16 Jun 2013

Sedekad ASiS Terbilang

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Entri kali ini didedikasikan khas untuk sekolahku yang tercinta, iaitu SM Sains Alam Shah.

SM Sains Alam Shah, atau lebih dikenali dengan nama ASiS, terletak di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, WP Kuala Lumpur. Di sanalah aku mengenal erti kehidupan di asrama, hidup jauh dari keluarga, keluar dari zon selesa. Mengajar aku berdikari. Mengajar aku mengenal diri sendiri.

Kreatif | Inovatif | Produktif

16 Jun 2003 merupakan tarikh penubuhan ASiS. Bermula dengan hanya beberapa guru perintis dan bilangan pelajar yang sedikit untuk batch perintis, kini ASiS semakin gah bertapak di bumi bertuah tersebut. Di atas tapak tinggalan Sekolah Sultan Alam Shah yang kini telah berpindah di WP Putrajaya, ASiS semakin hebat membina legasinya sendiri. Dengan program pengantarabangsaan yang dijalankan setiap tahun, ASiS semakin dikenali dalam kalangan SBP. Tak dilupakan, kehebatan pasukan zapin dan caklempong ASiS yang sering diundang untuk membuat persembahan.

Kini, setelah 10 tahun, ASiS telah mengecap pelbagai kejayaan, tak kira dalam bidang akademik mahupun ko-akademik. Terbaru, ASiS telah layak untuk ke peringkat akhir dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri untuk kedua-dua kategori (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Untuk rekod, ASiS pernah memenangi Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Inggeris) pada tahun 2007.

Sempena 10 tahun ni, seronok jugak kalau berkongsi sedikit kenangan sepanjang 2 tahun di ASiS. Sedikit je la.. Kalau nak banyak lagi, tengok entri-entri sebelum ni deh, ataupun stalk akaun Facebook aku. Hehe..

Bersama rakan-rakan 4 Gigih (2008)
Riang ria menjelang SPM
5 Dinamik (2009)
Kem Rehat Minda di Glory Beach Resort, Port Dickson
Bersama rakan sekelas masa Makan Malam Nostalgia Abadi

Ambik gambar kat Dewan Makan? Pun boleh :D
Anak sape la ni menyanyi pakai bendera ni? Hehehe..
Gempur Biru Gempur! Bendahara Juara!
Nasyid jap. :D
Bumi bertuah ASiS

16 Jun 2013, genap 10 tahun penubuhan ASiS. Sambutan Sedekad ASiS Terbilang pun nampak meriah, berdasarkan gambar yang dipos di Facebook dan Instagram. Andai saja aku di Malaysia, pasti aku ke ASiS untuk sama meraikan, namun berpijaklah di bumi yang nyata. Kekangan jarak dan masa membuatkan aku hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Jangan risau, ASiS sentiasa di hati.


Sebagai OASiS, harapannya agar ASiS akan kekal sebagai salah satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terulung di Kuala Lumpur, Zon Tengah dan di Malaysia. Semoga kejayaan sentiasa bersama ASiS. Dah dekat 2 tahun tak singgah kat sekolah ni. Kena singgah rasanya masa balik cuti nanti. Rindu sangat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menahan homesick. Eh, kantoi :D

Sekian dulu untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca =)

2 ulasan: