22 Apr 2011

Selamat Tinggal PASUMku...

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kini aku boleh tarik sikit nafas lega, sebab pengajian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah tamat. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian di situ dengan jayanya. Hanya keputusan yang tinggal tanda tanya. Adakah memihak kepada aku atau tidak? Sama-sama nantikan pada minggu ketiga bulan Mei nanti..



Biasalah, lumrah kehidupan, setiap yang bermula mesti akan berakhir. Begitulah jua kehidupan kami di PASUM... Baru rasanya semalam melalui Minggu Haluansiswa. Aku percaya yang jeritan ‘Jog Jog Jog’ oleh PP Zol dan segala macam jenis sub dan tarian seperti Tarian Xi Shua-Shua, Tarian Ayumi, Sub Wika-Wika dan Sub Jong Jong Inai, masih terngiang-ngiang di telinga pelajar PASUM sesi 2010/2011.. 11 bulan telah berlalu begitu sahaja. Kejap pulak rasanya apabila dibebani dihantui oleh segala macam mak nenek punyer syllabus yang nak kena paham ngan hafal sepanjang dua semester pengajian..

Asasi Sains Hayat – itulah yang menjadi sandaran kepada aku untuk melanjutkan pelajaran masa ijazah nanti. Mula-mula aku nak ambik farmasi je, tapi aku fikir-fikir balik, best jugak kalau aku jadi doktor. Aku mulai minat bidang kedoktoran tu, so aku ubah pendirian aku, jadi doktor pun best lah! Asasi Sains Hayat, susah? Ya betul!! Nama je nak jadi doktor, tapi kena belajar jugak Fizik.. Aku tak minat sangat la Fizik ni.. Tak suka kaji benda yang tak hidup.. Susah.. Nak belajar Matematik, Fizik, Kimia ngan Bio... Semua tu dipecahkan jadi dua.... Campur English, ada 9 subjek per semester. Aduiiii... Serabut kepala otak aku..

Kenangan di PASUM tak sebanyak di sekolah dulu, tapi ada la beberapa yang ok.. Kenangan pahit dan manis telah aku tempuh.. Antara kenangan yang aku lalui:

PAHIT :

1.       Dapat result sangat jauh lebih teruk daripada yang aku jangka.. Air mata kedukaan mengalir jua..


2.      Kehilangan seorang sahabat baik yang lari meninggalkan aku.. Menangis kesedihan jugak..

MANIS:

1.       Dapat Program Ijazah Dalam Negara, biasiswa JPA...
2.       Genting Highlands.. Bersama group tutorial yang tersayang, R2...





3.       Malam EMAS..





4.       Menang voucher KFC... Peraduan kat Facebook Sinar FM... 200 hengget!
5.      Minggu Haluansiswa... Fikir-fikir balik, syok jugak!

SUAM-SUAM KUKU:

1.       Jogathon PASUM.. Walaupun sampai dalam masa 36 minit..
2.       English Week.. Aku tahu-tahu je dah habis.. Ekeke..
3.       Pegi Mid Valley banyak kali, macam nak muntah pun ada. Hahaha...
4.       Dituduh meniru oleh orang sebelah? Wadehek? Kamon la.. Aku study la.. Aku pun tak ingin nak tiru dia.. Jawapan dalam esei kan, susah nak nampak.. Takpe2, maaf sebab buat kau rasa macam tu.... Aku tak berniat langsung.. Mata aku memang liar..

Kat PASUM, ramai juga aku temui rakan-rakan baru yang baik... Aris Ash, Akmal Alias, ngan Asyraful Syafiq, aku selalu lepak bilik diorang, terutamanya akhir-akhir ni.. Bukan sebab laptop semata-mata.. Hehe.. Amirul Asyraf, Aliff Ali, Taufiq Taha ngan Amer Azmi, satu lagi group.. Selalu mengumpat kat bilik Aliff n Taufiq..

Kawan-kawan lama dari ASiS pun ramai juga yang masih aku selalu cakap, macam Mahmud Khairudin, Ardee (Ewan Jaafar), Amirul Arif (Skem), Iqmal Abdullah (Wak), Hafiz Zainal, Badru Mustaqiim, Firdaus Mohd, malas pulak nak taip ramai-ramai.. Hahaha... Tak dilupakan, Megat Helmi yang jadi tutorial-mate aku kat sini dan jugak Zakaria Abdullah (Z) yang jadik roomate aku berkuat kuasa pada 10/10/10.. Hehehe..

Akhir-akhir ni jugak la, ramai pulak yang aku baru nak kenal, macam Amirah Mia (Mi Panda), Nur Sufi (Jen.. ko humble sangat..), Nafis (pili bomba?? Hehehe..), Khairil Affandy (Atok), Khairol Annuar, Dewi Ratih, Zafiq Syaddiq (spek putih), Affizal Rahman, Fahri, Csi Syukran dan ramai la jugak lagi, aku harap aku dapat kenal korang dengan lebih lagi ya.. Tak sempat kenal sepenuhnya.. Masa mencemburui kita.. Baru je nak kenal, tup tup, PASUM dah habis... Sayangnya... Aku sangat nak kenal ngan korang ni.. Keep contact on Facebook ya..

Terkilan sebab tak sempat kenal lagi ramai orang kat PASUM ni.. Kalau tak, boleh aku tambahkan lagi kisah-kisah dan pengalaman bebudak ni dalam minda ni.. Lagi banyak warna kehidupan aku dapat dengan kenal lagi ramai orang...

Kepada kawan-kawan yang  banyak membantu aku di PASUM seperti Umar Imarah, Nur Sufi, Izzat Zainal, Mahmud Khairudin, Amirah Mia, Taufiq Taha, Aliff Ali, Amirul Asyraf, Amer Azmi, Aris Ash, Pakya Hussin, Akmal Alias, Asyraful Syafiq, Khairul Qamar, Atiqah Rahman, Syafiq Ismail (Retro), Danial Abdul Rahman, Zulaikha Mariano dan group R2 serta ramai lagi lah!!!! Ramai la pulak nak tulis kat sini.. 






Terima kasih banyak-banyak, hanya Allah mampu membalas jasa korang... Aku hanya mampu berdoa yang Allah bagi balasan yang setimpal atas jasa yang korang taburkan... Ingat lagi X (bukan nama sebenar) tak? Kepada X, aku tak lupa segala jasa kau kat aku.. Terima kasih juga kerana bimbing aku di peringkat awal dulu.. InsyaAllah, aku tak couple lepas ni.. Aku ikut apa yang kau cakap.. Tapi sekarang, sudah ada pengganti di posisimu, sebab posisi aku juga kau telah gantikan dengan orang lain..

Kepada kawan-kawan yang lain, terima kasih atas semua saat bersama, banyak masa indah yang aku luangkan bersama korang... Lepak-lepak kat bilik, melalak, gosip, mengumpat, keluar jalan-jalan, solat Jumaat, makan kat kafe KK12 n KK11, main game, movie time dan macam-macam lagi, aku dah mula rindu semua tu..

Untuk pengetahuan korang, aku tak berani la nak rank kawan-kawan.. Aku takut ada pulak yang terkecik hati nanti... Apa yang aku boleh cakap, sapa yang dah menabur budi kepada aku, aku anggap dia sebagai sahabat. Sahabat baik pulak, jatuh kepada sesiapa yang menegur, sanggup berkorban dan bersama aku waktu aku pada waktu suka dan duka. Kawan ketawa mudah didapati, kawan menangis payah dicari. Aku tak tahu la pulak pasal tahap sahabat tu semua, ada berapa tingkat sahabat tu semua, tak penting, janji aku dah temui teman sejati aku di sini.. Tapi aku harap sangat untuk membina lebih banyak persahabatan dengan pelajar PASUM.. Kalau aku ada apa-apa masalah, boleh aku mintak tolong korang... Boleh kan? :D

Berpisahnya kita di sini, tak bermakna kita takkan berjumpa lagi.. Ada rezeki, ada keizinan daripada Allah, bolehlah kita bertemu lagi nanti.. Namun, buat sementara waktu, kita berpisah dulu. Semoga perpisahan ini dirahmati dan diredhai olehNya.. Ingat, bertemu dan berpisah kerana Allah.. 

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu....

Kenangku di dalam doamu...

Rindu kawan, rakan, teman dan sahabat,
Rashdan Roslan

5 ulasan:

  1. wahh tamat sudah asasi :D. next step pulak lepas ni! :) dayana pn nga tggu next step jugak. humm..

    BalasPadam
  2. sem 2 kau pointer x shoe ke? brapa?

    BalasPadam
  3. so total cmpur pointer sem 1 ngn 2 brapa?
    lpas asasi kat sini abg smbung degree dkt mana n dpt course apa?
    and one more, total pointer abg tuu boleh x klau nk smbung dgree dkt oversea?
    qualification dia cm ner ehh nk fly pki asasi pling minimum?

    BalasPadam