2 Sep 2010

Merdeka!




Walaupun macam terlambat sikit nak cakap pasal ni (sibuk enn... ta smpat nak update blog slalu), tapi kesibukan aku tak menghalang aku daripada meluahkan rasa cinta akan tanah tempat tumpah darahku,
MALAYSIA.



Tahun ni, sudah 53 tahun Malaysia bebas daripada belenggu penjajah. Setelah dijajah oleh Portugis pada 1511, dengan usaha tokoh-tokoh kemerdekaan kita, seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock, Tun V. T. Sambanthan, dan ramai lagi... Jasa mereka semua memang tiada nilainya.... Sebagai generasi muda, aku berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang bekerja keras demi memerdekakan tanah air kita yang tercinta ni..

Tak dilupakan, perjuangan tokoh-tokoh di pelbagai negeri pada zaman yang terdahulu seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Rentap, dan ramai lagi untuk membebaskan kita daripada penjajah. Daripada tindakan merekalah, tercetusnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan..

Tema tahun ni, 1Malaysia Menjana Transformasi, pada pendapatku, amatlah bertepatan dan sesuai, kerana kita mesti ingat, perpaduan amat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk ni. Dengan perpaduan, mudah-mudahan, kita dapat menjana aspirasi kerajaan untuk menjana transformasi dalam negara kita yang semakin hebat nampaknya daripada hari ke hari, dengan usaha oleh pucuk pimpinan negara kita.



Kita sebagai generasi pascamerdeka kena la menghargai setiap perjuangan yang mereka lakukan... Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kita patut kukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan, agar kita dapat terus hidup dalam harmoni... Jangan cuba2 utk menyalakan api perkauman tu, sebab isu perkauman sangat sensitif dalam kehidupan masyarakat kita.

Kalau anda sayang negara anda, jangan buat perkara yang boleh mencemarkan imej negara anda. Contohnya, janganlah mengutuk negara sendiri di luar negara, cakap benda2 negatif pasal negara ni.... Sepatutnya, kita janganlah bukak pekung negara kita, supaya negara lain (terutamanya negara musuh) tak tahu kelemahan kita.. Jangan sampai satu ketika, kita jadi lemah gara-gara perkara macam ni.

Alhamdulillah, wa syukrulillah. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Malaysia, negara yang aman damai, dan rakyatnya hidup dalam rukun dan damai. Sedang aku mengecapi keamanan di sini, aku terbayangkan nasib saudara seagama kita di Palestin, selatan Thailand, selatan Filipina, Iraq, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Nasib mereka jauh bezanya dengan kita. Kehidupan mereka tidak sepi daripada kekacauan, dan takde sape nak dengar keluhan dan nak tolong mereka. Malangnya, ada jugak dalam kalangan kita yang tak reti nak bersyukur.

Akhir kalam, aku bangga jadi anak Malaysia! Semoga kemerdekaan ini akan terus berkekalan. Mudah-mudahan, dengan izin Allah. Semoga dipanjangkan umur kita untuk menyambut kemerdekaan Malysia ke-54 tahun depan. InsyaAllah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan