8 Dis 2010

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia buat pembaca-pembaca sekalian..

Apenye yang dah setahun berlalu?? Hurmmmm.... Dah setahun sejak aku :

1. Habiskan zaman persekolahan aku.. 11 tahun belajar di sekolah, banyak yang aku pelajari.. Daripada tinggi aku 1.17m mase darjah 1, sampailah tinggi aku 1.75m mase form 5..

2. Habis SPM... (Sijil Paling Mudah.. kah3.. mudah ke?? Tengok result la... bukan 10A+.. kalau mudah, 20A+ pn bleh dpt... kikiki)

3. Tinggalkan SM Sains Alam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur (ASiS) yang sangat aku cintai.. Banyak kenangan aku di sana.. Tak mampu untuk aku kutip, bawa balik ke Kota Bharu.. Hanya kekal abadi dalam ingatan aku... Dan cebisan kenangan itu masih banyak di ASiS... Dan akan sentiasa kekal abadi, selagi wujudnya ASiS..

4. Berpisah dengan rakan-rakan dan sahabat yang sama2 harungi suka dan duka bersama di ASiS.. Ade yang tak jumpa dah setahun pun.. Aku rindu nak togather-gather ngan korang... Walaupun aku bukanlah rapat ngan sume orang, tapi kita sebagai satu batch, aku dapat rase perasaan tu tak mampu untuk aku bendung. Aku rindu sangat nak makan sama-sama dalam dewan makan, rindu nak solat berjemaah dalam surau ASiS tu, rindu nak rindu nak berebut-rebut beli makanan kat kafe, rindu kelas anjal, rindu tutor-tutee (Fareed, Zakirin, Fahimi, Hidayat, Mukmin Zahari, Torch! GROUP 21 DA BEST WOOO!).. Tak lupa pada rakan-rakan yang aku sentiasa kenang di 5 Dinamik, 4 Gigih, 2A3, Bendahara, Set A (D,G,H) ngan Set A Block 2 (English), ngan ASiS lah keseluruhannya, tak kira daripada batch 5,6 atau 7....

5. Nyanyi lagu 'Terima Kasih Semua' ramai-ramai... Masih sayup kedengaran di telinga aku, lagu tu... Best ape nyanyian kita sume, biler bergabung sebagai satu batch.. Kekuatan tu wujud! Kita batch yang terbaek!


6. Aku balik sendirian berhad kat umah... Nak kate sedih, tak la... Cume terkilan sikit je, tgk orang len ade family dtg.. Aku gak balik ngan bas... Nak buat cemane, cuti abah aku kena beku time tu, musim banjir kan.... Terpaksalah aku pikul sume barang aku yang berat tahap dewa itu.. Aku sumbat masuk dalam beg besar bapak.. Haha.. Sampai tercabut tayar beg aku!!! Berat tak beratnyer barang-barang tu... Nasib baik Syakir Zin ade mase tu... Tolong aku bawak barang-barang tu.... berpeluh-peluh aku bawak barang aku tu sume.... Alhamdulillah, selamat sampai ke Kota Bharu, dengan keadaan beg yang tak lagi sempurna... HAHA!

7. 'Merdeka'! Habis SPM, ape lagi??? Lepas geram laa... Duk umah, makan, jalan, tido, tengok tv, exercise jarang-jarang.. Hahaha... Tu yang jadi 'ayam daging' kat umah tu... Aduyaiii... Tapi mase lepas SPM laaa paling syiok orang kater.. Memang pun.. Terkadang berase bosan biler kat umah.....

Ni antara gambar yang aku sempat snap pada minggu terakhir aku di ASiS :

Bendahara Juara!! (walaupun byk kali kena tahan outing.. Haha!)


1B1.. Tempat aku menginap time SPM...

Tempat tengok tv....

Faiz Daud (a.k.a Titot) kepenatan nampaknya ek!

Zakwan ngan Faizuddin (Kosong) baca buku ke buat ape?? Result gempak gak.. Kosong dah kat Rusia, Zakwan nanti nak pegi Jerman...

Tempat mula-mula aku memijakkan kaki di ASiS!



Kami pelajar yang rajin! (kata Atiff ngan Megat)

Sape la yang 'syahid' tu.... Haha...

An epic battle between Hafizulazim (Wak Songkok) n Faiz Daud (Titot)! Live from 1B1!

Hafiz Tarmizi yang sentiasa gorgeous! XP
Jamuan kat DM... dari kiri, Daus, aku, Aqil


Juadah jamuan tu.... Sedap...

Suasana beratur kat DM....


5 Dinamik.... Kelas yang sangat aku rindui!!


Hasil kerja kami, pelajar 4 Gigih!


Sederap Meluru Memburu 10A+ (tapi gambar budak batch Sa[VI]Our tade pun!


banner lagi....


banner BIO...


cikgu2 akaun...


lagu sekolah!! nostalgia sangat... T.T


apo nak dikato... ASiS tetap unggul! Da best 4ever n ever...


Begitulah secebis kenangan aku di hari-hari terakhir aku di ASiS... Nak tengok lagi?? Klik kat SINI !!

Akhir kalam, zaman sekolah memang terbaek!! Rindu sangat kat sekolah.. Andai saja aku mampu untuk putarkan masa, pasti aku nak balik ke zaman sekolah... Tapi Rashdan, ko kena jadi realistik lah! Yang berlalu, takkan kembali...

Sape rase rindu-rinduan kat sekolah tu, komen la kat bawah ni ek...

Terima kasih daun keladi,
Lain kali bacala blog ni lagi... :)

Rashdan Roslan

6 Dis 2010

Maal Hijrah 1432 H

Assalamualaikum dan salam perpaduan saya ucapkan.. Hari ni, mulai waktu Maghrib, dah rasmi bahawa tahun 1431 H dah melabuhkan tirainya, dan tahun 1432 H pula yang menjengah.. Semoga kita akan jadi insan yang lebih baik..




Ayuhlah kita semua panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus hidup di muka bumi yang fana ini dan untuk terus beribadah kepadaNya. Seharusnya kita berasa gembira dan bersyukur kerana kita masih merpeluang untuk menambahkan 'saham' kita di akhirat nanti..

Saya rasa tak perlulah diceritakan lagi tentang peristiwa hijrah ni yea.. Budak sekolah rendah pun tahu pasal hijrah ni..

Dengan tibanya tahun 1431 H ini, kita akan memperbaiki kualiti hidup kita. Jadilah insan yang lebih baik, demi kebaikan diri anda semua juga kelak. Bulatkanlah tekad anda untuk berubah, supaya tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Apa gunanya berubah sekadar untuk jangka masa yang pendek. Biarlah kita kekalkan momentum perubahan itu, menuju ke arah yang positif.

Sebenarnya kan, kenapa ada sesetengah daripada kita yang nak berubah, tapi tak kekal lama? Jawapannya mudah sahaje, iaitu kerana insan tersebut sebenarnya diuji oleh Allah S.W.T., tentang sejauh mana tahap keinsafannya, dan benarkah insan itu ingin bertaubat sebenarnya. Andainya insan tersebut benar-benar ikhlas, maka dengan izin Allah, beliau akan berubah ke arah yang lebih baik. Namun, sebilangan besar daripada kita masih kekurangan ilmu untuk bertaubat, oleh sebab itu, perubahan yang kita mahu lakukan kebanyakannya menemui jalan buntu.

Sekadar ingin berkongsi ilmu, tadi saya ada mendengar satu tazkirah yang disampaikan oleh sahabat saya, Muhammad Umar Imarah bin Murtadza, beliau ada menyampaikan sepotong ayat daripada Al-Quran, dari Surah Al-Ankabut, ayat 2-3, mafhumnya :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.."

Dalil tersebut jelas menyatakan bahawa manusia yang mengatakan diri mereka itu beriman, masih diuji oleh Allah, kerana Allah ingin melihat sejauh mana keikhlasan mereka untuk beriman kepadaNya.. Kalau setakat bersifat sementara, itu tandanya insan tersebut sebenarnya masih belum betul-betul bersedia untuk berubah.

Rakan pembaca yang dikasihi, sempena dengan tahun baru ini,marilah sama-sama kita teguhkan  tekad, berusaha dan menanam semangat baru untuk memulakan hidup baru dengan satu tujuan untuk menjadi insan yang berperibadi mulia dan berakhlak baik. Semoga yang buruk itu menjadi baik, dan semoga yang baik itu menjadi lebih baik. InsyaAllah. Tanamkanlah azam yang baru, yang mampu untuk dicapai oleh kalian. Saya doakan yang azam anda akan tercapai. Semoga kita disirami dengan hidayah daripada Allah S.W.T.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H.. Tema tahun ni, Satu Malaysia Satu Ummah.. Hayatilah hari ini, dan bukan dengan sia-sia, dan lebih buruk lagi, bergembira kerana Awal Muharram adalah cuti umum.

Akhir kalam, wassalam..

Rashdan Roslan

5 Dis 2010

MAHA International 2010.....

MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture & Horticulture) 2010 memang giler gempak!!! 332,000 umat manusia datang semalam... Ramai giler tahap dewa... Penat sangat...


Aku pegi sana ngan Umar Imarah, Shafiq Izzuddin (Sate) ngan Awang Azzizul... Ingatkan aku ngan Umar je... Nasib bek aku baca status Facebook nye Sate... Huhu.. Aku ngan Umar kena tinggal ngan diorang dulu, sebab kitorang ade emergency yang tak dapat dielakkan.. Hehehe... Nasib baik jumpa kat dalam bas RapidKL... Alhamdulillah.. Allah tolong kitorang...


Naik KTM kat Mid Valley pegi Serdang.... Tak ramai sangat orang, tapi kena berdiri gak.. Tapi tak mencapai tahap sardin la... Hahah.. Lepas tu, naik bas RapidKL pegi UPM dulu.... Ramai gak orang.. Tapi kami dapat duduk.. Hujan rintik la jugak semalam... Lepas tu, naik bas shuttle kat UPM, pegi ke MAEPS, tempat MAHA tu lah!


Dalam bas shuttle tu, tetiba ade sorang pak cik yang bermuka ketat ni, buat kecoh lak!! Memekak Memekik dalam bas tu.. Tak reti nak sabar.. Takde maruah ke ape.. Memalukan betul.. Dia melaung, "Tak nak tutup pintu ke?!" Sangat tak sopan di situ... Satu lagi, dia jerit "Gerak la!! Tak nak bawak, aku bawak!!" Ni la sikap orang kita, tak tahu nak bersabar... Satu lagi yang sedih, hakikatnya kita mementingkan diri sendiri, sebab kita TAK RETI NAK BERATUR masa nak naik bas..


Dalam bas tu memang sesak.. Aduhhh....


Sampai kat sana, memang excited.. Hahaha.. Ni first time kan sampai kat situ... Nampak ade tram yang gune traktor... Unik gak la...






Mula-mula, kitorang pegi kat Dewan D dulu... Banyak makanan kat seluruh Malaysia yang ade kat situ... Paling best, of course la Akok! Ade banyak gak, macam Murtabak Mengkasar ngan Puding Raja, makanan special dari kampung abah aku, Pekan, Pahang...




Makanan yang unik2 banyak sangat, macam laksa Kuala Perlis, mee tarik, sate tulang, cendol Pak Akob, mee calong Beserah, asam pedas, dan macam-macam lagi... Banyak sangat... Ni lah keindahan negara Malaysia ku sayang... Hehehe... Sempat gak bergambar kat situ...




 dari kiri - Umar, Sate, Aku

Dah Zohor time tu, so kami pegi solat lah.. Lepas tu, kami sambung pengembaraan tu kat dewan-dewan lain.... Banyak sangat makanan yang kami dapat cuba.. Pendek kata, tak lapar la kat sana.. Hehehe... Banyak sangat, especially coklat... Aku suka!! Haha..

Ni la antara gambar yang disnap daripada henset Awang...


Artis Baru Nak Naik - (dari kiri) Umar, Aku, Shafiq Izzuddin (Sate)


Dura + Pisifera = Tenera!

My new bestie, Muhammad Umar Imarah bin Murtadza

Makan aiskrim kisar... Sedap sangat!

Ramai tak ramai nye umat manusia, tengok kat bawah ni :


Ni baru sikit je.... Dah lewat la... Sob3~~ Kena berangkat dulu.. Nak ke PWTC.. Ade KL International Motor Show... Pusing baru sikit je tu... Tempat binatang ngan pokok-pokok tak pegi lagi... Betul cakap kawan aku, Ali Karim, dia cakap, kena pegi 2 hari kat sane, baru cukup.. Mane tak nye, besar kot!!

Lepas tu, baru pegi kat PWTC.. Sampai sana pukul 8.40 malam....  Lepas solat, nak masuk kat dalam dewan... SAKIT HATI!!! Tau tak kenape? Kena bayar 20 hengget!!! Diulangi, 20 hengget!! Giler hape... Takpe la, tak nak masuk la... Aduhh.. Mahal sangat... Kecewa sangat aku semalam.. Tapi harga tak berapa relevan kot... Aduhh.. Amek gamba kat luar je lah!


Muka frust sebenarnya tu.. Cover line... Heheh..

Umar dah lapar, so kami makan dulu. Pegi KFC kat The Mall, ayam habis!!  Kat McD pun, ayam abes gak... Cian Umar, nak makan ayam sangat.. Huhu... Last skali, makan burger McChicken je...

Lepas tu, aku, Sate ngan Awang balik UM... Umar balik rumah dia kat Dato' Keramat... Thanks banyak2 sebab spend masa bersama hari tu... Sangat seronok, n harap dapat boleh hang out sama2 lagi lain kali... Semoga ukhuwah kita akan jadi lebih kukuh...

Rashdan Roslan