Mulai Selasa ni, kami, para pelajar PASUM akan mula dihantui, dibayangi, dihimpit dan diserang oleh satu virus yang sangat dahsyat, yang akan menukarkan seluruh pelajar PASUM menjadi
FINAL EXAM!
Aku dah ketar kaki!!! TOLONG!
Rashdan, pointer kau rendah... Jadi, buatlah all-out untuk final kali ni... Ni je peluang yang kau ada kalau kau masih nak jadi doktor, dan masih ingin ditaja oleh JPA... Kalau tak dapat PNGK lebih daripada 3.7, jangan harap la nak masuk medic walaupun kat U selain UM.. UM memang tinggal harapan la.. U lain dalam sasaran kau kan, jadi buat sehabis baik ya! Aku tahu kau boleh! Kenang kembali kenangan masa kat sekolah dulu, macam mana kau dapat skor! Rashdan yang lama, sila kembali sekejap untuk 2 minggu!
Cita-citaku... :)
Dah habis bermonolog.. Korang doakanlah semoga kami, pelajar PASUM dapat menjawab soalan final exam kali ni dengan jayanya, dan dapat skor yang cemerlang. Aku ingin merealisasikan impian aku dan keluarga, untuk menjadi seorang doktor! Kalau tak, nahas la, banyak plan lain yang aku kena rangka lepas ni kalau tak cecah target.
Sekarang ni, aku dalam mode 'fight-or-flight'. Aku takan 'flight' sewenang-wenangnya. Aku akan 'fight' sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir! Putus asa tu apa?
Jadual exam kali ni:
MINGGU PERTAMA:
Selasa - FQAH0113 (Fisiologi Organisma)
Rabu - FKAX0114 (Kimia Asas 3)
Khamis - FMAX0113 (Fizik Asas 3)
Jumaat - FQAH0114 (Genetik & Teknologi DNA)
MINGGU KEDUA:
Isnin - FJAX0114 (Statistik & Kebarangkalian)
Selasa - FJAX0113 (Algebra & Kalkulus)
Rabu - FKAX0114 (Kimia Asas 4)
Khamis - FMAX0114 (Fizik Asas 3)
Jumaat - FB0112 (Kursus Persediaan Bahasa Inggeris 2)
Target? Secara jujurnya, aku dah angkat bendera putih untuk 4.00 flat. Tapi, harapan nak dapat 3.89 masih ada, jadi itulah target baru aku, dengan syarat, BIO dan CHEM kena dapat A, dan MATHS kena dapat A-..
Doakan supaya aku dapat mengharungi minggu peperiksaan ini dengan jayanya.. Doakan aku berjaya!! Terima kasih!
Masih seorang manusia yang normal,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan