15 Dis 2011

19 Tahun : Rashdan Roslan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, aku ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, genaplah usia aku 19 tahun pada 14 Disember 2011.


Pada 14 Disember 1992, jam 5.57 pagi, di Hospital Besar Kota Bharu (kini dikenali sebagai Hospital Raja Perempuan Zainab II), seorang bayi comel telah dilahirkan. (Hehehe.. Comel ke??) Anak ke-4 hasil daripada perkongsian hidup En. Roslan bin Abdul Rahim dengan Pn. Rakiah binti Ismail telah selamat dilahirkan secara normal. Nama diberi adalah Muhammad Rashdan bin Roslan. Yang menariknya, kelahiran anak mereka kali ini ibarat hadiah daripada Allah S.W.T kepada si ibu pada ulang tahun kelahiran beliau yang ke-33.

Namun, detik itu sudah 19 tahun berlalu buat aku. Kini, aku sudah besar panjang. Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan olehNya untuk meneruskan hidup seharian. Syukur kerana aku masih mampu berdiri teguh setelah pelbagai ujian yang melanda aku sejak kebelakangan ini.

Tahun ni adalah kali pertama aku sambut birthday kat luar negara. Bunyi gempak je kan? Haha.. Sedikit terkilan pulak bila terpaksa menyambut birthday secara berasingan dengan mak aku. Takpe, aku belum mencapai tahap homesick lagi ek.. Hehe.. Aku masih tabahkan hati ni... Kerinduan kepada keluarga semakin terubat sebab kawan-kawan kat sini sambut birthday aku dengan gempaknye! Ya Allah, tak sangkanya... =)

Malam menjelang birthday aku tu, aku 'berkhidmat' di hospital, temankan rakan seperjuanganku, Nabil yang sedang dirawat kerana cirit-birit. Namun itu tidak menghalang aku daripada membalas ucapan birthday kepada aku yang berduyun-duyun masuk ke wall Facebook aku, seawal 9.30 malam waktu India (12.00 tengah malam waktu Malaysia).

Esok harinya, aku ke kelas seperti biase la, cume perjalanan yang berbeza, bukan dari hostel, tapi dari hospital ke kampus. Terawal la pulak sampai lecture hall. Kelas non-stop pulak hari ni. Penat pulak hari ni, campur lapar, tak sarapan masa paginya. Masa nak balik tengah hari tu, dalam bas, bebudak ni telah membuat aku terharu. Mengapa? Diorang nyanyi lagu 'Happy Birthday' dan 'Allah Selamatkan Kamu' kat aku. (pak cik drebar bas terkebil-kebil masa diorang nyanyi lagu 'Allah Selamatkan Kamu'. tak paham le tuww.. ahaha...) Tak pernah pulak orang nyanyi lagu birthday untuk aku dalam bas. Huhu...

Kalau kebiasaannye masa birthday, orang belah kek, tapi aku sebagai pelajar bidang perubatan, belah cadaver la pulak. Hahaha.. Luar kebiasaan la pulak. Takpe, aku akan ingat sampai bila-bila, kesignifikan ulang tahun kelahiran kali ni. Masa lepas belah-membelah tu, ade la beberapa insan yang baik hati, bagi hadiah kat aku. Lama dah aku tak dapat hadiah ni.. ^.^

Hadiah pertama datangnya dari saudara Akhyar . Tiba-tiba datang dekat dengan aku lepas bedah mayat, tanya aku, "Cantik tak jam ni?"


Aku cakap, " Cantik, cantik.." Aku teringat yang dia ada nak jual jam kat aku, sebab dia nak beli jam baru. Aku ingatkan dia nak jual jam ni kat aku, tapi dia cakap, ni hadiah birthday. Ya Allah, biar betul? Haaa.. Memang betul pun. Dah lama aku tak pakai jam ni. Bukan sebab malas? Selalu lupa nak beli. Memang hajat nak beli jam pun. Sekali dapat dengan percuma.. Reebok pulak tu.. Terima kasih yer Akhyar.. =)

Hadiah kedua datangnya dari saudari Dayana dan Fatin Hazdzirah, aku semakin kamceng ngan diorang sejak balik Kem Kepimpinan kat Bangalore hari tu.. Masa diorang pegi Mumbai hari tu, diorang ade belikan aku hadiah. Ape mende yang diorang kasik kat aku?


Terima kasih laa korang berdua.. Aku harap korang sudi la melayan kerenah aku yang kadang kala pelik ni. Hehe.. =)

Sampai pulak ke hadiah ke-3, pemberian daripada saudara Gan Rick Kye. Beliau dipercayai sebagai salah seorang calon 'Distinction' ni..


Siap ada pesanan penaja lagi:


Oooo.. Suke KitKat ek? Same la!!! Sedap kan.. Lepas tu murah pulak tu kat sini =)

Malamnye, kejutan hari jadi yang kali pertama aku rasai. Hehehe..

Mastermind : Roomate aku (Aznil) & the geng


Pelakon Utama : Aznil Ramly


Pelakon Sampingan a.k.a tukang nyanyi lagu Happy Birthday : Hampir kesemua pelajar laki USM-KLE senior and junior


Mangsa : Rashdan Roslan


Teknik : Mencemaskan si mangsa yang lurus bendul dengan penipuan yang berkesan


Jalan Cerita :

  • Malam tu bosan la pulak, mentang-mentang la esok tak banyak kelas. Haha..
  • Pergi lepak kat bilik 408, bilik si Hanif ngan si Arief.
  • Tengah syok melayan 'The Annoying Orange' kat YouTube, tetiba roomate aku, si Aznil datang kat bilik tu.
  • Berkata dengan muka yang serius, "Weh, wayar kat bilik kita terbakar dowh. Ada hitam-hitam lagi. Aku takut laptop kau kene sekali.."
  • Huh? Laptop?!! Aku pun tanpa berlengah, terus turun tangga sepantas kilat, risau wehhh laptop aku.. Huhu..
  • Lagi merisaukan aku lagi, bila si Aznil berlari dengan kaki ayam. (Pandai yer ko!! Hahaha...)
  • Sampai-sampai bilik je terus.....
    • Happy Birthday to you, Happy Birthday to You, Happy Birthday to Rashdan, Happy Birthday to you!!!
Cehhhh.. Aku terkena!!! Hahah.. Kurang asam... Tapi alhamdulillah, ramai juga yang nak sambut birthday aku, tak sangka!! Dah lama tak rasa dihargai oleh kawan-kawan macam ni.. Syukur la.. Terharu dowh!! Susah-susah je buat semua ni kat aku... Takpe, next time tunggu la turn birthday orang lain, biar aku yang berlakon pulak! Yeehaa!!!

Ada kek, hadiah lagi iaitu Ferrero Rocher, pemberian daripada mereka... Syukur lagi sekali.. Mahal tuh!


Kek pun sedap.. Nak tengok video? Nanti la aku upload yer.

Azam aku sempena genapnya 19 tahun umur aku ni adalah untuk jadi lebih matang, dan kurang 'emo' dan juga kurangkan buruk sangka kepada setiap orang. Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf seandainya ada tingkah laku atau tutur kata aku yang menjengkelkan anda dan juga mengguris hati sesiapa jua. Aku bukannya sempurna. Harap aku dapat menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah =)

Semakin meningkat usia, semakin mendekati kematian.

6 ulasan:

  1. besttttnyerr....ramai sambut birthday.... =D

    BalasPadam
  2. HB..
    Buat sujud syukur bro..
    macam2 kau dpt tahun ni
    1.dpt medic
    2.blja kat oversea
    3.still hidup sehingga umur 19
    4.mmpunyai shabat yg baik dan ramai
    bersyukurlah wahai shabat...


    smoga kau sukses dlam kehidupan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks...

      sori lah, baru perasan komen ni, ade dalam folder spam.. tu lah, alhamdulillah, banyak perkara yang aku dapat tahun ni, secara tak sangka pulak tu. aku tak pernah pun fikir yang aku ada kat mana aku ada sekarang ni.. tapi kuasa Allah mengubah segalanya..

      semoga kau juga sukses dalam kehidupan.. sama-sama kita doakan :)

      Padam
  3. Hepi bufday rashdan!! Enjoy kan smalam

    BalasPadam
  4. thanks aidil.... enjoy woo!! thanks weyh..

    BalasPadam