9 Feb 2010

EPISOD 2:SUATU KETIKA

Ni sambungan episod 1.... 11 Februari 2008, aku meninggalkan bumi Kota Bharu yang aku sayangi itu, tempat tumpah darahku. Hidup aku pasti akan berubah selepas ini. Pukul 9.00 pagi, aku meninggalkan rumah aku. Inilah pengorbanan yang aku harus lakukan, demi peluang yang lebih baik. Perjalanan yang panjang perlu kami lalui... Sepanjang perjalanan, aku langsung tidak melelapkan mata. Bermula dari Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Gombak, dan akhirnya Kuala Lumpur, aku terus terjaga untuk menyaksikan keindahan panorama yang indah sepanjang perjalanan kami. Kehijauan ladang kelapa sawit dan hutan hujan tropika yang berdiri teguh di Banjaran Titiwangsa itu begitu mendamaikan, berbeza dengan kehidupan aku di bandar.

Lagipun, bukan selalu aku jalan jauh.. Paling-paling pun kalau balik kampung abah aku kat Pahang... Lagipun aku suka la jugakmengembara. Perjalanan jauh tu mengambil masa selama 8 jam... Pukul 5.00 petang, kami tiba di bandar raya Kuala Lumpur.

Kami menginap di KL International Hotel. Malam tuh keluar makan, ngan pegi Chow Kit. Takde la special sangat pun. Wakaf Che Yeh lagi gempak. Aku teruja untuk menunggu hari esok. Apakah yang akan terjadi esok???

12 Februari 2008 merupakan tarikh yang menyaksikan aku mula-mula memijakkan kaki di ASiS. Dalam pukul 9.30 pagi, aku sampai kat sana. Kami bertolak dari hotel dari pukul 8.00 lagi, tapi nak cari jalan tu susah, sebab kami bukan orang sini.... Susah nak cari jalan kat KL tu... Sejam lebih sesat, last-last jumpa jugak..... Nampak signboard yang kat tepi jalan tu – Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.Ni lah tempatnya, yang aku akan belajar di situ untuk dua tahun berikutnya.ASiS ni terletak di kawasan yang agak berbukit la. Banyak institusi pendidikan kat kawasan sekolah ni, kat Jalan Yaacob Latif tu. Sebenarnya aku dah zoom sekolah tu kat Wikimapia lepas dapat tawaran.

Masuk-masuk je pintu sekolah tu, ada jata Malaysia berputar, siap ada pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records lagi. Tapi tu yang zaman SAS punya. Setibanya aku kat dalam sekolah, pandangan pertama aku, “Gempak kut sekolah ni....” Ada budak Kadet Polis kawal trafik... Susah nak cari parking, last skali jumpa parking kat depan tasik tu... Nasib baik ada.Jalan kaki ke depan Dewan Besar ASiS.. Daftar kat sana, aku diberi kertas berwarna kuning, ada tertera nama aku, nombor daftar, rumah dan dorm, dan kelas. Aku dapat rumah Bendahara, dorm 2A3, kelas 4 Gigih. Aku mendaftar di dalam dewan, di meja 4 Gigih. Lepas daftar kelas, pergi kat Balai Persada Siswa, daftar dorm pulak. Aku dibawa ke dorm aku, sambil aku angkat barang sikit. Agak kekok di sana, almaklumlah pertama kali masuk asrama.

Sambil mak dan kakak aku simpankan barang aku dalam loker, aku dan abah aku terus memunggah barang-barang aku yang banyak tu naik ke atas. Penat tak terkata. Ada senior tawarkan diri untuk angkat sikit barang-barang aku. Memang baguslah sekolah ni. Aku dah lupa sape yang tolong aku, tapi aku berharap yang dia dikurniakan ganjaran pahala yang banyak atas jasanya tu.


Lepas habis je kemas-kemas semua tu, keluarga aku nak balik... Bukan balik ke Kelantan, tapi balik kampung abah aku, kat Pekan, Pahang.... Masa tu dalam pukul 11 lebih... Orang lain siap boleh keluar lagi dengan keluarga, sebab kami free sampai pukul 6.00 petang.... Tapi aku tak dapat peluang tu.... Tak mengapa, tak kisah pun. Aku kena fokus untuk hidup kat ASiS pulak. Maka tibalah detik perpisahan... Tak pe, sebab sebulan camtu je.... Nanti cuti, balik la.... Dengan lambaian aku, keluarga aku pegi meninggalkan aku seorang diri di ASiS KL, bumi yang begitu asing pada aku. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Aku terkesima selepas tu, tak tahu nak buat apa. Perasaan aku bercampur-baur, gembira ada, sedih sikit pun ada, pelik betul... Tapi aku rasa teruja, tu yang bantu aku tabahkan hati untuk berjauhan dengan keluarga. Pendekkan cerita, aku pun tak tahu nak pergi mana, aku pergi la kat tepi dewan tu, yang ada kerusi batu tu.... Aku sempat berkenalan dengan beberapa orang... Yang aku ingat la ni, Atiff, Faizol, Riquan, ramai lagi kot, tak berapa ingat.

Aku ada jugak kawan dari SMKIP kat ASiS – Irwan. Nasib baik jumpa dia masa hari pendaftaran tu. Nak jumpa, susah pada mulanya, sebab sekolah tu besar, luas, lagipun tu suasana baru. Aku cuba kawal diri aku daripada kena kejutan budaya. Kena tukar dialek pertuturan, kena cakap KL la ni... Takpe, takde masalah, sebab dah biasa cakap ngan saudara-saudara kat Pahang tu. Pelajar yang baru daftar kat sana ramai jugak, lebih 200 orang masa tu. Majoritinya dari Lembah Klang.... Ramai juga yang dari Kelantan, Perak, Terengganu, Johor.... Negeri lain ada jugak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Melaka. Negeri Sembilan ada jugak, tapi sorang je – Nesharaj. Keadaan macaam ni la seronok, boleh buat kawan dengan ramai orang dari latar belakang dan asal-usul yang berbeza.

Lepas Zohor, senior-senior semua tak naik dorm lagi, ada kelas prep. Jadi, aku dengan budak-budak Form 4 lain ambil kesempatan untuk berkenalan. Aku dapat 9 orang kawan baru dalam dorm 2A3. Faza, Farid Nazzrin, Aqhari, Hasnor (Rhyno), Khairul (Torch), Shazwan (Boy), Haziq (Tupai), Parthiban ngan Rizwan.


Sempat la borak ngan diorang.... Berkenal-kenalan la dengan diorang... Mereka la yang akan tinggal bersama-sama aku dalam dorm tu, so penting untuk aku kenal diorang. Kongsi-kongsi perasaan sama-sama kami. Ada kawan dari Kelantan jugak dalam dorm.. Cool....

Aku sempat mengelamun kejap. Sejak aku melangkah ke sekolah tu, muncul harapan aku untuk buat yang terbaik. Persoalannya, mampukah aku bersaing dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar lain yang rata-rata hebat belaka? Semua masuk dengan straight A. Sukar untuk aku lihat di tahap mana aku berada ketika itu, kerana aku lihat semua orang hebat belaka. Dah la ramai yang kaya-kaya... Aku tak kaya sangat pun. Perasaan rendah diri menguasai fikiran aku bila tengok rakan-rakan lain. Rasa kecil je diri ni.... Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk menempatkan diri aku di tahap yang baik... Sekurang-kurangnya, menyaingi mereka. Secara jujurnya, aku tidak mengharapkan keajaiban akan berlaku pada aku sepanjang sesi pembelajaran di sana kelak. Yang penting, aku akan berusaha selagi yang termampu agar aku dapat rasa ok di sana. Mudah-mudahan la yer.... Terlalu awal untuk aku katakan masa tu. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.... Aku juga terfikir, macam mana nak rapatkan jurang antara aku dengan budak-budak lain kat sana, yang rata-rata dah biasa dengan hidup di sana. Aku sebolehnya tak nak kelihatan macam janggal kat sana.

Petang, lepas asar, masa untuk bertemu senior di dorm. Tak boleh mengelak lagi. Haha.. Suspen..... Chowak gak nak kenal dengan diorang. Apa yang jadi lepas tu?? Banyak lagi akan terjadi nanti, masa hari-hari awal aku di ASiS, tapi akan aku cerita lagi pada episod 3... Tunggu.........

5 ulasan:

  1. rindu sgt dgn asis lepas baca post ko ni rashdan...berderai air mata ini...

    BalasPadam
  2. teringat kenangan lame..

    4G/08,5D/09,3B5/08-09,#3B2/09,AIC/08-09,
    isk3..

    BalasPadam
  3. ni baru 5% je kot memori kat sana....
    byk lagi yg tak terkira nk citer

    BalasPadam
  4. teringat aku ngan DM,PSS, surau sekolah, waktu prep, ustaz khir , cikgu ghani...rindu diorg sumer...

    BalasPadam