..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Ada apa dengan tarikh 11.12.13? Mungkin ada segelintir dari anda yang melalui sesuatu yang bermakna pada tarikh ini. Mungkin ada yang melangsungkan perkahwinan, mungkin ada yang menyambut ulang tahun kelahiran.
Ada apa dengan tarikh 11.12.13? Susunan angka yang menarik, walaupun tiada apa-apa makna yang istimewa. Namun dalam kehidupan ini, hanya sekali sahaja kita berjumpa dengan setiap tarikh. Kemudian, esoknya, kita tinggalkan hari yang berlalu.
Begitu juga usia kita, karier kita, suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, harta-benda dan segalanya. Semuanya akan kita tinggalkan. Apakah bekalan yang bakal dibawa nanti dari dunia fana ini? Hanya sehelai kain kafan. Yang lain, ditinggalkan. Yang kekal iman dan amal.
Maka, hargai hari ini sebelum hari ini menjadi semalam. Pastinya kita tak akan dapat semula hari-hari yang telah berlalu, namun, yang akan datang, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah beri taufiq untuk kita jadi hambaNya yang soleh dan solehah. Pesanan untuk semua pembaca blog dan diri sendiri juga.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang daripada diri ini. Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. =)
nombor yang sangat cANTIK ^^
BalasPadamnombor hanya sekadar nombor. hari-hari yang berlalu menjadikan kita lebih tua. semakin hampir menuju kepulangan kepada yang Maha Esa =)
PadamBila nok kawin saen ambo ni
BalasPadamkena tunggu ketua 2nd batch usm-kle kawin dulu la. hehe :p
Padam