Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Entri kali ni ditujukan khas kepada mereka yang masih lagi bergelar pelajar Asasi / Matrikulasi. Aku baru dapat tahu yang result exam Semester 1 korang dah keluar kan. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang dapat 4.00 rata yer. Kekalkan prestasi anda yang mantap tu! Syukur dan beruntung la.. Aku tak pernah merasa 4.00 flat..
Kepada mereka yang dapat keputusan yang kurang gempak atau tak seperti yang disangka, harap jangan putus asa yer. Aku dulu pun masa Sem 1 dapat ala kadar je. Jangan terlebih-lebih la sedih tu ek. Mari sini, nak kongsi pengalaman sikit tentang kehidupan aku lepas dapat result tu.
Tapi, sebelum tu, aku nak belanja korang dengan satu lagu (yang aku nyanyi masa 'Malaysian Night' baru ni.. Hahaha..) yang bertajuk "Jangan Menyerah", daripada kumpulan D'Masiv.
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
Macam mana nak mula? Hmmm... Ni la sikit sebanyak alkisah nye. Hari dapat result bagi bebudak PASUM bagi sesi 2010/2011 jatuh pada hari kelahiran aku, iaitu 14 Disember 2010. Sudah semestinya, aku harapkan result yang boleh dijadikan sebagai hadiah birthday aku, paling-paling busuk pun aku harap 3.67. Tapi, apa yang keluar?
3.44
Musnah harapan aku untuk semarakkan sambutan hari jadi aku yang ke-18. Terus takde mood nak sambut birthday.
Depan kawan-kawan aku berlagak tenang je, tapi dalam hati aku, hanya Allah yang tahu. Parents ngan family aku pun dah hilang sedikit keyakinan kepada aku. Lagi la aku bertambah sedih.. Tapi, buat ape terus sedih dan bersikap pesimis? Sepatutnya kegagalan tu la yang menyebabkan kita kembali ke landasan, bukan terus bersedih. Kalau dengan bersedih tu dapat 4.00 flat, aku pun nak nangis je sepanjang Sem 2 tuh.
Secara perlahan-lahan, aku himpun balik semangat aku yang hilang, dan aku kutip balik deraian hati yang hancur, demi satu matlamat : Menghidupkan kembali peluang aku untuk masuk dalam kursus yang menjadi idaman aku.
Aku rombak balik strategi pembelajaran, dan aku cari kawan yang boleh membantu pembelajaran aku, dan yang boleh bersama aku ketika suka atau duka. Rindu diorang la pulak kan. Mahmud Khairudin, Izzat Zainal, banyak bantu aku dalam pembelajaran. Ramai lagi yang membantu aku dalam waktu sukar tu, iaitu Sufi, Aris, Akmal, Capul, Amirul, Aliff, Taufiq, Amer, Umar dan ramai lagi lah, malas la nak tulis panjang-panjang. Hehehe.. Rindu korang tahap infiniti! Thanks sebab bantu aku dari aspek study dan jugak emosi yer. Harap korang berjaya walau di mana jua korang berada.
Aku tak pernah putus harapan, walaupun pada Mid-Sem 2, result masih tak menyebelahi aku. Aku meletakkan keyakinan di tangga pertama, kerana tanpa keyakinan, semangat aku bakal luntur, dan akan tersadai di takuk lama. Aku perlukan peningkatan, walaupun sikit!
Alhamdulillah, dengan keputusan yang sedikit meningkat, iaitu 3.55, melayakkan aku memilih kursus yang aku inginkan, walaupun terhad. Aku puas hati dengan result ni, walaupun aku harapkan lebih lagi. Kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana usaha aku ada juga pembalasan, walaupun tak banyak, tapi lebih baik ada daripada tak ada.
Pada awalnya, aku dapat tawaran dari UiTM, untuk kursus Optometri.
Namun, nyata kuasa Allah dapat mengubah nasib seseorang. Selang beberapa jam kemudian, pada hari yang sama, aku dapat satu lagi tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang PERUBATAN di INDIA, di bawah USM-KLE International Medical Programme. Walaupun aku perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk keputusan tawaran biasiswa, aku tetap menanti dengan sabar, dan akhirnya MARA sudi menaja aku ke India. Alhamdulillah.
Dengan 3.55 tu jugak, aku mampu untuk mendapat satu lagi tawaran ke Universiti Perdana-RCSI. Kampusnya terletak di Serdang, Selangor. Aku juga berjaya mendapat tajaan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Perdana University-RCSI, berbekalkan keputusan tu. Aku hampir menjadi batch perintis bagi program tu, yang mana Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, adalah Canselor bagi Perdana University. Namun, pada ketika itu, aku telah sampai ke India, jadi tawaran itu terpaksa ditolak.
Kat sini, aku nak tekankan satu perkara. Korang jangan malas-malas unuk cari peluang untuk masuk dalam kursus yang korang minat, dan jangan putus asa. Jadilah seorang yang optimis, dan yakin dengan ketentuan yang Allah tetapkan. Aku ada teringat firman Allah,
“Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka sendiri.”
Jadi, sekarang ni, tanggungjawab kepada diri sendiri la pulak untuk mengubah masa depan anda. Jangan menyesal kalau nanti, tatkala semua orang bergembira, anda pulak yang berduka. Sekurang-kurangnya, bila anda dah berusaha dan tawakal, kalau tak dapat keputusan yang anda mahukan, kurang sikit rasa penyesalan kan. Lupakan memori duka, sahutlah panggilan kejayaan! :)
Kepada yang dah selesa, jangan selesa sangat, kerana mungkin keselesaan anda itu akan memakan diri sendiri. Usaha kena konsisten, jangan nak study last minute sangat. Macam aku, dah masuk medik ni, tak boleh nak stadi last minute dah, takkan selamat dah. Kalau dulu, masih boleh nak backup, tapi syllabus medik sangat luas!
Apa-apa hal pun, 4.00 flat bukanlah segala-galanya. Ada je yang 3.78 pun dapat je masuk medik kat IPTA ni, jangan khuatir. Tak semestinya kau tak dapat 4.00 flat, kau tak berjaya. Persetankan tu semua. Korang akan berjaya walau apa pun kursus yang korang bakal ambik nanti. Kalau tak berjaya sekarang, mungkin korang akan berjaya pada masa hadapan. Rezeki Allah kita tak boleh nak jangka. Nak masuk UM pun banyak lagi peluang, jangan risau. Kena rajin cari peluang je. Mata kena liar cari tawaran yang ada! Kalau ada apa-apa masalah, sebagai orang yang dah terlebih dahulu makan garam, aku sudi untuk membantu, yang mana aku mampu je la ek. :)
Sekian saja bebelan aku untuk kali ni. Harapnya aku dapat pulihkan semangat sesiapa yang mulai luntur tu, Bangkitlah demi masa depan anda! Ada apa-apa pertanyaan, sila salurkan di tempat yang betul, iaitu di kotak komen di bawah ini. InsyaAllah akan dibalas dengan secepat mungkin. Terima kasih...

Macam ni la result overall korang akan kelihatan! Pointer je la yang berbeza ek.

thank...:)
BalasPadammenarik.
tenss
BalasPadamthanks farhana :)
BalasPadamsama2 yer anonymos :)
BalasPadamsgt mmberi semangat
BalasPadamthanz
same2 yer ainun athirah.. good luck utk sem 2! :)
BalasPadamsaya baru nak tny kt abg. saya still berminat nak mohon usm-kle even pointer lebih kurg abg utk sem 1. (sob3x) dan, tawaran JPA tu, memang datang tiba-tiba atau abg ad apply apa2?
BalasPadamnice post! thnx ^^
kalau last year, syarat utk layak memohon USM-KLE biase2 je, iaitu at least 3.50, dan MUET band 4.. tawaran JPA tu apply sendiri.. masa PASUM pun dah dapat dah PIDN.. tapi utk masuk PU-RCSI tu, kena mintak lagi skali...
BalasPadamsalam..sy dpt rendh dari 3.00(sem1), btul ke usm-kle hanya buleh apply when get 3.50 above?? apply usm-kle melalui apex usm ke?
BalasPadamwslm... yup, kena dpt at least 3.50 bila pointer keseluruhan nnti... takde la, kena apply asing2.. tp ade jugak yg asalnya mintak ke USM di malaysia, tapi diserap masuk dlm program USM-KLE..
BalasPadamwoah!!!! thanks!!!! sy dapat result = sem 2 ko punya result. huuu!!!~~ nice! thanks wehhh!!!
BalasPadamur welcome.. dah dpt 3.55 tu, naikkan lagi laa result tu, nnti bertambah cerah peluang nak course yg dihajati.. cuma kerja keras ye dik! =)
BalasPadamhappy to read ur post ! agak down gila bila result sem 1 tak berapa (but still okay i think) wuu. thank u ! ^^
BalasPadamrileks laaa.. sem 2 ade lagi kan.. masih ade peluang utk tarik markah tu naik jadi semaksimum mungkin... good luck ek.. ur most welcome =)
BalasPadamterima kasih banyak! naik balik smangat nk study. :)
BalasPadamsame2... give ur best shot! masih belum terlambat :)
BalasPadamthanks,,, rasa cam ada semangat balik,, betul lah kan,, pointer tak menjamin 100% masa depan kita,, tapi Allah,,insyaAllah
BalasPadamassalam..nak tnya ni..
BalasPadambila abg apply USM-KLE tu? yg tu x sma mcm apply UPU kn? mcm mna plak dgn PU-RCSI? ada kna gi iv ke utk dpt twrn tu? mara pnya sship kna apply or diorg yg bg twrn?? kalau kna apply bila ek?? ada lg x apa2 sship yg bdak lpsn PASUM blh apply?
sori byk sgt soalan..harap sudi mnjawab...
btw, nice post!
TQ
pena hati : betul tu... tak semestinya awk tak dpt 4 flat, perjalanan hidup berhenti stakat situ je.. kalau awk dpt 4 lfat pun, masih tak menjamin kehidupan awk jugak.. betapa ramai jugak orang kt luar sana, mase asasi / matrik dpt 4 flat.. tp bila masuk degree, kandas jugak.. so, jangan risau yer, kalau niat awk ikhlas, insyaAllah awk akan dpt apa yg dihajati.. =)
BalasPadamUSM-KLE tu abg apply masa bulan 3.... asing dgn UPU.. asing juga dgn USM yg biasa.. PU-RCSI tu ade interview.. 2 interview sebenarnya.. interview utk admission PU-RCSI, n satu lagi interview utk JPA.. MARA tu kene apply jugak.. apa2 scholarship? byk lagi kot, cuma kena rajin cari la ek.. =)
BalasPadamAssalam bro, bestnyaa dpt tawaran RCSI ! my dream place :( mcm mana bro boleh dpt dua2 mara dn jpa?? sedgkan due2 tu bro apply, bukan ditawarkan? bukn kne plih slh stu ke? nyway tahniah! skrg bro dkt india eh? gudluck future doctr =)
BalasPadamwslm... sebenarnya bukan RCSI kat Ireland, tapi Universiti Perdana - RCSI.. kampusnya kat Serdang, Selangor. belajar kat Malaysia 5 tahun, dan bila grad nanti, dapat ijazah daripada RCSI..
PadamMacam mana boleh dapat dua2? Sebab kedua-duanya program yang berbeza.. Untuk USM-KLE, perlu mohon MARA.. Untuk PU-RCSI, perlu mohon JPA. Jadi, takde kes overlapping di sini.. alhamdulillah, rezeki, dua-dua pun dapat..
terima kasih atas ucapan tahniah tu ye... betul, sekarang kat India, alhamdulillah.. terima kasih lagi sekali =)
oh ingtkan pu rcsi tu twinning progrmme! hihi. hebatlah bro, jatuh di pasum kemudian dpt bangkit semula! tahniah! hoping to be like u one dayy! :) oh ade beberapa soalan ni, harap sudi menjawab :D
Padam1. permohonan usm-kle tu dibuat smasa pembelajrn asasi ataupun setelah tamat asasi?
2. adakah um yg sruh bro apply program2 tersebut atau atas inisiatif sendiri? (tgk internet, srtkhbr dll)
3. adakah pelajar dr asasi lain (uitm mislnya) yg juga memohon utk program2 ini?
terima kasih daun keladi jika sudi menjwab! best sgt bce penglmn bro dkt india ni. keep me upted! :D
tak lah, bukan twinning.. alhamdulillah, kejatuhan dulu dijadikan iktibar supaya kerja lebih keras... banyaknye soalan.. banyak la jugak jawapannya yer :
Padam1. permohonan usm-kle dibuat masa belajar lagi.. lepas dapat result, just update info2 yang diperlukan.
2. inisiatif sendiri, tengok iklan kat notice board pasum.. tak harap pun dapat sebenarnya, nak mencuba je.. tak sangka ada rezeki kat sini, alhamdulillah..
3. asasi uitm pun boleh memohon.. asasi yang mana setelah tamat pengajian, kena pohon UPU balik, yang tak automatik sambung kat U tu..
sama2.. ada apa2 pertanyaan, sila tanya lagi :)
waa thnkyou bro! bz2 pun smpt bls. hihi. nnt kalau ade ape2 soalan sye tnye lg ek. thnks :)
Padamit's my pleasure =)
Padamsenior, nak tanya kursus optemetry di uitm senior mohon ke atau memang uitm beri. tq
BalasPadammmg mohon kursus optometri kt uitm..
Padamterima kasih dan harap senior berjaya dalam pelajaran.
BalasPadamsama2.. harap anda juga berjaya dalam pelajaran.. :)
Padamkalau sem 1 dapat below than 3.00, is it possible for me to get 3.5 above untuk pointer keseluruhan nanti?..pasum punya ikut purata sem1 & sem 2 eh??
BalasPadampossible.. bukan purata pointer, tapi purata markah.. 4. contoh pengiraan.. kan biasa, kalau...:
PadamA : 4.00
A- : 3.67
B : 3.33
B- : 3.00
C+ : 2.67
C : 2.33
C- : 2.00
gred lain dah lupa pointer dia.. contohnya keadaan masa sem 1, katakan kalau ambik sains hayat, dapat result macam ni:
Matematik : B-
Biologi : A
Kimia : B+
Fizik : C+
pengiraan pointer hanya utk 3 subjek terbaik (termasuk Matematik). maknanya, Fizik dikecualikan.. jadi, pengiraan jadi macam ni:
(3.00 + 4.00 + 3.33) / 3 = 3.44
maknanya pointer utk sem 1 adalah 3.44.
kita ambik contoh sem 2.. katakan kita guna result yang sama macam tadi. keunikan PASUM ni adalah kita tak averagekan pointer kedua-dua sem, tapi kita campurkan markah kedua-dua sem, baru keluarkan pointer sebenar. contohnya:
Matematik (Sem 1) : B- (60)
Matematik (Sem 2) : A (80)
Matematik (1+2) : (60 + 80)/2 = 70 (A-)
Biologi (Sem 1) : A (90)
Biologi (Sem 2) : A- (72)
Biologi (1+2) : (90 + 72)/2 = 81 (A)
Kimia (Sem 1) : 65 (B)
Kimia (Sem 2) : 85 (A)
Kimia (1+2) : (65+85)/2 = 75 (A-)
Fizik (Sem 1) : 58 (C+)
Fizik (Sem 2) : 90 (A)
Fizik (1+2) : (58 + 70)/2 = 64 (B-)
Maknanya, keputusan keseluruhan jadi macam ni:
Matematik : A-
Biologi : A
Kimia : A-
Fizik : B-
Untuk pengiraan pointer, Fizik dikecualikan. (Matematik wajib, jangan lupa..)
Jadi:
(3.67 + 4.00 + 3.67) / 3 = 3.78
Pointer keseluruhan adalah 3.78.. macam tu lah cara pengiraannya..
Ooo gitu..at least i still have a chance to get 3.5..kalau guna average mmg tk de chance lgsg la..btw,thanks for the info,senior.it really help me :-)
Padammy pleasure.. all the best for the second and the last sem in PASUM.. there will be a lot of sweet memories.. so, appreciate them before it gone :)
Padamterima kasih,senior! blog ni sgt2 membantu saya!
BalasPadam:)
sama2.. belajar rajin-rajin taw =)
Padamterima kasih senior.sangat membangkitkan semangat blog ni.tapi saya masih blur macam mana nak mohon USM-KLE tu.kalau nk ke usm kena mohon melaui UPU macam biase ke?? harap senior dapat membantu
BalasPadamuntuk mohon USM / USM-KLE nanti, akan ada permohonan yang berbeza..
Padamterima kasih abg..sngt hargai nasihat ini..doakan kjayaan sy :)
BalasPadamsama2.. harap kekal bersemangat sampai habis PASUM.. tak lama dah tu.. =)
Padamuntuk apply usm biasa dgn usm kle guna pointer upu jgak ke? means 3 subjek trtinggi?
BalasPadamkalau band 3 bole cuba apply x? sy ada tnya senior kat usm kubang kerian, dia cakap ada je kawan dia yg dapat band3 tp still bole masuk. sama ada usaha sendiri atau cabel tu dia x sure. wallahualam. satu lagi, katakanlah sy repeat paper muet bulan july, boleh mohon ke medik usm yg biasa lepas tu? means, ada cara lain ke? buat rayuan ke apa
yup, pointer UPU la.. nak mintak apa2 pun nanti pakai pointer tu aje..
Padamband 3? kalau ada rezeki, dapat la.. tapi bergantung pada keadaan semasa jugak la (competition).. kalau competition tahun tu kurang sengit, so yg band 3 pun boleh dapat tawaran.. kalau takde rezeki nak buat camne kan.. tapi kat sini ade je yang band 3.. sekali lagi, faktor rezeki.. tak rasa pun diorang pakai kabel..
repeat paper muet julai? macam dah terlalu lambat. kalau ambik mac je tak boleh? insyaAllah boleh update result muet tu nanti..
tapi kan time nak betulkan balik result muet tu, dorang dah panggil utk interview. sblm fasa 2 da panggil. ke dorang tengok result muet tu lepas interview?
BalasPadamsaya kurang pasti mengenai hal ini.. apa kata awak call dorang utk kepastian?
PadamAssalamualaikum. Nak tanya something pasal mara. kalau lepasan asasi nak apply pinjaman mara ada je kan? untuk oversea ada x? I mean bukan utk medic jelah. course2 lain ke.. kalau btol la ada. apa syarat kelayakan dia? kalau brjaya dpt tawaran mara tu, apa yg student perlu buat? kena buat preparation mcm student mara yg lain ke? yg kena ambik 2 tahun A-level apa sume tu?
BalasPadamwslm.. tak sure la pasal ni. cuba berhubung dengan orang MARA sendiri..
Padamlepasan asasi still ada tawaran belajar under mara ke?
BalasPadamthen yang usm kle tu macam nak mohon?
tawaran belajar under MARA akan ade.. tunggu bila lepas resut keluar nanti, mesti MARA akan buka tawaran..
PadamUSM-KLE? mula-mula ni, mohon untuk kemasukan je dulu. lepas tu kalau dah lepas dapat interview nanti, mintak MARA pulak (kalau MARA masih menaja program USM-KLE)
nak tanya macam mana kita nak tahu merit upu kita berapa?boleh tahu ke berapa kita nye average?
BalasPadammerit UPU? tak pasti pulak pengiraan dia macam mana..
Padammohon scholarship jpa untuk perdana rcsi ni asing ke? or mohon dekat perdana universiti dulu?
BalasPadammohon admission ke PU-RCSI dulu.. baru mohon JPA.. kalau ikut masa saya la..
Padamsalam..skrg menuntut bwh usm-kle kan,biasiswa tu macam mana ek? kene apply lain kan?
BalasPadamwslm.. biasiswa ini kena cari sendiri.. kalau pihak MARA masih sudi menaja untuk batch seterusnya, senang sikit.. biasanya pihak USM akan tolong carikan..
Padamsalam. kalau nak apply perdana memang kena ada recommendation letter drpd lecturer ek?
BalasPadamwslm. mesti ada!
Padamadakah kena masuk btn biro tatanegara?
BalasPadamsepatutnya kena pergi..
Padamsalam senior hehe, saya telah dapat offer letter usm kle dia suruh register 1 sept dkt usm kubang kerian maksudnya terus fly or orentasi? selalunya bila fly? n boleh tolong tak bagi list apa yang perlu dibuat untuk persiapan selain visa? thanks :D
BalasPadamwslm.. bila fly tu tak pasti la pulak, kena tengok jadual dlm offer letter tu, mesti ade mention kan. utk list tu, sy akan buat entri khusus.. teruskan baca blog ni yer. =)
Padambtw, tahniah dan selamat datang ke USM-KLE IMP, Belgaum, India!
very inspiring!rse nk nanges pn ad..nice job.keep it up bro!
BalasPadammengalami nasib yang sama? inshaAllah akan ada cahaya di hujung terowong. jzkk =)
Padam