22 Jun 2013

CFCS @ Basavan Kudachi, Belgaum

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Agak terlewat untuk update pasal benda ni, tapi tak mengapa.. Baru ada masa dan ilham untuk menulis. Entri kali ini berkisarkan CFCS atau nama panjangnya Community Family Case Study.

Pada 18-23 Mac 2013 yang lepas, kami (pelajar 2nd batch USM-KLE) terlibar dalam Residensi Komuniti, yang mana, kami telah ditugaskan untuk mengadakan kajian (survey) di sebuah kawasan kampung di Basavan Kudachi, Belgaum. Jarak dari kampus kami ke sana adalah 8 kilometer. Pengangkutan disediakan oleh pihak USM-KLE.

Kawasan Basavan Kudachi yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Belgaum

Setiap hari, kami akan bertolak dari kampus pada jam 8.30 pagi, kemudian akan pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Oleh kerana perlu menjaga sensitiviti masyarakat di Basavan Kudachi yang rata-rata pemakan sayur (vegetarian), kami dapat pelepasan awal pada tengah hari kerana mengambil kira diet kami. Kami dilarang untuk membawa makanan yang berasaskan produk haiwan kerana bimbang kesucian kampung itu tercemar. Maka, kami bersarapan dengan lebih kenyang daripada biasa.

Daripada 83 orang pelajar USM-KLE, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan besar, yang mempunyai dalam 24-25 orang pelajar. Setiap kumpulan besar diperuntukkan 100 rumah untuk dibuat kajian (survey). Setiap kumpulan diberi kawasan liputan yang tersendiri. Untuk memudahkan kerja kami dan juga mempercepat proses pengumpulan data, kami membahagikan diri kami ke dalam kumpulan yang lebih kecil, 3-4 orang sahaja. Aku bekerja satu kumpulan kecil bersama Aznil Ramly dan Safwan Khairuddin.

Pada hari pertama, belum mula membuat kajian, sebaliknya kami hanya menanda rumah-rumah dalam kawasan liputan kami (berjumlah 230 lebih) dengan menampal nombor-nombor di depan rumah mereka. Pada tengah harinya, di kampus, kami menggunakan kaedah 'random sampling' untuk menentukan rumah mana yang perlu kami lakukan kajian (survey). Setelah dibahagikan, kami (aku, Aznil, Safwan) mendapat 12 rumah untuk dikunjung. Ada baki 4 hari, maka secara kasarnya, jika kami berjaya selesaikan 3 rumah dalam masa sehari, maka kami berada di trek yang betul. Namun, atas sebab-sebab yang tertentu, setiap kumpulan kecil ditambah lagi 4 rumah untuk dilakukan kajian. Redha je, not a big deal lah! =)

Safwan dan payung merahnya. Penat tanda rumah..

Sebelum terlupa, masalah komunikasi menjadi masalah yang agak besar. Kebanyakan penduduk di Basavan Kudachi tidak tahu berbahasa Inggeris, sebaliknya hanya berkomunikasi dalam bahasa tempatan, seperti Kannada, Marathi dan Hindi. Maka, bila kami berbahasa Inggeris, jadilah seperi ayam dan itik. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana diberikan seorang penterjemah yang bernama Basavva, pelajar kejururawatan yang banyak membantu kami dalam berkomunikasi sepanjang kami melakukan kajian.

Kajian pula berkisarkan beberapa aspek, seperti kebersihan rumah, profil sosial, cara mereka mencari penawar ketika sakit, profil morbiditi (penyakit), kesihatan mulut dan gigi, penggunaan produk tembakau, aktiviti fizikal, kesihatan wanita dan juga imunisasi (bayi dan wanita mengandung). Berdasarkan maklumat-maklumat ini, kami akan menganalisa data dan kemudian akan menentukan kempen yang perlu dilakukan di sana pada sidang akademik yang akan datang.

Borang kajian
Soal-menyoal oleh Aznil

Bergambar sikit.

Kawasan kampung. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani.

Timbunan jerami yang agak tebal

Soal-menyoal diteruskan

Rumah ini mempunyai amat ramai penduduk

Mujurlah ada Prof. Yesudas A. Shivapur yang sudi membantu. Dia sangat sempoi!

Bergambar bersama budak baru balik sekolah. Comel je..

Kerbau tidur

Kawasan sekolah di Basavan Kudachi

Ada encik kera di atas sana

Agak daif. Membuatkan aku insaf seketika.

Tandas macam kena bom. Kesian kepada murid-murid di sana.

Kawasan laman sekolah. Di sinilah mereka menimba ilmu.

Tulis jangan tak tulis!!!

Terserlah naluri kebapaan Safwan di situ. Hehe..

Jom ambik gambar lagi :)

Kanak-kanak baru habis sekolah

Pantang nampak kamera, budak-budak ni mesti lambai-lambai

Kereta lembu yang tak ada lembu

Pandangan tipikal rumah-rumah di sana

Senyum.. 1,2,3!

Seronok la zaman kanak-kanak kan?

Sempat jugak bergambar dengan mereka. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran mereka untuk mengubah nasib diri sendiri dan keluarga.

Tak banyak dah gambar-gambar di sana, sebab kami agak serius dalam buat kerja. Hehehe.. Ini bukanlah kali terakhir kami ke Basavan Kudachi. Pada tahun akademik yang akan datang, kami akan ke sana lagi, untuk melakukan intervensi (kempen) di sana. Dapat jumpa orang-orang kampung sana lagi. Kempen apa? Bergantung kepada keputusan kajian kami.

Orang kampung sana baik-baik belaka. Kebanyakan daripada mereka memberikan kerjasama yang amat baik. Ada yang siap bagi makanan untuk kami. Ada juga yang kurang memberi kerjasama, namun itu semua tidak menjadi halangan untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi. Secara amnya, hidup mereka amat sederhana, berbeza dengan kawasan bandar Belgaum. Pendapatan bulanan mereka agak sedikit (rata-rata di bawah RM300), namun mereka tetap hidup dengan apa yang ada.

Di sinilah, nilai kerjasama amatlah dituntut, kerana kerja berkumpulan memerlukan kerjasama yang amat padu daripada semua ahli kumpulan. Jika ada salah silap, belajarlah dari sana, kerana pengalaman ini amat berharga. Pengalaman tak dijual di mana-mana kedai, dan tiada nilainya. Alhamdulillah, boleh dikatakan misi kajian di Basavan Kudachi telahpun berjaya! Terima kasih kepada mereka yang membantu terutamanya rakan-rakan dan para pensyarah.

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf atas kelewatan kemas kini. :D

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. pengalaman takde dijual di mana2.. memang bagus dan sangat menginsafkan.. dan dapat membantu dlm kerjaya nnti..

      Padam