Maafkan aku sebab posts yang mendatang lepas ni banyak cerita lama, tapi aku mesti khabarkan kepada anda semua, untuk memuaskan hati ini.. Hehehe....
Baiklah, 17/3/2011 bersamaan hari Isnin, kumpulan tutorial aku, R2 (bukan yang dalam Raja Lawak 5 ngan Maharaja Lawak tu) buat jamuan perpisahan.. Sob sob sob.. Lokasi kejadian kat mana? Kat Kenny Rogers Roasters, Mid Valley... First time ni nak makan kat KRR.. Kena cover sikit kejanggalan itu.. Hehehe...
Keajaiban berlaku apabila Fitri Bis Tamam muncul di majlis itu.. Tak sangka, sebab biasanya dia akan menyendiri.. Tak sangka jugak dia sudi nak participate dalam majlis ni.. Dia bukannya sombong, tapi terlalu baik dan pendiam... Credit to Naqiuddin Mohd Fazali sebab berjaya mengajak beliau datang ke situ.. Tapi kehadiran masa tu tak penuh, tanpa kehadiran Atiqah Jamil, a.k.a Jay... Tak best la sebab tak semua yang ada... :(
Awek-awek R2... Comel-comel belaka... :D
First time masuk KRR.. Hahaha... Hampir terkesima tengok harga makanan, tapi nasib baik aku bajet dalam 30 hengget.. Dapatla membeli ini :
Ais krim... Yummy...
Inilah yang menjadi sentapan santapan aku hari tu...
Bergambar kenangan bersama ais krim... Hehe...
Mek Tiqah (Atiqah Rahman) adalah person of the party.. Hehe.. Kecoh je keje nye.... Dah la kena tipu ngan aku, cakap ada sos perisa budu.. Percaya pulak dia....
Comey lotey minoh Kelate... Kan kan kan???
Dah kenyang makan tu, terus ke Cosmic Bowl, main boling la....
Kat sini, kezzzzutan telah berlaku.. Fitri telah mengejutkan semua orang, apabila berjaya meraih skor yang paling tinggi. Korang, tengok dia ni, diam-diam ubi berisi.. Walaupun diam je dalam kelas, tapi dia hebat.. Jangan-jangan, dia ni wakil sekolah King George V ke???? Gambar Fitri takde la pulak....
Ingatkan semua orang stay nak main boling, tapi sikit demi sikit blah, pegi kat Arcade, aduhai.... Lain pulak jadiknya... Akhirnya, aku pun baliklah pukul 11.15 malam.. Dapat bas paling last... Fuhhh... Tak pernah buat macam ni... Ada la beberapa rakan yang malang tu, kena balik jalan kaki, ada jugak yang naik teksi... Tapi yang penting, semua orang selamat.. :)
R2, korang memainkan yang sangat penting dalam hidup aku di PASUM... Kita bersama berkongsi suka dan duka... Kegirangan dan kegembiraan kita masih kukuh tersemat dalam minda aku, walaupun ini sudah masuk minggu ke-4 kita tidak lagi berkumpul bersama-sama... Menarik atau tidak kelas tutorial tu, kita lalui bersama... Daripada mengantuk, tersengguk, kena marah, hilai ketawa, datang lewat, kecoh sampailah tertidur dalam kelas, macam-macam kenangan telah kita tempuh bersama. 11 bulan, sangat pendek.. Masa tidak boleh diundur, kita harus menerima realiti. Bertemu dan berpisah adalah satu kemestian dalam hidup.
Korang jangan sombong dengan aku yeh... Kalau aku hantar mesej tu, balas la... Kalau terjumpa kat luar tu, tegur-tegur la.. Kalau aku ditimpa kesusahan, bantulah aku dengan keupayaan yang ada.. Rajin-rajinlah conteng wall aku kat Facebook aku ya...
R2, di sini, aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada korang atas segala kekurangan dan kekhilafan diri aku sepanjang perkenalan kita.. Aku juga manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan dan aku bukannya sempurna.. Kalau ada hajat korang yang belum aku penuhi, ampun maaf dipinta, dan sila tuntut daripada aku agar aku dapat melunaskan hutang yang tertunggak.
Pesanan aku yang terakhir, kirimkan doa kepada rakan-rakan apabila rindu dan risau akan keadaan diri mereka. Doa seorang kawan terhadap kawan yang mana kawannya tidak mengetahui bahawa dirinya didoakan, makbul di sisi Allah..
Terima kasih atas memori bersama di PASUM.. Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa.. Ada rezeki, kita bertemu lagi di kesempatan yang lain.. Ingat-ingatlah aku di sini!
Rakyat R2,
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan