30 Jan 2010

HAMPA HATI KAMI!!!

Blog kali ni khusus untuk bacaan insan yang ada kena mengena dengan ASiS sahaja… Orang lain kalau nak baca pun ok jugak…..

Tanggal 25 Januari 2010, iaitu hari Isnin, aku dikejutkan dengan sesuatu yang agak mengecewakan. Begini kisahnya. Malam itu, aku sedang menonton berita yang disiarkan oleh salah sebuah stesen televisyen swasta di negara ini. Aku melihat di sudut bawah kaca televisyen itu tertulis berita yang berbunyi “TPM Umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)”. Aku terlalu teruja untuk mengetahui sama ada sekolah aku yang tercinta, ASiS tersenarai atau tidak. Lantas aku menghantar SMS kepada kawan aku, Danial, yang juga ketua pengawas batch SA[VI]OUR untuk mendapatkan kepastian. Jawapan negatif diterima oleh aku, iaitu dia memberitahu yang ASiS tidak tersenarai. Aku tidak berpuas hati selagi tidak mendengar cerita itu dengan telinga aku sendiri.

Tiba-tiba berita mengenai pengumuman 20 SBT disiarkan. Aku memberi fokus kepada berita berkenaan. Harapan yang menggunung akhirnya hancur berkecai jua akhirnya kerana ASiS tidak tersenarai sebagai SBT. Setelah berita tersebut disiarkan, aku terus menelefon Danial, dan berbual seketika dengan nada suara yang suram. Aku berkata “Danial, dah confirm..... Kita tak dapat SBT.” Danial jawab, “Haa.... Kan aku dah kata.....” Aku cakap lagi, “Habis la... Lepas ni mesti bising kat Myspace, Facebook ngan Friendster....” Lepas tu, aku terus letak fon. Tak tau nak cakap pe..... Speechless!!! Sendu sangat-sangat masa tu.....

Tipu la kalau kata aku tak sedih.... Sukar untuk menerima hakikat yang pahit\ni.... Sesukar menelan hempedu. Namun yang pahit harus ditelan jua oleh aku dan warga ASiS serta OASiS I hingga OASiS VI.... Kehampaan ini dikongsi bersama oleh kami semua, kerana ASiS adalah sebahagian daripada hidup kami. Aku masih ingat lagi, betapa tingginya harapan warga ASiS agar ASiS disenaraikan sebagai SBT pada tahun lepas. Setelah tinggi harapan yang kami bina, akhirnya runtuh jua. Mungkin ini adalah ketentuanNya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya......

Kepada seluruh warga ASiS tak kira sama ada guru, bekas pelajar, pelajar, ataupun staf sekalipun, ayuhlah kita hentikan kesedihan ini. Bersedih untuk jangka masa yang lama pun tiada gunanya. Hanya membuang masa kita yang berkualiti ibarat emas. Sebagai sebuah sekolah yang cemerlang, ASiS mestilah menggunakan situasi yang terkini ini untuk meningkatkan daya saing dalam pelbagai bidang. Jadikan kegagalan ini sebagai satu peluang agar ASiS dapat mencipta kegemilangan dalam arus pendidikan kebangsaan, dan mungkin juga arus pendidikan dunia satu hari nanti. Mungkin ASiS memfokuskan bidang akademik melebihi bidang ko-akademik. Penglibatan dalam bidang kokurikulum juga perlu diperkasakan, kerana pada pemerhatian aku, sekolah yang tersenarai sebagai SBT adalah sekolah yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum atau well-rounded. Mungkin di sinilah kelemahan kita. Bidang akademik tidak menjadi masalah, kerana kehebatan kita dalam bidang tersebut memang diakui dan tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak.

Justeru, bangkitlah seluruh warga ASiS. Jadikan kegagalan ini sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kualiti dalam semua aspek. Kita sebenarnya masih berpeluang untuk disenaraikan sebagai SBT pada tahun depan, kerana penambahan 30 buah lagi SBT akan dilakukan pada tahun depan, dan 50 buah lagi pada tahun 2012. Seharusnya kita tidak harus khuatir kerana dengan iringan doa dan usaha daripada seluruh keluarga besar ASiS, mudah-mudahan kita akan tersenarai tahun depan. Jangan putus harapan wahai seluruh keluarga besar ASiS. ASiS akan sentiasa menjadi yang terbaik dalam hati kita. Usah ditangisi lagi kegagalan ini. Tanamkan keyakinan dalam diri kita yang ASiS akan diiktiraf jua sebagai SBT suatu hari nanti.

Kita sebagai keluarga besar ASiS haruslah kekal bersatu-padu dalam keaddan suka dan duka, tak kira anda datang daripada batch mana sekalipun. Kekalkan kekuatan kita ni sebagai unit keluarga yang teguh serta ambil berat tentang perkembangan sekolah. Tanamkan juga semangat ‘I LOVE ASiS’ dalam diri kita. Apa jua yang terjadi kepada ASiS nanti, kita mestilah bangga kerana kita ialah produk ASiS yang memang diakui kualitinya oleh masyarakat di luar sana. Kita perlu tanamkan keyakinan kepada ASiS bahawa ASiS juga boleh mencapai sesuatu yang bakal dibanggakan oleh seluruh warganya, suatu hari nanti. Kini, terserah kepada guru-guru dan pelajar ASiS batch yang akan datang yang akan menggalas tanggungjawab dan harapan ini. Tidak mengapa sekiranya kita gagal kali ini, tapi gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Kalau dah rezeki, tak ke mana. Kekalkan usaha dan keyakinan, pasti kita akan capai perkara yang kita idamkan – SBT. ASiS..... Kan kukenang dalam doaku selalu....

2 ulasan:

  1. I love asis. jgn risau nanti kita semua yg akan menentukan betapa gemilangnya asis. Ramai di antara kita nanti yg bakal mjd ahli politik, golongan professional dan ahli korporat. pada masa itu kegemilangan asis akan menjadi bahan bualan di Itali...

    BalasPadam