26 Jun 2011

EPISOD 3 : Penang + KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Tamat sudah riwayat aku di Penang, menuju ke kawasan Lembah Klang pulak. Ada la beberapa gambar ni yang aku ambik sepanjang perjalanan...


Taiping? Bulan depan kot.. Walaupun dapat undi paling rendah masa aku bukak undian hari tu, tapi tak salah kan kalau aku bagi imuniti? Nak panjat Bukit Larut.


Kota Bharu? Haha.. Lek luhhhh... Aku nak pegi KL nih. Biasanya kalau aku dari Kelantan nak ke Ipoh, masuk atau keluar highway kat sini.


Maka, setelah menempuh perjalanan selama 4 jam setengah dengan sekali je berhenti rehat kat Hentian Sebelah Gua Tempurung, maka tibalah aku kat Klang Sentral. Lama tak pijak tanah Klang ni, last sekali masa 5 tahun lepas, singgah rumah sepupu aku.. Tapi sekarang diorang dah pindah Kelantan dah...


Dipendekkan cerita, aku nak ke Banting.. Tapi tak tahu pulak yang mana ada bas direct dari Klang Sentral sampai ke Banting.. Jadi, aku pun tanya orang la, camne nak pegi Banting... Ohhh.. Rupanya kena pegi bandar Klang dulu, pastu dari sana baru ada bas direct ke Banting... Lepas aku berhempas-pulas dengan sendirian, barulah aku berjaya naik bas ke Banting... Aku ade bran kan? Rilek je, jangan gelabah, baru tak cuak, tak cemas.


Sejam lebih kurang, naik bas dari Klang, akhirnya sampai jugak kat Banting. Alhamdulillah.. Ni first time aku sampai situ. Sape jemput aku kat sana? Beliau adalah Mahmud bin Khairudin, rakan aku di ASiS dan PASUM.


Mahmud masa tingkatan 5. Haha.. Giler tak matang time ni.


Tak sangka langsung boleh sampai Banting, agak bangga jugakla sebab dengan usaha sendiri. Kalau aku penakut, mesti kat Klang lagi aku suruh dia ambik. Rasanya tak perlu la aku cerita banyak-banyak pasal kehidupan aku kat rumah dia, sebab dia tak bagi aku cerita banyak. Beliau segan. Haha..


Maka aku pun diperkenalkan dengan pekan Banting.. Boleh tahan jugak.. Takde la teruk sangat. Lengkap je semua.. Cuma aku suka jambatan nak ke Banting tu la.. Tinggi woo.. Hehe.. Petang tu takde pegi mane, berehat je sampai malam...


Esok pagi, baru ke KL... Aku pergi Mid Valley, ingin bertemu Cik Puan Amirah Mia.. Heheh... Makan bersama, kemudian pegi UM, jumpa Encik Sufi a.k.a. Jen yang ada latihan ragbi kat UM..


Tangan kena sos ye kak?? Haha...


Singgah KK12 untuk berjumpa beliau.. Jen stay kat KK5...


Haa.. Tokojut ekau kitorang bolanjo Burger King.. Haha.. Wakil UM untuk MASUM tu!! Dah turun 9kg katenye.

Lepas tu, balik rumah Mahmud, tido la, penat... Malam tu, parents dia belanja makan makanan seafood. Makan sampai perut sendat, timbang lepas tu, 90kg! Haha.. Tak pernah sampai seberat ni. Habis la aku, nanti balik rumah kena kerja keras...


Sebelum balik rumah, parents dia belanja kerepek, agak banyak la... Beli kerepek yang tempat Datuk Sosilawati Lawiya singgah sebelum beliau dibunuh dengan sadis. Erkkkk!


Esoknya, pagi-pagi aku dihantar ke Kajang, naik bas kat sana, pukul 9.00 pagi... Jadi, aku pulanglah dengan 1001 memori yang dikaut dari Penang dan Lembah Klang.. Bukan mudah untuk aku mengembara secara solo selama 5 hari.. Aku pergi banyak tempat yang aku tak pernah sampai.. Bertambah aku yakin untuk mengembara lagi lepas ni. Nak bermusafir melihat kebesaran Allah, sambil melepaskan rindu kepada kawan-kawan. Awek belum ada, ok?


Mahu pergi mana? Target aku, bulan 7:


1. Ipoh
2. KL
3. Seremban


Itu sahaja. Sekian sahaja laporan pengembaraan aku. Harap-harap plan aku - Kembara Episod II akan berjaya macam Kembara Episod I ni. Semoga Allah meredhai perjalanan aku..



Pengembara sambilan,
Rashdan Roslan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan