..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua.. Dah lama tak update blog ni, tapi tak mengapa, sebab aku ada cerita-cerita baru untuk dikongsikan bersama..
20 Januari 2013, alhamdulillah, aku bersama 19 rakan yang lain berjaya dalam pementasan teater yang bertajuk 'Anastasia'. Pementasan teater ini diadakan sebagai penilaian untuk kursus ko-kurikulum yang wajib kami ambil sebagai syarat pengijazahan nanti. Untuk semester 1, memandangkan kesihatan fizikal yang belum memuaskan, terpaksalah aku menyertai kursus Teater Moden ini, mengenepikan kursus Muzik, Fotografi dan Badminton.
Serba sedikit mengenai kisah Anastasia ini:
Pada tahun 1916, Tsar Nicholas II telah menganjurkan majlis tari-menari di Istana Catherine untuk meraikan ulang tahun ke-300 Romanov. Ibunya, Empress Dowager Marie Feodorovna, melawat dari Paris dan memberikan kotak muzik dan kalung yang tertulis dengan perkataan "Together In Paris" sebagai perpisahan hadiah kepada cucu beliau berusia lapan tahun, Grand Duchess Anastasia. Majlis itu tiba-tiba diganggu oleh Grigori Rasputin, seorang ahli sihir yang telah dibuang oleh Tsar kerana dia telah berlaku khianat. Rasputin menjual jiwanya sebagai pertukaran bagi peti mati (reliquary), yang digunakan untuk membuang sumpahan kepada keluarga Romanov dalam dendam, yang mencetuskan revolusi yang memaksa mereka untuk melarikan diri dari istana. Hanya Marie dan Anastasia mampu untuk melarikan diri, terima kasih kepada seorang lelaki muda bernama Dimitri, yang menunjukkan mereka laluan rahsia di dalam bilik Anastasia. Mereka berjaya untuk mencapai sebuah kereta api yang bergerak, tetapi hanya Marie yang berjaya memanjat kapal manakala Anastasia jatuh, dan kepalanya terpukul pada platform.
Sepuluh tahun kemudian, Rusia berada di bawah pemerintahan komunis, dan Marie telah secara terbuka menawarkan 10000000 Rubles kepada sesiapa yang berjaya menjumpai cucu beliau dengan selamat. Dimitri dan sahabatnya Vladimir itu menjumpai seorang wanita yang persis Anastasia dan kemudian dipersembahkan kepada Marie di Paris dan mengaut ganjaran. Sementara itu, Anastasia (kini dikenali sebagai "Anya") meninggalkan rumah anak yatim luar bandar di mana dia membesar setelah hilang ingatan sebelum tinggal di sana. Disertai oleh anjing sesat yang dinamakan "Pooka", dia menolak kerja di kilang ikan demi ke St Petersburg selepas kalung beliau memberi inspirasi kepada beliau untuk mencari keluarga beliau di Paris. Di istana terpencil dia berjumpa Dimitri dan Vladimir, yang kagum dengan persamaan beliau dengan Anastasia yang "sebenar".
Bartok, kelawar albino Rasputin berada berdekatan dan mendapati peti mayat dorman tuannya tiba-tiba hidup semula dek kerana kehadiran Anastasia; menjadikan Rasputin 'limbo', di mana Rasputin bertahan. Marah mendengar bahawa Anastasia terlepas sumpahan, Rasputin menghantar roh-roh jahat dari peti mati untuk membunuh beliau.
Anastasia, Dimitri, dan Vlad akhirnya sampai ke Paris dan pergi untuk menemui Marie, yang enggan untuk melihat beliau, kerana telah tertipu banyak sekali sebelum ini oleh penyamar. Sophie, sepupu Marie, menanyakan banyak soalan kepada Anastasia untuk mengesahkan identiti beliau. Dimitri dan Vladimir telah mengajar ajar Anastasia semua jawapan, tetapi apabila Anastasia dengan sendirinya (walaupun samar-samar) mengimbas kembali bagaimana Dimitri menyelamatkan beliau sepuluh tahun beliau yang lalu, Dimitri dan Vlad akhirnya menyedari bahawa dia adalah Grand Duchess sebenar. Sophie yakin dan seterusnya mengaturkan pertemuan antara Anya dengan Marie. Walau bagaimanapun, Marie tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Dimitri, setelah mendengar mengenai beliau yang mungkin ingin menipu beliau. Terkejut bahawa Dimitri menggunakan Anastasia untuk kepentingan diri sendiri, Anastasia meninggalkan tempat itu dengan marahnya. Dimitri, setelah jatuh cinta dengan Anastasia, berjaya mengubah fikiran Marie ini dengan mempersembahkan kotak muzik Anastasia, yang telah ditemui selepas mereka melarikan diri. Memori Anastasia terhadap Marie akhirnya kembali pada pertemuan itu, dan mereka bersatu semula pada akhirnya.
Keesokan harinya, Marie menawarkan Dimitri wang ganjaran, tetapi beliau enggan dan seterusnya mahu berangkat ke Rusia, dengan perasaaan yakin bahawa dia tidak dapat bersama Anastasia. Malam itu, pada sambutan kepulangan Anastasia, Marie memberitahu beliau isyarat Dimitri dan meninggalkan beliau kepada pemikiran beliau. Anastasia kemudian merayau melalui taman dan ke Pont Alexandre III, di mana dia terperangkap dan diserang oleh Rasputin. Dimitri datang untuk menyelamatkan beliau, tetapi cedera dan tidak sedarkan diri. Anastasia berjaya untuk membunuh Rasputin dengan menghancurkan peti mati (reliquary) di bawah kakinya. Oleh kerana jiwa Rasputin telah terikat kepada peti itu, dia segera mati dan bertukar kepada habuk.
Selepas itu, Dimitri dan Anastasia berdamai, kemudian mereka lari. Anastasia menghantar surat perpisahan untuk Marie dan Sophie, berjanji untuk kembali suatu hari nanti. Filem ini berakhir dengan pasangan itu berkongsi ciuman kerana mereka belayar keluar dari Paris dengan Pooka, manakala Bartok jatuh cinta dengan kelawar betina yang menciumya.
Untuk disesuaikan dengan peruntukan masa selama sejam, beberapa babak yang kurang penting tidak dilakonkan. Alhamdulillah, lakonan kami pada malam itu mendapat maklum balas yang positif daripada penonton. Itulah ganjaran yang kami dapat apabila berlakon dengan sepenuh hati. Penonton puas hati, kami lebih berpuas hati. Timbalan Dekan USM-KLE, Prof KJ turut berbangga dengan kami. Terserlah keceriaan pada air muka beliau.
Selain persembahan teater, rakan-rakan daripada kelab Muzik juga melakukan persembahan pada malam itu. Persembahan mereka amat memukau dan mengagumkan.
Ahli kelab muzik yang berjaya memukau penonton dengan persembahan yang hebat! Tahniah.. |
Penonton juga disajikan dengan persembahan oleh Sufian Yusof dan Deanna Reesha menerusi lagu 'Titanium'. Nampaknya, persembahan daripada mereka tidak pernah menghampakan, malahan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Belum apa-apa, dah ada kejutan.. Dr. Pitake, pensyarah anatomi USM-KLE tampil membuat persembahan. Bukan satu lagu, tapi dua lagu!! Tajuk apa tak tahu lah, tapi boleh tahan jugak lah. Aku tak nampak apa-apa sebab duduk kat backstage, sedia untuk buat persembahan.
Maka, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Setelah dihebahkan di serata kampus, hostel dan juga promosi di Facebook, akhirnya, bermulalah persembahan teater 'Anastasia' oleh 20 pelajar USM-KLE!! Semua orang mengharapkan lebih dari kami, jadi kami takkan mensia-siakan harapan anda semua.. =)
Setelah sejam, akhirnya tamatlah persembahan daripada kami. Kalau nak tahu, aku pun ada buat kejutan tersendiri. Dalam pementasan itu, aku berlakon tanpa tongkat. Kali pertama sebenarnya aku muncul di khalayak tanpa tongkat. Reaksi mereka? Mestilah terkejut.. Untuk pengetahuan semua, aku tak makan pain killer. Masa tu, keadaan dah mengizinkan untuk aku lepaskan tongkat itu buat seketika. Sebaliknya, tongkat aku tu pulak jadi 'props' untuk nenek kebayan.
Inilah kami :) |
Alhamdulillah, dengan jayanya, kami berjaya menghiburkan para penonton sekaligus melengkapkan kursus Teater Moden ini. Pelbagai kenangan manis tercipta sepanjang latihan, raptai dan persembahan. Segala perit jerih, penat lelah tidak terasa apabila selesai persembahan itu. Rata-rata penonton memberikan maklum balas yang positif!
Sebenarnya, bukan senang untuk mengecapi kejayaan tersebut. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Antaranya, pengorbanan masa. Komitmen 100% perlu diberikan demi mendapat kualiti persembahan yang baik. Kalau tak cukup latihan kan susah pulak, terlupa skrip dan sebagainya. Pengorbanan tenaga juga diperlukan. Berlatih agak lama dan memenatkan, dan tak cukup dengan berlakon sahaja, kami juga harus menyiapkan 'props' yang bakal digunakan dalam pementasan kami. Tak pasal-pasal, kelas teater bertukar jadi kelas Kemahiran Hidup, bertukang bagai.. Namun, atas kerjasama semua orang, alhamdulillah, semua 'props' dapat disiapkan. Rasa kesal pula sebab tak mampu nak tolong buat 'props' yang besar dek kerana kekangan fizikal. Namun, aku cuba sedaya yang mampu dengan menyiapkan 'props' yang kecil, tapi rasa kesian pulak kat kawan-kawan lain yang bertungkus-lumus. Harap korang memahami =)
Nak upload video, tak dapat la pulak, sebab saiz agak besar. Tapi takpe, aku ada letak beberapa screenshot kat bawah ni, boleh la tengok sikit. Baik ada daripada takde ye dak? :D
Music box masa intro.. |
Rasputin serang keluarga diraja |
Waktu Anastasia terpisah daripada nenek beliau |
Bukan berlakon sahaja, tapi elemen tarian juga diselitkan. Barulah teater namanya! |
Penat taw berdiri kat situ.. Dekat 10 minit jugak.. |
Bahagian paling best dan meruntun jiwa. Hehe.. |
Meskipun hanya 3 orang lelaki dalam pementasan itu, namun itu tidak menjadi halangan kepada kami untuk memberikan yang terbaik. Semoga rakan-rakan yang bakal melakukan pementasan teater di Semester 2 akan memberikan persembahan yang sama hebat atau yang lebih baik supaya dapat membuktikan kepada orang ramai bahawasanya pelajar medik bukan tahu belajar sahaja, tapi seimbang antara akademik dan ko-kurikulum.
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pementasan kali ini.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Alhamdulillah, dah habis!!! :D |
Pilih-pilih yang mana paling ganteng. Hahaha.. |
Ada lagi :D |
Rasputin posing maut. Hehe.. |
Sekian sahaja entri mengenai pementasan teater tempoh hari. Terima kasih kerana membaca =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan