29 Apr 2012

Kisah & Lagu #4 : Standing In The Eyes Of The World

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!




Kali ni, segmen Kisah & Lagu menampilkan lagu "Standing In The Eyes Of The World" dendangan ratu rock Malaysia, Ella.




Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Lagu ni banyak kenangan kepada aku. Lagu ni banyak digunakan di kem atau kursus motivasi untuk menaikkan semangat para peserta program. Banyak program yang aku sertai, tapi lagu ni tetap tak bosan. Lagu ini jugak lagu kegemaran rakan karib aku, Khairul Amin. Alhamdulillah, beliau pun sedang meniti perjalanan untuk 'standing in the eyes of the world'. Aku percaya yang dia akan jadi orang yang hebat satu hari nanti.

Untuk pengetahuan korang jugak, lagi ini juga merupakan lagu rasmi untuk Sukan Komanwel 1998, di Kuala Lumpur. Masihkah korang ingat? Masa tu aku kat tadika lagi, umur baru 6 tahun. Sebenarnya lagu ni ada dua versi. Versi Bahasa Melayu dinyanyikan oleh Ella, manakala versi Bahasa Inggeris pula oleh David Gates. Namun, pada pendapat aku, versi Ella lagi best! Mungkin sebab lebih sinonim kepada aku dan kerap didengar, tapi versi Bahasa Inggeris pun boleh tahan. Yang penting, kedua-dua versi membawa misi yang sama - membakar semangat.

Kebetulan pula, minggu ini, kami (pelajar perubatan USM-KLE dan USM tahun pertama) akan menghadapi peperiksaan Selanjar 3. Kalau dulu-dulu, sebelum ke dewan peperiksaan, aku mesti dengar lagu ni kat bilik. Sekarang pun aku masih meneruskan amalan itu. InsyaAllah, dengan semangat, dorongan dan iringan doa, sama-sama kita menempuh peperiksaan kali ini dengan gemilang dan cemerlang.. Doakan kami semua!

Sekian dahulu segmen Kisah & Lagu pada minggu ini. Minggu hadapan, mudah-mudahan dapat aku berkongsi lagi dalam segmen ini.

6 ulasan:

  1. ok lagu 2 blh tahan..hehehe

    BalasPadam
  2. salam, sorry for interupting again. huhu. saya tak jumpa lagi senior pasum yang lain yang ada experience mcm abg. and since, we're on the same boat. huhu. cop, ni about PU-RCSI. recommendation tu abg mnx dri siapa? y dy nak dri lecturer/tutor/school principal. lg stu, tkut x sempat nk hntr borg PU-RCSI ni sebab result x keluar lg ni. due date till 18 may. rse result x kuar lg. nk letak sem 1 punya, mcm cnfirm kne reject je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... recommendation tu mintak dari lecturer PASUM.. macam hari tu, abg mintak dgn Dr. Kamaluddin Rashid.. lecturer Bio tu...

      pasal result pulak, abg suggest macam ni la... better call orang PU-RCSI tu, explain yg result PASUM tak keluar lagi... mungkin boleh mintak tangguh atau mintak boleh kemaskini result bila dah keluar... cuba dulu ya...

      Padam
    2. ok. arigato gozaimas. =) saya cuba dulu.

      Padam