16 Sep 2012

Perjalananku di Fasa 2

Assalamualaikum, salam sejahtera 1 Dunia!

Alhamdulillah, setelah berjaya lulus Fasa 1 Doktor Perubatan di USM-KLE, tiba pula masanya untuk melangkah ke peringkat seterusnya, iaitu Fasa 2. Secara ringkasnya, Fasa 2 ni merangkumi Tahun 2 dan Tahun 3.



Walaupun takde exam besar tahun ni, Tahun 2 ni bukanlah tahun 'honeymoon'.. Tetap kena berikan yang terbaik untuk Selanjar 1 dan Selanjar 2 (Continuous Assessment 1 & 2) nanti. Bukan mudah untuk lulus, berdasarkan pengalaman yang senior aku ceritakan. Namun, jangan mengalah dulu sebelum berjuang, lemah semangat, nanti mudah putus asa.

Kalendar akademik untuk kami, pelajar Fasa 2:

[klik untuk imej yang lebih besaaaaaar punye]



Seperti yang sudah diketahui, aku bakal memulakan perjalanan Fasa 2 ni di Malaysia. Bukan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (Kampus Kesihatan), Kubang Kerian, Kelantan (PPSP, USM KK).. Tapi, di mana.. di rumah! Sebab apa? Atas nasihat doktor untuk elakkan proses penyembuhan paha aku ni jadi lebih lama. Kemungkinan besar, aku hanya akan pulang ke Belgaum pada 4 November 2012. Namun, masih tertakluk kepada tahap kesihatan aku pada masa yang akan datang.

Mungkin dugaan daripada Allah S.W.T. untuk menguji tahap kesabaran aku, namun sebenarnya aku nak sangat pulang ke Belgaum. Cuma kesihatan yang membataskan. Bila dengar kawan-kawan dah start pergi kelas Problem-Based Learning (PBL), aku agak cemburu di situ. Walaupun bunyi sedikit poyo, tapi itulah hakikat. Mungkin dah bosan duduk kat rumah kot. Tak keluar rumah pun.. Tapi jangan risau, aku tetap belajar, guna nota kuliah.

InsyaAllah, aku hanya akan tertinggal 2 blok sahaja, iaitu Foundation Block dan Respiratory Block. Jika diizinkan oleh Allah S.W.T., aku akan kembali berjuang semula bersama rakan-rakanku di USM-KLE mulai Cardiovascular Block hingga ke penghujungnya, insyaAllah. Aku akan cuba sedaya upaya untuk cover sendiri nota-nota tu, sebelum aku refer kepada para pensyarah dan kawan-kawan bila aku dah balik nanti.

Setakat ni dahulu bebelan pendek daripada aku, terima kasih sebab membaca..

nota kaki : doakan aku cepat sembuh!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan