15 Feb 2011

Kali Pertama di Genting Highlands!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


Pada hari Sabtu lepas (12/02/11), sudah genap 3 tahun sejak aku mendaftar di ASiS dahulu. Eh eh, lari topik pulak. Tarikh itu adalah tarikh yang bersejarah untuk aku, kerana itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di Genting Highlands sepanjang 19 tahun aku hidup di dunia ini.


Aku ke sana bersama rakan-rakan kumpulan tutorial R2 (bukan R2 yang dalam Raja Lawak 5 tu ya..). Dengan kekuatan seramai 14 orang, (7 lelaki dan 7 wanita), kami bertolak dari stesen LRT Universiti pada jam 8.35 pagi, dan tiba di stesen LRT Terminal Putra, Gombak pada pukul 9.15 pagi. Naik bas pula dalam pukul 9.30 pagi dari sana.


Lepas tu, dalam masa 40 minit kot, dah tak ingat, sampai di Genting Skyway Complex kat Gohtong Jaya.


Salah eja 'komplek' tu!!

Lepas tu, apa lagi, naik la cable car tu, atau nama lagi hensem @ smartnya, gondola. Excited tahap gaban woo!


kerek giler dak neh!

we're off!

ni lah pemandangan atas bukit dekat mula-mula naik gondola ni

Pengakuan : Mula-mula gayat sikit, tapi lama-lama takde dah. Nasib baik ada Izzat Zainal, sebab dia dah biasa. Seram gak, kadang-kadang, ada keluar bunyi kot kat atas tu. Hahaha... Panjang trek ni, setelah diGoogle, rupanya 3.4km dan juga terpantas di dunia bagi sistem kereta kabel mono dengan keupayaan bergerak dalam kelajuan 6 meter sesaat.


Dah berada dalam cable car ni, tengok kiri kanan, subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Hutan hijau yang sangat tebal (sebab tu lah masa yang helikpoter Nuri terhempas, susah nak cari). Tenang mata aku melihatnya. Indah dan mempesonakan.

Indahnya ciptaan Allah



Lepas tu, tibalah kami ke Genting Highlands! Alhamdulillah, sampai juga aku kat sana, lepas 3 tahun mengidam. Semua ni salah ASiS! Kalau bukan sebab aku dapat belajar kat ASiS, mungkin aku tak mengidam sangat kot. Lagipun, kat dorm dulu, boleh nampak Genting Highlands. Tu yang teringin sangat tu.


First World Hotel - hotel paling banyak bilik di dunia

Lepas tu. terus pergi kat kawasan outdoor theme park. Apa lagi, main lah! Mula-mula, kitorang main 'Spaceshot' dulu... Seram ooo game nih!

Tinggi dia 185 kaki, kelajuan 67km/h.. Seram!


Setup dulu.. Jangan bimbang, tak tanggalnya.. Huhu...

Wajah-wajah cuak kelihatan.. Paling kiri yang belah depan tu Izzat Zainal.. Hehehe...

Memang seram semacam je benda alah ni. Masa nak naik tu kira ok lagi. Bila dah jatuh tu, ya Allah.. Rasa nak tercabut segala organ dalaman ni. Jerit tu memang la. Aku pun tak tahu, aku menjerit keseronokan atau kecuakan. Punggung pulak rasa macam tak jejak kat kerusi tu. Sesiapa yang ada sakit jantung disarankan supaya jangan naik benda ni.



Lepas dah tenang segala kecuakan tu, bergambarlah kami berlatarkan Hotel First World...

Missing in action : Izzat Zainal n Megat Helmi

Tuan empunya blog pun nak jugak!!

Lepas tu, main roller coaster. Gambarnya takde la pulak, tapi sangat exciting, sebab rasa ringan sangat (walaupun pada hakikatnya, aku berat jugak.. Huhu...). Ni ada video yang aku jumpa...



Then, main go-kart.. Impian yang lama terperap terpendam akhirnya terlaksana. Walaupun lama menunggu, tapi tak mengapa, asalkan dapat main go-kart. Lepas hampir sejam beratur, akhirnya dapatlah main go-kart. Masa diberi 5 minit je.. Walaupun first time, tapi aku dapatlah potong ramai orang, sampai masa habis, aku duk depan sekali! Bangga bangga... :)

Sendiri ambik gambar daa dalam kereta go-kart lepas habis race...

Masa tengah main go-kart, kabus tebal pun datang. Hooray! Dapat rasa suasana Genting Highlands yang sebenar.



Lepas tu, main kerusi berpusing pulak... Nama dia, tak pasti lah, tapi yang ni, tak takut mana pun. Just rasa melayang je.. Budak-budak pun boleh naik..

Tu, yang kat belakang tu.. Jangan tengok kat aku pulak.. Huhu...

Main, main jugak.. Solat jangan lupa..


Tapi yang dukacitanya, surau kecik sangat lah!


Lepas solat, makan ringan-ringan lah. Mahal pun tibai je lah. Perut sudah lapar. Tiba-tiba, hujan pulak, tapi masih sempat ambik gambar.. Memang giler gambar lah kanak-kanak R2...

'Cikgu' Ilan perasan tomei!! :P

Kekejaman melanda mereka yang tak tahan kepada putaran, kerana kami main cawan berputar!


Kita lihat siapa yang kena!!!!!!

'Cikgu' Ilan:

Dizzy face!

Pakya Hussin turut menjadi mangsa kekejaman kerusi berputar!

Kesian noh!!

Lepas tu, nak main bumper boat pulak. Ni part sedih pulak. Aku terlebih berat!!! Maksimum berat dia 75kg, tapi aku, 82kg! Aduhhh... Takpe, aku tidak keseorangan, Izzat 77kg! Hahaha... Bebudak ni bersimpati, so tak jadi main benda tu.. Main boat biasa je, kena kayuh pakai kaki...

First time ni pakai jaket keselamatan....

Looking good kan? Hahaha.. Thanx Megat Helmi sebab ambik gambar ni...

'Cikgu' Ilan tomei dan ANAK muridnya...

Masa untuk berangan pulak! Rasa macam nak pergi London pulak...

Bukan London lah!

Ni pun bukan.... Ish ish ish.. Anak sapa la ni...

Masuk pulak kat Genting mines.. Lebih kurang roller coaster tadi, tapi yang ni kurang takut sikit, namun cuak sebab pergerakan di dalam gua, jadi tak dapat jangka pergerakan kita. Sekejap je, tak puas..


Inilah rupanya coaster kita...

Ni part yang bengang!!! Aku spend 8 hengget semata-mata nak main game sangkut itik yang puaka nih!!

Kurang asam boi punya itik!!!

Dua kali cuba, dua kali dapat '0'.. sekali cuba kena beli 2 token (1 token = RM2).. Sakit hati laaaa! Niat baik, nak bagi kat kakak, tapi tak dapat.. Huhu....


Part berangan lagi, kali ni macam kat oversea pulak... Tak dapat further study kat luar negara pun takpe la.. Ada jugak gambar yang seakan-akan ni.. Hehe..

Takde la sejuk mana pun sebenarnya...

Dalam pukul 5.30 petang, terpaksalah tamatkan kegembiraan kawe di Genting Highlands. Takpe, aku dah puas hati kerana dapat jejak tanah Genting Highlands, di saat ramai orang tak berkesempatan.


Rushing tahap gaban, sebab masa dah suntuk, nak berebut naik cable car lagi. Bas pukul 7 petang.. Aiyoo... Alhamdulillah, sempat naik bas pada waktunya... Lepas tu, memandangkan perut dah lapar, singgah KLCC kejap, makan!


Dalam lebih kurang pukul 11 malam, sampai kat bilik.. Penat sangat, sampai tertido depan laptop.


Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana tiada kecelakaan atau kesulitan yang berlaku sepanjang trip kami ke sana. Terima kasih juga diucapkan kepada my parents yang sudi berkorban wang demi menggembirakan anaknya ini, kerana mereka tiada kesempatan untuk membawa aku ke sana. InsyaAllah, bila dah ada duit sendiri, aklu akan pergi lagi ke sana. Tak bosan woo!

Rashdan Roslan

14 Feb 2011

Hati Terluka

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia..

Kali ini, kawe ingin berkongsi tentang kedukaan yang melanda kawe semalam. Kelukaan hati kawe dah sampai ke kemuncak, apabila satu insiden yang telah membuktikan bahawa kawe bukan lagi keutamaan kepada beliau - seorang rakan wanita, X (bukan nama sebenar). X telah mempost suatu bentuk doa kepada profile Facebook ramai rakannya, tapi kepada diriku, tiada.

Lalu, kawe pun post status yang berbunyi seperti ini :

takpe la... aku bukan salah 1 shbt yg kau sayang dengan niat yg baik.. aku dilupakan kan sekarang... sampai hati.. kita pernah rapat dulu, tapi nak buat macam mana, aku seorang yg selalu dilupakan...

Ramai juga yang terasa rupanya, namun, hanya kepada seorang sahaja status itu ditujukan. Kepada yang terasa itu, maaf banyak-banyak. Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya.

Kawe dah lama terasa hati terhadap X, kerana kami ternyata sudah tidak serapat dulu. Mungkin ada rakan-rakan yang perasan akan kejadian ini, namun kawe tetap menyembunyikan hakikat ini.

Semalam adalah kemuncak kekecewaan kawe kepada X. Dia dah terasa, jadi dia hantar mesej, suruh bukak chat kat Skype. Jadi, kawe bukakla..

Inilah kandungan chat kami. Yang tak sesuai telah dibuang ek. Kepada X, harap demo faham tujuan kawe berkongsi isi kandungan chat kita. Untuk memberi kesedaran kepada mereka di luar sana, jangan ulang kesilapan ini. Sekiranya tak dapat terima, sila mesej kawe, kawe akan buang bahagian ini.

X:aku nak minta maaf dulu dgn kau.
Rashdan: knape?
Rashdan: ??
X: aku ase aku dah buat salah pd kau
X: kita dah tak macam dulu
Rashdan: salah??
Rashdan: ohh
Rashdan: ko baca status aku yeh
X: sbnrnya
X: BUKAN SALAh kau
X: aah
Rashdan: ohh
X: aku terasa dgn Y (bukan nama sebenar)
Rashdan: okay
Rashdan: thats fine
X: scra tak lgsung buat aku anti dgn asis
Rashdan: y?
Rashdan: tak faham..
X: erk
X: entah tetibe aku terasa dgn dia
X: dan buat aku nak jauhkan diri dgn semua bdk asis
X: aku tak
X: tau knp
Rashdan: n, y should be me?
Rashdan: did i do anything to u?
X: tak
X: bnyk yg jadi mgsa dlm hal ni
X: aku ignore semua org
Rashdan: this is the risk that i must hold
Rashdan: to be an asisian
Rashdan: i'm not like them lah
X: aku tau aku tak baik buat mcm ni
Rashdan: once again
Rashdan: i'm not like that
X: tp nak buat mcm mana
X: ye, aku tahu
X: tp nila setitik rosak susu sebelanga
X: aku sedih ar,
X: mcm aku ni jd kawan bila dia rasa nak kawan
X: bila tak,
X: tak la
X: mcm bus stop
Rashdan:: knape aku yg jd kambing itam kt sini
X: tmpat berteduh dr hujan dan panas
X: bukan kau sorg
X: W (bukan nama sebenar)
X: aku minta maaf bnyk2 rashdan
X: aku tau, susah nak lupakan
X: tapi aku harap kau faham
Rashdan: n aku rasa terhina
Rashdan: btol2 trhina
X: oh tidak
X: jgn
Rashdan: sgt hina kerana menjadi produk asis
X: tak
X: sekolah kau bagus la
Rashdan: no, once u hate asis, u hate me as well
Rashdan: no
Rashdan: we are a bunch of people la
Rashdan: jgn fikir 'nila' itu saje
Rashdan: ksian la kat aku
Rashdan: aku nk ada besties mcm ko
X: :)
Rashdan: tp pluang tu ko kunci rapat sjak kblakangan ni
Rashdan: ko layan mcm tak nak layan je
X: aku dah buat boundary sejak kena mcm tu
X: sejak kena mcm tu
X: jgn la
X: aku nak kau jd macam A, B (bukan nama sebenar)
X: :)
X: dgn C (bukan nama sebenar)
X: kita kawan ok?
Rashdan: apa sblum ni takde boundary ke ape
Rashdan: blah la
X: bukan
X: maksud aku
Rashdan: aku siyesly
Rashdan: TERASA HATI
X: aku faham
X: aku pon sedih sebab aku lukakan hati orang
X: egt aku suka sakitkan hati orng?
X: tak
X: tak seronok perasaan tu
X: kau akan rasa bersalah gila
Rashdan: tp ko buat aku mcm ni
Rashdan: ko buat aku fikir mcm2
X: tu la
X: aku nak clearkan dengan ko
Rashdan: aku tau la
Rashdan: aku takde pakej yg lengkap sbgai seorg sahabat
X: weh jgn ckp mcm tu
X: kau baik
Rashdan: tak
Rashdan: aku keji
X: jgn la ckp mcm tu
X: aku harap aku nak mulakan suasana baru start besok
X: sebab tu aku kena confess pd kau
X: aku kdg2 ase diri ni tak berguna tau tak?
Rashdan: brguna sgt
Rashdan: tp aku nk 'gunakan' ko
Rashdan: ko yg tak bagi chance
X: ape perasaan kau bila kau buat study group, then bila kau ade, ade orang trus blah?
X: kawan ker mcm tu?
Rashdan: tak
X: kalau tak suka cakap
X: aku boleh pergi
X: dgn rela hati
X: aku sgt terasa bila org buat mcm tu
Rashdan: sape yg tak terasa bila kena macam tu
X: so, sbgai cara utk kekalkan self-esteem aku, aku cuma bergaul dlm kelompok kecil
X: kita stil perlu kawan
X: betul
X: kita boleh hidup, tapi kita msih perlu
X: kawan
X: bagi aku berkawan bukn sekadar  kawan dunia
X: biar sampai mati dan bantu kita untuk kejar akhirat
X: kau prasan tak yg aku dh makin senyap?
Rashdan: yes
Rashdan: X
X: ?
Rashdan: aku rindu suasana yg mcm dulu
Rashdan: mcm mula2 dulu
Rashdan: aku rindu sgt2
X: siyesly aku pon
X: aku ase mcm dah lamer giler
Rashdan: even kalau kita dah tak boleh rapat
Rashdan: aku akan ingat smua benda yg dulu
Rashdan: supaya aku akan hepi slalu
X: weh mestila
X: once a friend, alwez a friend
X: mati je yg pisahkan hubungan tu
Rashdan: tp aku tak yakin yg kita boleh rapat smula
Rashdan: kena ubah sikap dan persepsi dulu
Rashdan: jgn sbb dia sorang, ko tolak aku ke tepi
Rashdan: aku tak buat apa2 pun kt ko
X: SAHABAT

Allah aturkan
 antara kita 1 pertemuan
dalam 1 pertemuan

 ditetapkan 2 hati
saya dan awak
dalam 2 hati

Allah beri 3 rasa
kasih
sayang
dan kasihan
dalam 3 rasa itu

diselitkan 4 tujuan
berkenalan
berkawan
berteman
dan
bersama
dalam 4 perkara itu

tersembunyi 5 perkataan
teman baik selalu di sisi
dalam 5 perkataan itu 

tersembunyi 6 impian
iaitu
sayang
kekal
setia
mengerti
menghargai
dan
mengingati
serta dalam 6 perkataan itu 

tersimpul 7 huruf
iaitu

S.A.H.A.B.A.T

Rashdan: malah
Rashdan: ko buat aku rasa terhina
Rashdan: dan terasa diprovokasi
Rashdan: from ngam to renggang
Rashdan: dgn status sosial aku
Rashdan: dengan rendah hatinya, aku rasa tak layak nak kwn dgn ko lagi
Rashdan: maafkn aku
Rashdan: tp ko yg mencipta jurang tu dulu
Rashdan: knapa msti aku yg menjadi mangsa.
Rashdan: hati aku luka sbb benda mcm ni
Rashdan: dan, hari ni
Rashdan: adalah kemuncaknya
Rashdan: kalau ko tak ikhlas
Rashdan: Allah akan tunjukkan jlnnya
Rashdan: sama ada ko sesuai atau tidak
Rashdan: kawan dgn aku
Rashdan: Allah tahu apa yg trbaik utk hambaNya
Rashdan: tp ini semua aku anggap sbgai suratan takdir
X: tak lah
X: aduh
X: aku tahu aku salah
X: sebab tu aku nak betulkan keadaan
X: jernihkan balik suasana
X: aku tak habis pasum mcm ni
X: aku nak dengan kegembiraan
Rashdan: tp jgn lupa
Rashdan: ko dah tolak aku ke tepi
X: aku tak tolak
X: aku yg pergi
Rashdan: aku tak suka jadi org yg mengada ngada
Rashdan: kau tolak aku = kau pergi
Rashdan: sama saja
X: aku tak tolak sape2
X: aku sendiri yg pergi
Rashdan: tak...
X: orang lain masih di situ
X: di tempat yg sama
Rashdan: lepas ko tolak aku
Rashdan: org lain yg ganti aku kan?
X: aku jer yg berundur
X: org lain tak sama la
Rashdan: tak
X: stiap org berbza
Rashdan: mungin org itu jauh lebih baik drpd aku
Rashdan: mmg pun
Rashdan: memang jauh lebih baik drpd aku
Rashdan: itu salah satu jalan yg Allah tunjuk kpd ko
Rashdan: supaya pilih kawan yg baik
Rashdan: bukan mcm aku
X: jgn ckp mcm tu
X: mmg susah untuk kau maafkan aku
X: ya aku faham dan aku terima
X: tapi jujur aku ckp
X: setiap persahabatan aku harapkan berkekalan
X: saling menasihati
X: slg mmbntu
X: aku tak nak mcm skg
X: penat jd mcm aku
X: aku harap ni antara kita sahaja
X: jgn dibuka aib org
X: nanti Allah buka aib kita di akhirat
Rashdan: aku boleh maafkn kau
Rashdan: tapi
Rashdan: hati aku masih luka
Rashdan: sgt luka
Rashdan: kita masih kawan
Rashdan: tapi
Rashdan: tak macam dulu
Rashdan: harap ko betulkan balik puncanya
Rashdan: n aku akan berusaha utk pulihkan hubungan kita
X: kita masih kawan
X: :)
Rashdan: harap ko mengerti maksud di hati aku
X: aku harap kau salahkan Y
X: maybe aku jer yg terasa
X: padahal dia tak buat apa2
Rashdan: kenapa dia yg salah
Rashdan: tu aku tak tahu
Rashdan: n aku tak tahu
Rashdan: kenapa aku mesti salahkn dia
X: dia tak salah
Rashdan: sbb masalah antara korang berdua ya
X: aku yg terasa mungkin
X: aku kan sensetip
Rashdan: aku tak masuk campur
X: ok lupakan
X: ti aku settle sama dia
X: yg penting
X: aku dgn kau dah ok., aku harapla
X: ambilla masa yg kau perlu
Rashdan: X
Rashdan: sejak ko jauhkn diri
Rashdan: aku rasa sunyi..
X: ye aku sedar
Rashdan: sgt sunyi
Rashdan: menjejaskan emosi aku
X: aku tak bermaksud nak buat mcm tu
Rashdan: harap ko boleh kembali ceriakan aku ok
X: ok
X: harap kita boleh belajar mcm dulu
X: tanpa masalah2
Rashdan: prinsip aku sgt mudah
Rashdan: kalau ko takde masalah kt aku
Rashdan: aku takde mslh kt ko
X: macam ni
X: g pon baper bulan jer agi
Rashdan: n tak perlu tergesa-gesa ok
X: aku tak cari pasal dgn org
Rashdan: pelan2
Rashdan: n steady
X: org pon jgn cari pasal dgn aku
X: :)
Rashdan: aku tau ko seorg yg panas
Rashdan: sbb tu
Rashdan: aku tak berani nak kacau ko lebih2
X: apepon aku minta maaf atas semua yg terjadi
X: panas?
X: haha
Rashdan: n aku tau batas2 prgaulan
X: ok
X: terima kasih sbb faham :)
Rashdan: aku tak nak persahabatan kita bertukar menjadi maksiat
X: tak semua org boleh tahan dgn aku
Rashdan: aku harap, kita dpt spend lebih byk masa bersama lepas ni
Rashdan: tinggal kurang 60 hari lagi
X: yeeehaaa
X: yup
X: insya Allah
X: aku cuba
X: btw tq coz faham situation aku
Rashdan: ok
Rashdan: no biggies
Rashdan: cuma
Rashdan: aku masih sedih
Rashdan: sbb
Rashdan: aku gagal kembalikan kehidupan aku yg mcm mula2 dulu
X: well
X: hidup ada naik dgn turun
X: skg masa turun
X: insya Allah akan ada masa naik semula
X: :)
Rashdan: di mana rashdan yg dulu, aku pun tak tahu
X: percaya pada janji Allah
Rashdan: sukar utk revive seperti dulu
Rashdan: aku makin hanyut
Rashdan: hanyut
X: jgn weyh
X: kuatkan iman
X: sebesar mana dugaan
X: kne survive
X: Allah tak kan uji kalau kita tak mampu
Rashdan: X
Rashdan: knapa slalu jd mcm ni ya
Rashdan: lagi kita nak rapat ngan orang tu
Rashdan: lg la orang tu tak nak rapat ngan kita
X: aku pon ta tau la weyh
X: Allah nak test persahabatan tu kot
X: either krn Allah or tidak
Rashdan: X
Rashdan: kita mula dari 0 balik ya
X: ok
X: jap ag nak mgrib
X: so, nak out ni?
X: :)
X: terima kasih n minta maaf atas semua ni.
X: assalamualaikum
X: :)
Rashdan: wslm..

Kepada X, kawe dah bulatkan tekad kawe untuk memaafkanmu. Harap selepas ini, fikiranmu lebih matang dalam membuat keputusan. Mindaku ini juga bukanlah matang sepenuhnya lagi. Kita masih muda remaja.

X, demo lah yang menukar banyak persepsi kawe pada kehidupan ini. Tak keterlaluan kawe katakan bahawa, demolah penyelamat hidup kawe. Kalau tak, mesti kawe dah hanyut ke mana-mana dah. Demo lah yang sedarkan kawe, bahawa jangan couple!

Sebak di hati kawe telah mula hilang, apabila kawe menemui ilham untuk mengubah lirik lagu nyanyian Ana Raffali ini, untuk ditujukan kepadamu, X. Hayati bait-bait lagu ini ok..?

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau ingati aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Bila teringat memori kita bersama, terasa tenang dan gembira, bagai tiada duka yang dapat menggugat diri kawe. Namun, setelah diingatkan tentang kelupaan demo kepada diri kawe, sebak di hati mulai muncul menjelma. Kita bukanlah pasangan, namun, kita rapat. Kawe tak akan berpasangan dengan demo, kerana couple itu haram. Kalau kawe mahukan demo sekali pun, kawe akan terus masuk meminang. Itu yang demo ajar kepada kawe, dan terima kasih atas ingatan.

Kawe berkawan denganmu dengan niat yang baik. Kawe juga sudah lama tiada rakan wanita yang baru, kerana belajar di ASiS dahulu. Bagi kawe, demo istimewa. Demo berada beberapa tahap di atas rakan-rakan wanita kawe. Demo adalah luar biasa.

Buang yang keruh, ambil yang jernih, ok? Kita buka bab baru. Ini semua adalah salah satu proses pembelajaran, supaya kita dapat membina fikiran yang lebih matang dan kuat. Terima kasih kerana menguji aku dengan dugaan sebegini, walaupun beberapa mL air mataku gugur.



Kita lupakan beransur-ansur tentang peristiwa hitam ini. Semoga persahabatan kita akan diredhai Allah. Kawe rindu ingin bersamamu yang seperti dulu lagi. Tolong kembalikan dirimu yang dulu!


Rashdan Roslan