-17/06/11 : Memulakan siri pengembaraan aku yang pertama. Trip kali ni merangkumi Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan yang pertama kali aku sampai adalah Banting, Selangor.


'Tuan rumah' di Penang.. Hehehe.. Aris Ismail nama dia, sekarang kat UM, ambik medik. Terer kowt!


Feveret aku nih! Pasemboq. Hehehe.. Ibarat magnet yang menarik aku ke Penang.


Satu pulau aku pusing. Thanks Aris! =D


Bukit Bendera pun aku sampai taw. Tapi tak jumpa pun benderanye. Hehehe..


'Tuan rumah' kat Banting pulak. Heheh.. Ni gambar Mahmud masa Form 5, kitorang sekelas time nih. Seronok woot pegi rumah dia =)

JULAI 2011:

03/07/11 : Dapat tawaran temuduga untuk program USM-KLE, kat USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Kalau lulus temuduga ni, aku akan terbang ke India, buat medik!


10/07/11 : Temuduga USM-KLE la pulak. Alhamdulillah, dapat menempuhinya dengan penuh keyakinan :)


11-16/07/11 : Kembara kali ke-2 pula. Kali ni, perjalanan merangkumi 


Kota Bharu -> Pekan / Kuantan -> KL -> Seremban -> Broga -> Seremban -> Batu Gajah / Ipoh -> Kota Bharu

Pergi Pekan, balik kampung.. KL pulak, ambik recommendation dari lecturer untuk permohonan ke Universiti Perdana. Seremban pulak, untuk bersuka ria. Daki Broga lepas tu, then dari Seremban, ke utara pulak, ke Batu Gajah, jumpa best friend aku, Syamer Latef. Singgah Ipoh kejap, untuk lepak bersama kawan-kawan PASUM sebelum pulang ke Kota Bharu.


'Tuan Rumah' Seremban nih. Sufi a.k.a Jen


Bukit Broga..


Gemoknye aku! =(


'Tuan Rumah' Batu Gajah. Syamer Latef.

15/07/11 : Result untuk UPU keluar! (masa ni aku kat rumah Syamer) Dapat Optometri kat UiTM. Selang beberapa jam kemudian, aku dapat offer dari USM-KLE pulak! What a day!!! Fuhhh..


27/07/11 : Memuktamadkan langkah aku ke India, dengan mendapat tajaan daripada pihak MARA.. Alhamdulillah =)


30/07/11 : Dapat tawaran ke temuduga PU-RCSI. Rezeki datang lagi =)

OGOS 2011:

02/08/11 : Dapat wang ihsan sumbangan Kerajaan Pusat sebanyak RM800, kat Jeli. Alhamdulillah... Malam tu jugak, naik bas dari Machang ke Seremban, singgah semalaman kat sana (rumah Sufi lagi sekali) sementara menantikan temuduga PU-RCSI kat MAEPS, Serdang, Selangor. Puasa-puasa pun ligat lagi yer. Hehehe.. Sempat lagi tengok wayang citer 'Captain America'.


04/08/11 : Temuduga PU-RCSI. Telah ditempuh dengan sebaiknya. Sebelum balik, sempat ke KLCC, buka puasa dengan salah seorang sahabat dari PASUM, Umar Imarah.


Perdana University kat MAEPS.


Kat sinilah aku berbuka puasa dengan Umar =)

09/08/11 : Dapat tawaran ke temuduga JPA untuk PU-RCSI pulak. Walaupun aku tak berapa serius nak masuk PU-RCSI, apa salah cuba nasib kan.. Visa ke India pun kena siap dengan segera. Nak kena turun KL lagi la nampak gayanya.


11/08/11 : Tiba di KL untuk urusan buat Visa. Sebenarnya terlajak sampai ke Shah Alam, nasib baik ada kawan kat sana tolong selamatkan aku, hantar kat KTM Shah Alam. Terima kasih Pakya Hussin! Buat Visa bersama Hanif Tarmizi, terjumpa pulak Fakih kat sana.


Kat sinilah aku buat visa!

11/08/11 : Melawat ASiS buat kali terakhir sebelum terbang ke India. Nampak wajah kegembiraan cikgu-cikgu aku. Kalau aku dah berjaya, mesti cikgu-cikgu akan tersenyum lebar lagi. InsyaAllah cikgu-cikgu sekalian. Terima kasih atas pengorbanan selama ni =)


12/08/2011 : Ke temuduga JPA la pulak, untuk PU-RCSI, kat UNITEN. Bertambah lagi pengalaman temuduga ku.. Terima kasih kepada Atiff Ghazali kerana sudi membantu aku dengan memberi tempat berteduh.. Hehehe..


12/08/11 : Lepas temuduga, ke KL semula, ambik Visa, dan terus ke Wangsa Maju, berbuka puasa kat NZ Curry House, bersama Izzat Zainal dan rakan-rakan.

30/08 - 05/09/11 : Berhari raya dengan sakannya. :D


Aneka juadah di pagi raya..

Sempat menyambut hari raya bersama rakan-rakan, antaranya:


Nik Nur Asyikin

Nabil Irfan dan Faris Iskandar


Syafiq dan Fakhri 


Zuliana, Ain, Dayah, Aimy, Syafinaz


Khairul Hafiz, one of my best friend =)


Afiq Mazlan 


Nabil Irfan, Murshidien Nasir dan Kitaro Irwan


Atiqah Rahman

SEPTEMBER 2011:

06/09/11 : Mendaftar di USM Kubang Kerian untuk Program Siswa Lestari.


09/09/11 : Mengucapkan selamat tinggal kepada tanah air tercinta, Malaysia. Berlepas ke Belgaum, India, dan tiba pada keesokan harinya di KLE University.



12/09/11 : Kuliah bermula!


12/09/11 : Dapat tawaran ke PU-RCSI bersama tajaan JPA, tapi terpaksa ditolak sebab dah sampai India.

OKTOBER 2011:

08/10/11: Malaysian Night. Buat persembahan masa ni! Berlakon drama muzikal =)


Ala-ala High School Musical tuh! Heheheh :D


Happy Family of USM-KLE =)

21-23/10/11: Ke Bangalore, ada Konvensyen Kepimpinan Pelajar kat sana.


NOVEMBER 2011:

07/11/11 : Berhari raya Aidil Adha di bumi Belgaum.


Solat sunat Aidil Adha


Antara rakan seperjuangan di USM-KLE

29/11-01/12/11 : Peperiksaan Selanjar 1 USM dan USM-KLE secara serentak.

DISEMBER 2011:

12/12/11 : Keputusan Selanjar 1 keluar! Dapat B- secara keseluruhan. Alhamdulillah, lulus =)


14/12/11 : Ulang tahun kelahiran aku yang ke-19. Dapat kejutan hari jadi jugak! Alhamdulillah, dapat beberapa hadiah:





Alhamdulillah, banyak suka dan duka pada tahun ni, namun aku berjaya menempuhinya dengan sabar. 2011 menyaksikan jatuh dan bangunnya insan yang bernama Muhammad Rashdan bin Roslan ini. Namun, berpegang pada prinsip "When you go down, the only way is up.", aku mampu bangkit semula, tanpa putus asa. Kesimpulan aku untuk tahun 2011 ini adalah:


  • Aku dah dapat merasa berada di bawah, dan betapa sukarnya nak naik semula jika tanpa usaha yang jitu
  • Aku menjadi lebih berani, meneroka satu tempat ke tempat yang lain secara berdikari
  • Kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri semakin meningkat
  • Lebih menghargai konsep 'memberi dan menerima'
  • Ketabahan hati semakin meningkat setelah diduga dengan pelbagai ujian, terutamanya dari segi mental
  • Bersedih takkan mengubah apa-apa, usaha yang boleh mengubah perkara tersebut
  • Keyakinan kepada takdir Allah itu sangat penting
Aku juga sedar, banyak dosa dan kesilapan aku pada tahun 2011. Ada juga yang terluka kerana keterlanjuran kata aku dan juga tingkah laku yang tidak menyenangkan. Kepada anda semua, aku mintak maaf secara sejujurnya, jika ada terguris hati, jangan simpan di dalam hati :)

Kepada Allah S.W.T., aku pinta kau ampunkan segala dosaku tak kira secara sengaja atau tidak, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun.

InsyaAllah, tahun baru bakal menjelma, dan aku bakal muncul dengan semangat dan azam baru! Nantikan ya! :)

Semangat baru dalam perjuangan ibarat sebuah nafas baru.


2 ulasan:

  1. anda sangat beruntung sebab dapat dua tawaran..tak silap saya PU-RCSI TU stand for royal college surgeon of irelandkan tapi PU tu apa?hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya tiga tawaran, satu lagi kursus Optometri di UiTM, bersama tajaan JPA.. PU stands for Perdana University... Cuba cari entri yang tahun lepas, saya ada cerita pasal benda ni :)

      Padam