3 Dis 2011

Monsun Timur Laut

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Pelik giler tajuk kali ni. Hehe.. Saje nak mempelbagaikan isi kandungan blog nih. Memandangkan aku adalah anak kelahiran Kelantan amnya dan Pantai Timur umumnya (mak aku orang Kelantan, abah aku orang Pahang), Monsun Timur Laut agak dekat di hati aku. Ececehh..

Kalau sape-sape yang berumur 13 tahun ke atas tu, dah belajar Geografi kan dulu time kelas Geografi Tingkatan 1. Tak hengat??? Haihhh.. Kesian nye. Nasib baik aku minat Geografi pada tahap dewa yang maksimum. Hehe... Siap jadi Guru Muda lagi masa Form 3 untuk subjek Geografi (dan juga Matematik ye). Cikgu-cikgu subjek Geografi di SMK Ismail Petra telah berjaya menyemai minat yang menebal, mendalam dan abadi lagi kepada aku. Sampai sekarang pun aku masih minat subjek itu.

Dah la tu mengimbau kenangan silam, jom balik semula ke tajuk kita. Mesti ramai kan yang tahu tentang musim monsun timur laut ni kan. Biasanya akan berlaku hujan lebat, angin kencang dan banjir. Ada kebaikan di satu sudut dan ada juga keburukan di suatu sudut. Namun kali ni, aku tak nak cakap pasal keburukan yang disebabkan oleh musim tengkujuh ni.

Sejujurnya, aku rindu untuk menikmati keadaan sejuk dan tenang di Kota Bharu masa hujung tahun macam ni. Adakah ini petanda aku homesick? Haha.. Bukan aaaa... Cuma rasa kehilangan sikit je la, sebab 2 tahun tak rasa keadaan camtu. Nampaknya akan berterusan sampai 2016 la kot. Tahun lepas, aku kat PASUM. Tak rasa... Tahun ni, aku kat India. Tak rasa jugakkk..

Rindunya nak pergi Pantai Cahaya Bulan (PCB) masa ombak besar ngan angin kencang ni. Ni gambar aku lepas SPM (masih kurus sikit yer banding ngan sekarang. Hahaha..)


Mendongak ke langit tengok ape pun tak tau..


Antara best friend aku di Kelantan. Rindu mereka sangat-sangat.


Ombak rindu, bergelora menghempas pantai. Hehehe... Ombak ni kecik lagi, kalau ombak besar, habis memercik air laut atas muka korang.

Antara kenangan aku bersama sahabat tersayang di pantai. Tak sabar untuk berhimpun kembali tahun hadapan, rindunya!! InsyaAllah yer. Rindu pulak nak pergi pantai. Tu la, hari tu kawan-kawan ajak pergi Goa, kau tak nak pergi. Bukan aku tak nak pergi yer, tapi faktor kewangan membatasi penyertaan aku. Maafkan aku..

Monsun timur laut juga menyebabkan banjir. Yang paling kekal dalam ingatan aku setakat ini adalah pada tahun 2004, iaitu masa aku darjah 6, lepas UPSR. Banjir besar melanda seluruh negeri Kelantan, tidak terkecuali, Kota Bharu. Semua orang tak sangka bahawa banjir pada tahun itu sangat besar, hingga tempat yang tidak pernah dinaiki air tiba-tiba tenggelam. Terpaksalah aku menyambut hari jadi aku dalam banjir yer, takde elektrik dan takde air. Sedih pulakkk... Aku bangun pada paginya, tengok kat bawah rumah (aku duduk rumah pangsa, tingkat 3), kat bawah tu dah bertukar menjadi 'sungai besar'. Fuyoh!

Kesian polis-polis yang nak pergi kerja pada hari itu. Ada yang naik land rover, ada juga yang berjalan kaki. Kat sekitar kawasan perumahan aku, dah bertukar jadi 'Sunway Lagoon' la pulak. Aku pun, dengan jiwa kebudak-budakan, join sekali la. Lama juga banjir nak surut. Jadi susah buat sementara waktu.

Antara gambar banjir 2004 yang diGoogle untuk dikongsi bersama:


Tempat menyukat paras air Sungai Kelantan di Kota Bharu : Tambatan Diraja.


Pusat bandar Kota Bharu teruk juga dilanda banjir..


Pintu gerbang yang popular ni pun tenggelam jugak.


Bulatan Tuan Padang dah jadi sungai jugak. Kesian abang motor tu.

Sekali lagi, gambar-gambar ni bukan aku yang ambik. Aku cari kat Google. Masa ni nak keluar dari kawasan perumahan tu susah, sebab banjir sangat besar, dan bahaya.

Alhamdulillah, banjir seteruk ini tidak berulang setiap tahun, tapi kesian kepada mangsa-mangsa bahana musim tengkujuh, macam banjir, ombak besar dan angin kencang. Minta dijauhkan daripada bala bencana yang dahsyat dari bumi Cik Siti Wan Kembang.

Secara keseluruhannya, aku rindu sangat nak menikmati suasana musim tengkujuh di rumah. Masa yang sesuai untuk berhibernasi a.k.a TIDUR! Hehehe.. Jaga diri baik-baik ya sepanjang musim tengkujuh ni, jangan jadi salah satu mangsa kecelakaan. Sekian dahulu buat kali ini.

Malang tidak berbau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan