29 Apr 2011

Cuti-Cuti 1Malaysia.. Destinasi 5 Teratas!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Tak tahu la sama ada korang perasan atau tak, sejak minggu lepas, aku ada letakkan ruang undian kat atas sana. untuk memilih lima lokasi percutian yang terbaik yang patut aku pergi... Keputusan sudah ada di tangan saya... Hehe..


Lokasi 5 teratas :


1. Seremban
2. Penang
3. Kuala Lumpur
4. Ipoh
5. Shah Alam


Hehe.. Macam tahu-tahu je kehendak aku ni... Aku memang teringin sangat nak ke Penang dan Seremban.. Penang tu last skali aku sampai masa darjah 2... Seremban lak, pernah lalu je, masa nak pergi Port Dickson masa kat ASiS dulu.. Nak explore la ape yang menarik kat sana, kalau ada banyak masa... Tapi kalau nak pergi Alor Setar pun ok jugak, tapi undian tidak menyebelahi... Takpe, kalau ada rezeki, aku sampai la nanti kat Alor Setar.. Tapi sekarang, aku nak fokus kepada Top 5 ni. Nak buat siri jelajah selama seminggu kot.. Tengok keadaan, tengok rezeki.


Keputusan penuh:


1. Seremban - 19 undi
2. Penang - 18 undi
3. Kuala Lumpur - 15 undi
3. Ipoh - 15 undi
5. Shah Alam - 13 undi
6. Kuala Terengganu - 9 undi
7. Alor Setar - 8 undi
8. Kuantan - 7 undi
8. Melaka - 7 undi
10. Johor Bharu - 6 undi
11. Teluk Intan - 5 undi
12. Taiping - 4 undi


Dengan ini diumumkan bahawa, Taiping tersingkir pada konsert kali ni.. Hahaha.. Bajet AF...


Kenapa korang nak aku pergi Seremban? Ada ape?? Ada ni?? :








Kat Penang, boleh tengok benda-benda ni:






Kalau boleh try makan ni kan best...


Kat KL, aku dah biasa tengok dah benda-benda ni.... :P








Kat Ipoh, dah sampai sana dua kali... Nak buat kali ke-3 lah...






Shah Alam, Selangor:








Yang paling menarik rasanya kat Seremban... Boleh jugak nak pergi sana... Tak pernah sampai lagi... Boleh la den bolaja cakap Nogori Sombilan sikit... Asyik cakap Kelantan ajo... Hehehe... Kono makan podeh-podeh la pasni kalau den sampai kat sano... (betul ke yang aku cakap ni?? Huhu...)


Tak muktamad lagi ni.. Tapi kalau dah macam ni, aku plan nak buat tour dari Penang sampai Seremban la nampak gayanya.. Bila? Bulan 6 nanti kot, bila dah ada duit... Sekarang boleh berangan je la....


Oleh itu, aku memerlukan kerjasama dari rakan-rakan ya, untuk membawa aku meronta meronda ke sekeliling kawasan yang aku nak pergi.. KL ngan Shah Alam dah boring la, tapi tengok la keadaan...


Apa-apapun, terima kasih atas pandangan dan undian anda... Setiap pendapat anda amat aku hargai.... Tak sabar nak pergi bercuti!!!!

Akan mengembara lagi,
Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan