Kisah ini berlaku di sebuah kolej di utara Semenanjung Malaysia.. Bila? Di mana? Biarlah rahsia... Citer ni tentang seorang pemuda / jejaka / lelaki yang bernama Imran (bukan nama sebenar) yang menuntut di kolej berkenaan (kita panggil kolej X je la ek...)... Dia ni selalu dipandang sebelah mata oleh rakan-rakannya yang lain.
"Kau ni annoying laaa!!"
"Pergi jauh2 arrr..... Ko menyibuk apehal?"
"Diam ah ko...."
"Kau ni buat menyemak je ah.... Aku segan ade kawan macam ko..."
"Ape yang ko ada yang boleh ko nak banggakan sangat? Ko ingat ko tu hebat ke?"
Tu la antara tohmahan dan cacian yang dilemparkan terhadap Imran. Namun, Imran tetap meneruskan kehidupannya dengan tabah.. Beliau dikurniakan hati yang kuat untuk menepis segala kata-kata yang tajam akibat pisau itu.
Namun begitu, bukanlah selalu beliau dipinggirkan. Oleh kerana beliau dikurniakan kepintaran yang lebih daripada apa yang dimiliki oleh rakan-rakannya, beliau sering menjadi sumber rujukan dan tempat bertanya oleh rakannya. Setiap kali ujian bulanan, pastinya beliau akan mendapat keputusan yang membanggakan, tatkala rakan-rakan yang lain mencatat keputusan yang membimbangkan.
Kehidupannya dipenuhi dengan 'kegelapan'.... Bapanya sudah meninggal dunia semasa beliau di Tingkatan 2. Ibunya pula menghidap leukimia. Beliau adalah anak sulung dalam keluarganya. Keadaan beliau diburukkan lagi dengan dirinya yang dikutuk dan dicaci walaupun telah banyak membantu rakan-rakannya.. Dalam hati ini selalu tertanya-tanya... KENAPA KITA MESTI BERSIKAP PREJUDIS TERHADAP INSAN SEPERTI IMRAN? APAKAH DOSA IMRAN KEPADA KITA?
Pada suatu hari, ada seorang rakannya (yang bernama Faizal) terpandang yang Imran muntah darah di dalam bilik air. Faizal bertanya kepada Imran, "Ko tak sihat ke ape nih?" Imran memberi respon dengan muka yang pucat lesi, mengatakan bahawa beliau baik-baik sahaja. Faizal dengan berlagak sombongnya, terus pergi meninggalkan Imran keseorangan dalam bilik air itu.
Bulan puasa nampaknya berjaya merubah mentaliti sebahagian besar rakan-rakan Imran yang dahulunya pernah menghina Imran, mungkin kerana mereka terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah yang begitu menusuk kalbu, tentang hubungan sesama manusia, yang dijalankan pada hari ke-10 umat Islam berpuasa. Mereka mula untuk mengenali Imran dengan lebih rapat lagi. Alhamdulillah.
Pejam celik, da tiba masanya untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Belum sempat untuk rakan-rakannya bersalam-salaman dengan Imran, Imran telah tiada di Kolej X. Wujudnya satu persoalan besar dalam fikiran mereka. Ke manakah Imran menghilang? Kenapa cepat sangat dia balik kampung?
SMS yang dihantar oleh rakan-rakannya juga tiada balasan. Keadaan ini membuatkan mereka berasa lebih bimbang. Mereka berharap yang Imran baik-baik je.
Tibalah hari kemenangan untuk umat Islam, namun hari kemenangan itu tak sempat disambut oleh Imran. Beliau telah meninggal dunia pada malam raya, disebabkan oleh barah paru-paru yang telah berada pada tahap terakhir. Namun demikian, rakan-rakannya masih tidak mengetahui perkara ini.
Sehinggalah semua pelajar kembali ke Kolej X, berita berkenaan telah disampaikan oleh pengetua kolej, Encik Bakar (bukan nama sebenar). Lebih memilukan, perkara tersebut diumumkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej X.
"Di sini saya ada berita yang mengejutkan. Harap semua orang dapat menerima dengan hati yang tenang dan terbuka. Baru-baru ini, kita baru sahaja kehilangan seorang pelajar Kolej X yang meninggal dunia pada malam raya akibat barah paru-paru. Pelajar itu adalah Allahyarham Nur Imran bin Lutfi. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."
Kelihatan pada air muka rakan-rakannya, kesedihan dan penyesalan yang ketara. Rata-rata ada yang terkilan kerana mereka hanya mengetahui berita ini pada 8 Syawal, bermakna sudah genap seminggu kematian Imran.
Lemang, ketupat, rendang, lauk-pauk lain dan kuih raya tidak lagi berasa enak setelah mengetahui berita sedih itu. Mood raya semua orang lenyap begitu sahaja, kerana kesedihan menyelubungi Kolej X.
Pada malamnya, satu majlis tahlil dan kutipan derma kilat telah diadakan di sana. Sumbangan yang berjaya dipungut daripada majlis tersebut adalah lebih kurang RM2000. Hasil sumbangan tersebut akan diserahkan kepada ahli keluarganya di kampung.
Keesokan harinya, kaunselor kolej, Puan Azimah (bukan nama sebenar) telah membongkar satu rahsia yang telah lama disimpan oleh Imran. Pendedahan itu adalah permintaan dari Allahyarham sejak dulu lagi. Puan Azimah telah bertindak ibarat seorang ibu buat Imran di kolej tersebut. Pelbagai masalah telah dikongsi bersamanya. Beliau juga merasa kehilangan Imran. Lebih mengejutkan, Imran telah meninggalkan warkah untuk mereka semua.
"Assalamualaikum semua. Aku mungkin ta dapat hidup lebih lama, sebab aku menghidap penyakit barah paru-paru. Sebenarnya dari kecik lagi, tapi aku rahsiakan perkara ni daripada korang. Hari tu doktor cakap, aku ada masa sebulan lagi. Korang boleh ke bayangkan apa yang aku rase skang? Susah utk aku hadapi hari-hari yang mencabar nih. Setiap hari ibarat selangkah menuju kematian.
Tapi aku rasa aku beruntung kot, sebab aku da tau bila aku akan meninggal dan pergi tinggalkan korang. Sempatlah untuk aku menebus dosa-dosa lalu. Aku harap Allah ampunkan dosa aku agar aku dapat hidup tenang je di sana. Bila aku dah takde, doakan aku tenang ek.
Pasal korang kutuk-kutuk aku sebelum nih, aku da lama maafkan. Wlaupun ada kalanya aku terkesan dan menangis lepas kena caci, kena hina, tapi aku da ta ingat tu smua. Janji korang hepi. Aku pun hepi klau korang hepi. Aku juz nak menyuburkan ikatan silaturrahim. Aku lagi suka dikutuk daripada korang ta layan atau ta sdar akan kehadiran aku.
Yang aku sedih ni, kalau aku da takde, sape la nak tanggung family aku nanti. Mak aku sakit. Aku harapan mak aku dan adik-beradik aku. Bila aku da takde? Kesian la mak aku. Ta dapatla mak aku nak tengok aku jadi doktor nanti.
Kalau aku ta smpat na raya ngan korang, aku kat sini menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari korang seandainya ada terkasar bahasa dan terguris hati. Aku pun da maafkan salah silap korang. No hard feeling k?
Oh ya, kepada Puan Azimah, terima kasih sebab sudi dengar masalah saya. Harap saya ta menyusahkan puan la selama ni. Saya da anggap puan macam mak saya sendiri. Saya sayang puan.
Kepada semua, aku harap smoga korang berjaya dalam hidup. Kejar-cita-cita tu. Jangan biar parents korang sedih taw. Hargailah apa yang ada skarang ni, terutamanya rakan-rakan tu. Aku sayang korang semua. Maafkan aku sebab rahsiakan semua ni daripada korang. Jangan sedih-sedih k... Buruk ar kalau nangis!
Akhir kalam, aku mintak untuk undur diri dulu. Good luck utk korang, all da bez! Jasa korang tetap aku kenang sampai bila-bila. Jangan lupa, tingkatkan amal ibadat tu.. Jangan tak ingat Allah, jangan tinggal solat.
Assalamualaikum.
Yang benar,
Nur Imran bin Lutfi"
Ketika membaca warkah tu, berderai air mata Puan Azimah. Mungkin sedih sebab mengenangkan nasib Imran dan keluarganya.
Kepada kawan-kawannya, menyesal dan sedih sampai keluar air mata darah pun tak berguna lagi. Yang pergi takkan kembali. Kita yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan, tanpa mereka yang telah pergi. Apa yang kita boleh buat hanyalah mendoakan kesejahteraan arwah, dan teruskan perjuangannya dengan mengambil semangatnya.
Setelah kumembaca kisah ni, tersentuh tu memang ada la. Aku baru sedar yang aku belum cukup dalam menghargai rakan-rakan aku. Aku juga ingat pada kematian setelah baca kisah ni. Kepada pembaca blog ni, ayuhlah kita menghargai rakan-rakan kita yang masih ada di depan kita. Janganlah kutuk atau caci orang dengan sewenang-wenangnya, kerana menghina ciptaan Allah adalah berdosa. Akhir sekali, ingat-ingatlah pada kematian. Kita tak tahu bila kita akan pergi.
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Rashdan Roslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan