23 Jun 2011

EPISOD 2 : Penang + KL

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Laporan hari kedua dan ketiga pula menyusul ni.. Sebenarnya, hari kedua ngan hari ketiga kat Penang... Yang KL punye, esok yer..


Maka, bangun tidur tu, aku pun dibelanja nasi kandar dan milo ais di kedai Nasi Kandar Kg. Melayu, tak jauh dari rumah Aris kat Air Hitam... Sedap, memang jauh beza rasa nasi kandar kat Penang ni kalau nak banding dengan kat luar Penang..


Rasa kari dia memang best! Terbaek dari Kg. Melayu..

Dah kenyang tu, pergi la melancong meronda satu pulau tu...


Trip aku keliling pulau yang warna biru muda tu..


Mula dengan Bukit Bendera... Lama dah aku teringin nak sampai sini.. Dulu masa pegi Penang, seingat aku, aku sempat singgah kat KOMTAR ngan Pasar Chowrasta je.. Huhu...


Bukit Bendera.... akhirnya sampai jugak kat sini.

Tiket naik tren la...

Tren versi terkini....

Pemandangan dalam tren...

Ada orang stay jugak ya kat atas bukit ni..


Akhirnya sampai jugak kat puncak Bukit Bendera....


Rel tren dari atas...

Mana bendera nye??

Penang, pemandangan dari puncak bukit..

Aris mesej ngan awek.. Heheh..

Gayat tu sebenarnya.. Haha..

Masjid Bukit Bendera...

Ada kuil jugak...


Kat atas tu, pemandangan memang cantik giler, indahnya ciptaan Allah... Subhanallah... Kat atas tu rasa sejuk kalau dibandingkan dengan kat bawah, biasalah, kawasan bukit, banyak pokok... Ok la.. Nak turun dah...


Babai Bukit Bendera...

Tempat kawalan kat dalam tren ni...

Whoa! Terowong..

Dah sampai bawah...

Lepas tu, dibawak pula aku ni ke Botanical Garden (yang kena jangkitan kuman kencing tikus tu).. Tengok dari luar je la... Tak minat la bunga2 nih.. Huhu...


Tak masuk dalam pun..

Lepas tu, ke Gurney Drive. Gelak pulak si Aris, bila aku translate bende tu jadi 'Pemanduan Gurney'. Haha.. Sebenarnya, nama sebenar dalam BM adalah.....


Hahaha.. Memandai je aku taruk nama..


Kat bulatan kat Gurney Drive..


Selingan: 
Handphone Aris canggih pulak, ada GPS.. Nak cari stesen minyak pun pakai GPS tau. Haha.. Masa tu tengah cuak sebab minyak motor dah nak habis....


Lepas tu, barulah bermula pengembaraan sebenar, keliling satu pulau.... Menuju ke Tanjung Bungah dulu... Buat ape kat sana? Singgah 7-Eleven, minum air, dahaga la pulak... Huhu... Lepas tu, terus ke Batu Ferringhi la... Ok fine, jalan dah mula berbukit... Naik motor pulak tu...


Batu Ferringhi... Tengok dari atas sahaja...


Tahu-tahu je, dah sampai Teluk Bahang... Waktu Zohor dah masuk, terus solat Zohor kat Masjid Jamek Teluk Bahang...  Pastu, sambung la perjalanan... Lalu pulak kat Empangan Telok Bahang.. First impression, WOW! Cool jugak empangan ni.. Hehe.. Tak sama la macam Empangan Kenyir.. Huhu..


Empangan Teluk Bahang..

Lepas tu, jalan memang macam haram la... Berbukit-bukit, jalan berliku tajam, mcm ular kena palu je.. Aduhai... Pening kepala aku seketika.. Tapi, I tell you, pemandangan memang superb la.. Indahnya ciptaan Allah S.W.T... Kat tepi jalan tu, banyak pokok durian.. Masa tu memang tengah musim durian kat sana... Tak dapat makan, hidu pun jadi la.. Hehe...


Saujana mata memandang... Subhanallah...


Sampailah pulak kat Balik Pulau... Kat sebelah barat pulau tu... Ape je yang ada ek? Lupa.. Tapi aku ingat satu benda la, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya... Hehe... Aku kalau balai-balai polis ni memang sensitip, sebab aku membesar dalam organisasi polis...


Ok fine, jalan sekali lagi macam haram.. Haha.. Tapi tak macam yang lepas empangan tadi la.. Dah lepas pening-pening tu, sampai la pulak kat Teluk Kumbar.. Tempat asal penyanyi pujaanku, Mila AF5!! :D
Mana la si Mila ni.. Huhu.. T**k lalat dia yang mahal tau. Haha...


Ingatkan si Aris nak bawak aku terus pegi Bayan Lepas, tapi belok pegi Batu Maung pulak, kampung dia kat situ... Airport berdekatan je, tengok je.. Eh eh, kita dah sampai Bayan Lepas.. Haha.. Terus ke Queensbay la.. Masuk dalam tu, kira ok jugak la pada pandangan mata kasar.. Bukan lepak pun kat situ, jalan-jalan masuk dalam je, usha-usha.. At least, ade footprint aku kt situ.. Haha..


Bulatan kat Queensbay..


Rashdan was here!!


Lepas tu, terus ke Pasar Chowrasta, kakak aku mengidam jeruk pulak.. Haha.. Aku beli jeruk buah mangga 1kg, ngan jeruk buah salak 1kg jugak... Spend 20 hengget je.... Lama aku tak sampai kat pasar tu.. Masa dulu, kecik je aku.. Hihi...


Kedai jual jeruk dan macam-macam lagi..


Lepas tu, pergi kat Penang Times Square, tunggu seorang mamat yang bernama Sunil ni untuk menghantar raket tenis yang dibeli oleh seorang insan yang mendapat 10A+ masa SPM, iaitu Irsyad Noor Abadi.. Sebenarnya, kakak dia yang beli.. Aku diambil kesempatan la ni, sebab aku alang-alang kat Penang kan, nanti nak turun KL.. Takpe la, tolong member.. Tak susah pun nak bawak raket tu.. 


Classmate gua ni dulu kat ASiS! Leher dia pelik sikit.. Haha.. Lek lek lek!


Lepas tu, pulangla ke rumah Aris... Malam tu tengok movie... Imbau kenangan PASUM kot.. Hehe.. Tengok filem Kongsi... Aku tertido masa akhir-akhir tu. Adoi...


Esok pagi, pukul 8.30 pagi, aku chow dari rumah Aris.. Touching pulak... Haha.. Duduk rumah dia macam rasa duduk rumah sendiri... Parents dia baik.. Pandai layan tetamu... Alhamdulillah, dapat layanan yang bagus sekali... Kesian Aris, jauh-jauh hantar aku pegi stesen bas... Sebak sikit ada la jugak.. Terharu kowt! Aris, aku janji, kalau kau datang Kelantan, aku balas balik dengan lebih baik, okay!


Aris menunggu dengan penuh sabar...

Selamat jalan Penang! InsyaAllah kalau ada rezeki, aku datang lagi...


Tamat la sudah riwayat aku di Penang... Bas yang aku naik tu berhenti kat Klang, dan aku akan menuju ke Banting... Episod 3 pulak, yang pasal kat Lembah Klang kayh!

Musafir sekali-sekala,
Rashdan Roslan

4 ulasan:

  1. murshid:
    harr...... baru tau jalan kt balik pulau...

    BalasPadam
  2. hahaha... dah tau dah... pusing kepala gua... adoiii...

    BalasPadam
  3. xyah lee nak letak gamba aku kalo ye pun. ishhh. dah la byk advertisement kat blog ko woi!

    BalasPadam
  4. orang hebat asis.. memang kau hebat.. haha.. suke ati aku la blog aku... haha.... ad byk tu sbb aku nak cari punca pendapatan sket... aku tak kaya cam kau... hihi... lek lek lek!

    BalasPadam