7 Jun 2013

Nasi Minyak USM-KLE

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua! Tengok tajuk macam nak berniaga.. Tapi bukan... Ini ada cerita baik punya.



Nasi minyak - selalu dikaitkan dengan apa? Restoran? Oh silap.. Kaitan dengan kahwinlah! Persoalannya, siapa? Aku kah? Hehe.. Aku punye tak akan berlangsung tahun ni. Paling awal yang aku boleh adalah pada tahun depan. Calon takdo macam mano ni ha? Hehe.. Keep calm and save some money + prepare to be a good family leader.

Sebenarnya, ada 5 orang senior aku dari 1st batch USM-KLE bakal mendirikan rumah tangga. Ada dua pasangan dan seorang lagi akan berkahwin dengan bukan pelajar di sini. Tahniah diucapkan kepada....

1. Hanif Hashim & Kak Annazifah
2. Anwar Hakim & Kak Hamizah Ghazali
3. Kak Fatihah & Bakal Suaminya


Ingatkan mereka berlima je.. Ada pula kejutan pada 4 Jun 2013, pengumuman dibuat oleh seorang rakan sekelas di depan semua di dalam Lecture Hall 3 USM-KLE. Pengumuman bahawa dia nak mendirikan rumah tangga! Siapakah insan itu? Saudari Darina Maisarah, 21, yang bakal bernikah pada 10 Syawal 1434H (17/08/13) nanti bersama jejaka pilihan yang sebaya dengan beliau yang bernama Amir Ifwat, pelajar tahun pertama di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI). Cinta antara benua yer!

Majlis akan berlangsung di Johor Bahru

Alhamdulillah, semakin banyak orang bina masjid yer.  Aku pun tumpang gembira.. Harapannya agar hubungan yang bakal dibina itu kekal selama-lamanya, bukan sehingga anak cucu cicit semua je, tapi hingga ke syurga. Semoga kalian sentiasa dalam kalangan Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah an-Nur ayat 32,

"Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."

Majlis yang terdekat adalah majlis saudara Hanif Hashim dan kak Annazifah, yang bakal berlangsung pada Sabtu, 8 Jun 2013. Ada kad undangan perkahwinan yang Hanif pamerkan di Facebook. Hanif, aku nak curi bawak masuk dalam blog deh! :D



InsyaAllah, majlis mereka ini akan aku hadiri, tapi kat Terengganu nantilah. Kat Negeri Sembilan tu tak dapatlah, sebab aku masih di India. Khabarnya, ramai juga yang bakal hadir di sana. Ramai-ramai la kita memeriahkan majlis. Majlis Kak Mizah dgn Anwar Hakim nanti pun boleh hadir rasanya, sebab di Kota Bharu, dekat je dengan rumah. Majlis Darina pulak, sedang difikirkan.

Kepada bakal-bakal pengantin, meh nak belanja satu lagu. =)



Akhir kata, semoga anda semua mengecapi nikmat berumah tangga dan terus berbahagia hingga ke syurga =)

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara... nanti datang terengganu nak lepak mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. nanti nak lepak area K. Terengganu je, pengantin laki ade sewakan cottage utk kami bermalam.. kenapa? nak ajak lepak sama2 ke? :D

      by the way, ni sape? misteri nye.

      Padam